Sunday, February 19, 2012

Apabila apartmen saya dipecah masuk

Blog saya tidak berupdate begitu lama sekali,

Hari ini baru dapat jenguk semula blog selepas adik ipar baiki HP mini saya yang lama. Pada 8hb lepas, apartment saya telah dipecah masuk. Sekembali dari kerja dalam jam 5.45 petang, saya terkejut bila lihat pintu grill terbuka luas....pintu rumah terbuka dan tombol pintu dipecahkan. Pad lock juga terputus dua. Saya ketakutan terus berlari turun dan panggil security. 

Ditemani oleh security saya masuk kedalam rumah......saya lihat barang-barang elektrik seperti TV, DVD player dan brg2 elektrik tidak diambil. Yang diambil adalah laptop yang berharga RM3600, 2 utas jam tangan yang berharga dalam RM500, kepingan siling 50 sen dalam anggaran RM300 (hobi saya kumpul siling 50 sen), kamera digital dalam angaran RM900. Saya begitu terkilan laptop yang dibeli dengan duit bonus 2011 dan baru 3 bulan hilang begitu sahaja.....segala maklumat, fail2 penting berada disitu.

Bilik tidur saya macam tongkang pecah......baju2 yang tersusun dalam almari di humban ke lantai. Barangan dalam meja solek bertaburan. 

Saya terduduk kaku di sofa.....sebenarnya saya ketakutan. Ini kejadian pecah rumah kali ke 3 saya alami. Saya tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan saya ketika itu.....saya beli apartment yang siap ada khidmat security kerana saya yakin dengan keselamatan tetapi ini jadinya. Saya mula benci mendengar security guard yang cuba cari alasan untuk membela diri. Untuk apa bayaran RM150 sebulan yang saya bayar.....jika saya tidak merasa selamat berada didalam rumah sendiri. 

Setelah selesai dengan segala urusan polis.....polissss mereka datang untuk ambil report sahajalah....cap jari ke apa ke tak diambil pun.....sebagai syarat sahaja. Pegawai penyiasat ambil statement saya.....selesai sahaja ambil statement dia simpan semua barang untuk balik. Saya bangun dari kerusi makan untuk duduk kembali di sofa.....dia tanya "puan kerja apa". Saya tak pernah dedahkan maklumat pekerjaan saya kepada sesiapa....saya berpaling pada dia dan bagitahu jawatan dan jabatan saya dengan lengkap dan terus duduk di sofa kembali. Dia nampak terkejut......masa tu saya geram mungkin sebab terkilan, inilah akibatnya bila terlampau banyak menonton filem2 CSI kat TV, expectation kita terlalu tinggi. Saya cuma nak bagitahu pegawai tu antara kerja dia dan saya tiada bezanya.....jawatan kami....matlamat kami sama....tujuan kami sama tetapi mengapa saya boleh buat yang terbaik tanpa kira warna kulit atau pangkat. Jika rumah yang dipecah masuk adalah orang penting....mungkin cara dia lakukan siasatan akan berbeza. Pegawai tersebut mungkin malu alah dengan saya....dia minta security guard duduk dimeja makan dan 'berceramah' dengan mereka. Saya sudah tidak peduli....saya duduk disofa....mata saya merenung dinding.....hati saya sedih....saya tidak tahu bila mereka semua keluar dari rumah saya....sedar-sedar hanya saya seorang diruang tamu.

Saya pandang tombol pintu yang berlubang....pad lock yang terputus dua dilantai....kunci grill yang rosak. Saya call adik lelaki saya mintak tolong belikan pad lock dan tombol pintu yang baru. Saya call rakan sekerja untuk tolong pasangkan tombol pintu semula tetapi adik lelaki saya kata dia boleh pasang. Saya call rakan sekerja bagitau dia tak perlu datang sebab yakin adik lelaki saya boleh pasang tombol pintu.

Jam sudah 11.30 malam....adik saya masih terkial-kial nak pasang tombol pintu. Hanya jam 12 malam....baru semua selesai apabila terpaksa minta tolong teman lelaki rakan sekerja untuk datang tolong pasang. Jujur saya katakan....saya benar-benar ketakutan. Saya susun kerusi makan didepan pintu utama.....saya tarik cushion, meja solek dan letakkan didepan pintu bilik tidur, Saya duduk dibirai katil sehingga ke pagi. Saya tidak lelap mata walaupun sekejip sebab saya takut bila saya tidur mereka masuk kedalam rumah saya lagi.

Sehari selepas apartment dipecah masuk.....saya hanya sempat mengemas bilik tidur sahaja.....pada 10hb, jam 7.30 pagi saya sudah berada di Hospital Tun Hussein Onn untuk pembedahan mata  kanan. Saya drive sendiri ke Hospital dan saya masuk wad dan jalani pembedahan tanpa ditemani sesiapa. Ketika diwad....memang saya cemburu bila lihat pesakit dikatil sebelah ada orang teman. Semalaman saya di wad dan keesokkan harinya saya dibenarkan balik. Adik lelaki saya call.....dia kata dia akan ambil saya selepas dia habis mengajar....'mengajar???? hari sabtu dia mengajar jugak ke....rupanya dia buat kelas tuision utk student dia.....mereka lebih penting dari saya', bukankah saya dah maklumkan pada dia bahawa saya keluar wad hari nie....saya sudah maklumkan sebulan awal supaya dia tidak buat apa-apa rancangan. Tiba-tiba air mata saya mengalir laju......mata saya yang baru lepas operation menjadi amat sakit....saya tidak peduli....hati saya terlalu sakit....... lebih sakit dari mata saya.

Dia datang jugak ambil saya....samaada dia datang awal atau lewat....saya terpaksa tunggu sebab saya tidak dibenarkan keluar tanpa penjaga. Kalau ikutkan hati saya.....saya dah capai kunci kereta dan pandu balik sendiri tanpa peduli mata yang baru lepas bedah. Adik saya cuma hantar di lobi....saya naik lif sendirian dan buka pintu apartment saya sendirian. Ketika sampai di pintu rumah....saya terfikir mungkin lepas nie saya perlu dapatkan maklumat rumah orang tua yang paling bagus untuk jaga saya 20 tahun akan datang....jika beginilah nasib saya. 

Saya berpantang dan berada dirumah seorang diri...saya tidak dibenarkan masak sebab asap masakan dan api dapur membahayakan mata saya.....so macammana saya nak makan. Saya masukkan beras dalam periuk....masukkan air dan masukkan seekor ikan haruan....masukkan satu sudu rempah sup dan seketul halia. Tutup periuk elektrik dan biarkan ia mereneh. Itulah makanan saya selama seminggu. Saya tunggu rakan sekerja datang melawat sebab saya perlukan bantuan mereka untuk hiriskan bawang dan tolong saya masakkan sup....tak larat asyik makan bubur kosong sahaja tetapi setiap hari saya tunggu...tiada seorang pun datang menjenguk mungkin mereka risau sebab kena keluar duit untuk beli buah tangan buat saya.

Hari ke 5, saya perlu ke hospital untuk buat rawatan susulan.....saya call radio taxi...tak berangkat....saya berjalan perlahan-lahan dan tunggu teksi depan apartment tetapi 30 minit berlalu sebiji teksipun tidak nampak bayang. Saya tawakal....saya naik ke tingkat satu dan pergi ke kereta. Saya duduk lama di kerusi pemandu.....saya mengigil....saya meloya....saya nak muntah. Selama seminggu saya berkurung dalam rumah tiba-tiba saya keluar dari rumah dan mata saya tidak boleh terima cahaya. Saya drive jugak ke hospital wp saya dilarang memandu dalam tempoh 2 minggu. Walaupun mula-mula pemanduan saya tidak stabil sebab mata saya sakit pedih menyucuk tapi saya gagahkan juga bawak perlahan....saya berkata dalam hati saya cuba bawa setaka yang saya mampu....jika tidak boleh jugak saya akan berhenti dan ambil teksi.

Dihospital.....doktor terkejut melihat keadaan mata saya, luka bekas pembedahan nampak membengkak dan mata saya terlalu merah (mungkin sebab saya memandu).....dia bagi ubat yang lain. Hari ini adik perempuan saya yg berada di Teluk Intan datang melawat....alhamdulillah....akhirnya saya dapat cuci rambut selepas seminggu....adik saya tolong cucikan rambut dan mandikan saya, masakkan sup....masakkan lauk-lauk dan simpan dalam peti ais untuk tempoh seminggu lagi sementara mata benar-benar sembuh. Adik ipar saya baiki HP mini lama ni dan alhamdulillah saya boleh bukak internet semula. Pencuri tu tak ambil mini hp nie sebab buruk agaknya.....mujur dia tinggalkan mini hp nie kat saya kalau tak mati kutu saya duduk terkurung dalam rumah seminggu lagi (mc saya 2 minggu).

Saya bercerita bukan untuk minta simpati sesiapa.....tolong jangan bersimpati dengan saya sebab bukan sifat saya mudah terima simpati orang....saya nie orang yang jenis keras hati. Saya bercerita sebab saya ingin luahkan isi hati saya....saya tidak pernah rasakan diri saya malang sebab saya tidak pernah bandingkan diri saya dengan orang lain....bagi saya.... saya adalah insan yang bertuah sebab Allah sayangkan saya dengan menguji saya dengan ujian begini....Allah tahu saya mampu hadapi. Saya bersyukur ketika rumah dipecah masuk.....saya tidak berada didalamnya....dan saya tidak cedera.....barang2 boleh diganti.

Thursday, January 19, 2012

Pencicah buah



Jom cicah jambu......sedapkan kalau makan ramai-ramai duduk bawah pokok sambil sembang-sembang. Rindu zaman remaja dulu....saya rajin lepak-lepak kat pangkin bawah pokok ciku sambil cicah jambu, mangga bersama adik-adik.

Bila buat sambal pencicah nie......selalunya family saya suruh saya yang buat sebab kata mereka saya buat paling sedap (mungkin depa nak bodek sbb malas nak pi dapur). Jambu air kat atas tu saya beli masa dalam perjalanan balik dari Teluk Intan ikut jalan Sabak Bernam. Sekilo RM7....tak taulah mahal ke murah....saya puashati sebab jambu nie manis sangat.

Balik kerja semalam sempat buah pencicah jambu dan makan sorang-sorang sambil tengok drama Brain, episode 18 kat internet. Setelah 2 minggu dalam peti ais baru nak makan jambu tu....sebab tu kalau tengok jambu tu nampak dah tak segar lagi. masa beli memang segar sangat tapi bila sampai rumah nak makan tak sempat.

Kuah pencicah

Bahan-bahan:-
  • 3 sudu makan gula putih
  • 1/4 tsp garam
  • sebiji cili padi
  • 1/4 tsp belacan (tambah jika anda suka belacan banyak)
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan sos cili
Cara-caranya:-
  1. Masukkan gula, garam dan belacan dalam lesung penumbuk. Tumbuk supaya semua bahan sebati.
  2. Masukkan cili padi dan tumbuk sedikit (terpulang kepada anda....jika suka pedas tumbuk halus tapi jika tak suka pedas...tumbuk sekadar pecah sahaja)
  3. Masukkan dalam piring dan kemudian masukkan kicap dan sos cili. kacau sebati dan hidangkan.
  4. Makan bersama buah-buahan kegemaran anda.
Nota:-
  • Kalau makan mempelam muda, saya selalu hiris halus mempelam dan kemudian masukkan kedalam pencicah diatas. Biarkan sebentar selama 30-40 minit sehingga buah mangga sebati dengan pencicah. kemudian baru makan....uhhhh memang sedap.

Bunga Hyacinth


Setiap pagi jam loceng saya akan berbunyi pada 5.50 pagi. Selepas bangun tidur....perkara pertama yang saya buat adalah minum air kosong yang sentiasa berada ditepi katil saya. Pagi nie bekas air tersebut kehabisan air....so saya terpaksa bangun dan jalan ke dapur. Ketika melalui ruang tamu......hidung saya terbau haruman bunga. Sedapnya bau bunga....memenuhi ruang tamu saya. Terpaku sekejap....memang sedap sungguh bau bunga diwaktu subuh begini. Rasa segar dan nyaman sangat.....saya  terus masuk bilik semua dan ambil kamera....ambil gambar bunga Hyacinth.

Bunga Hyacinth nie saya beli kat Ikea.....pokoknya kecil sahaja.....masa beli saya ambil pasu yang pokok bunga hyacinth belum berkembang....masih dalam kudup bunga dan pagi nie semua kudup bunga tersebut kembang dan mengeluarkan haruman yang sangat wangi.

Bila google dan dapat maklumat berkenaan bunga Hyacinth nie....baru diketahui bahawa bunga nie digunakan untuk membuat minyak wangi. Malah ada legenda berkaitan dengan nama bunga ini. Kononnya dizaman dahulu ada seorang budak lelaki greek yang mempunyai rupaparas yang sangat kacak telah menarik minat dua dewa iaitu Apollo dan Zephyr (macam cinta sejenis je). Dalam perebutan mendapatkan budak lelaki nie telah menyebabkan budak lelaki ini terbunuh. Selepas budak lelaki ini mati.....ditempat dimana darah budak lelaki ini mengalir telah ditumbuhi oleh sejenis bunga yang sangat harum....dewa Apollo telah menamakan bunga tersebut sebagai Hyacinth sempena nama budak lelaki tersebut iaitu Hyacinthus. Begitulah kisahnya bagaimana bunga ini mendapat nama.





Bunga ni tumbuh dari bebawang....sepokok kecil bunga hyacinth nie berharga RM9.90. Mula-mula nak beli 2-3 pasu tapi risau lak takut ia hanya sekali berbunga lepas tu mati. Nampaknya petang nanti kena pergi beli lagi beberapa pasu sebab saya dah betul-betul jatuh cinta dengan bunga nie.

Wednesday, January 18, 2012

Cekodok jagung bersama udang


Masa melawat adik perempuan saya kat Teluk Intan.....saya guna jalan sg buluh-sabak bernam. Hanya 2 jam perjalanan tapi yang paling saya suka sebab laluan jalan kampung yang cantik dan tenang. Seronok bawak kereta ikut jalan nie. Jalan 2 line.....tidak banyak kenderaan dan sometime tanpa saya sedar saya bawak melebihi had laju.

Bila balik semula ko Kota Damasara....saya ikut jalan yang sama sebab saya nak singgah beli cempedak, jambu air, jagung, mangga, air nira dan macam-macam yang dijual disepanjang perjalanan teluk intan-sabak bernam. Masa membeli....tak ingat yang nak makan tu sorang sahaja....seronok tengok jagung yang segar-segar, jambu air yang manis dan murah, cempedak yang murah dll. Tanpa saya sedar saya beli macam-macam...as a result...semuanya dibungkus masuk dalam peti ais dan tunggu turn untuk dimakan. Setelah seminggu jagung dalam peti ais maka petang semalam.....tergerak hati nak buat cekodok jagung bersama udang. Jika jagung....cekodok selalunya disatukan dengan udang....memang best sangat.

Cekodok jagung bersama udang
Sumber: Resepidaria.com

Bahan-bahannya:-
  • 300gm tepung gandum
  • 150-200gm udang sederhana (dibersihkan)
  • 3 ketul jagung (dihiris ambil biji jagung)
  • 300ml air
  • 1 sudu makan gula (paras sahaja)
  • sedikit garam
  • 1/2 tsp eno (paket biru)
Cara-caranya:-
  1. Ambil sedikit air(dari sukatan 300ml diatas) dan masukkan gula dan garam. Larutkan dan ketepikan
  2. Masukkan tepung dalam bekas. Masukkan jagung dan udang
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau secara sehala ikut putaran jam.
  4. Akhir sekali masukkan larutan gula dan garam. Kacau rata dan biarkan ia betul-betul sebati.
  5. Biarkan selama 15 minit.
  6. Panaskan minyak dengan api yang sederhana
  7. Apabila minyak sudah panas, masukkan 1/2 tsp eno kedalam bancuhan. Kacau rata dan anda akan nampak ia berbuih-buih sikit.
  8. Guna sudu atau jemput mengunakan tangan, masukkan kedalam kuali sehingga separuh penuh.
  9. Sentiasa kacau dan pastikan cekodok anda tidak melekat antara satu sama lain.
  10. Masak sehingga kekuningan dan angkat.
  11. Toskan dengan tisu masakan sebelum dihidangkan bersama sos cili.
Nota:-
  • Jangan biarkan lama bancuhan selepas eno dimasukkan.
  • Jangan lebihkan sukatan gula....pastikan ia hanya paras sahaja sebab cekodok nie bukan cekodok manis. Gula digunakan dalam cekodok ini supaya manis udang lebih terasa.


Kiriman bungkusan pemenang giveaway




Kepada pemenang giveaway tempohhari.....kiriman bungkusan untuk anda telah dibuat pada jam 5.30 petang 17hb (selasa) mengunakan pos laju. Harap maaf kiriman lambat dibuat sebab beberapa hari lepas saya demam. Sabtu dan ahad terbaring sahaja dirumah.....hari isnin cuba masuk ofis tapi rasa letih dan badan lemah so hanya kerja separuh hari. Bila sudah sihat sikit barulah saya pergi pejabat pos untuk poskan bungkusan tersebut.

Bungkusan pemenang utama dalam kotak A4 paper....kotak besar....bila timbang dan kerani pos ukur kotak tu....dia kata RM29 ++. Masa tu terkejut sungguh saya sebab tak sangka semahal tu kos mengepos. Kepada pengirim kedua ada hadiah saguhati untuk anda tapi saya buat kiriman pos biasa so mungkin 3 hari akan sampai kepada anda. Kepada pemenang.....enjoy hadiah tersebut....ia ikhlas dari hati saya.

Friday, January 13, 2012

Anak saudara baru

 Alhamdulillah....akhirnya jumpa jugak kamera saya so bolehlah ambik gambar masakan semula. Sejak akhir-akhir nie saya hanya masak yang simple-simple sahaja.....mood masak hilang entah kemana. Sebenarnya banyak yang saya nak kena cuba terutama selepas masuk beberapa kelas Chef Asma pada akhir tahun lepas. Kalau tak cuba takut hilang ilmu yang diperolehi.....sesetengah perkara ia tidak mampu diperjelaskan atas kertas melainkan kita tengok dan praktis sebab tu saya kena praktis buat.

Saya sendiri kurang pasti mengapa saya malas nak masuk dapur......balik kerja saya hanya bancuh milo panas sahaja sebagai hidangan makan malam. Kadang-kadang kalau lapar sangat....saya ambik biskut. saya bukan wanita yang ada anak dan suami....kena buat masak selalu.

Awal 2012....sudah hendak masuk pertengahan bulan. Alhamdulillah akhir tahun lepas saya dapat seorang lagi anak saudara baru....anak ke 4 adik perempuan saya yang bekerja sebagai ustazah kat teluk Intan. Anak saudara saya yang ke 4 nie lelaki selepas 3 orang perempuan....gembira betul adik saya. Ini anak saudara saya yang ke 9....dalam 2 bulan lagi saya akan dapat 2 orang lagi anak saudara...insyaallah. Hari sabtu lepas baru berpeluang untuk melawat imran (nama anak saudara baru saya).....alhamdulillah Allah berikan reseki lebih buat saya (saya terima dividen dan bonus serentak) maka bolehlah saya kongsikan bersama Imran dan adik saya yang bertarung nyawa melahirkan Imran. Adik saya terkejut bila saya hadiahkan dia handbag jenama mahal buat dia....dia ustazah yang terlalu simple.....tak pernah pakai jenama mahal.....selepas keluar U sehingga bekerja saya tak pernah nampak dia beli sesuatu yang mahal untuk dirinya.Dalam banyak-banyak adik memang saya terlalu sayangkan adik yang ke 3 nie.....dia jenis yang lembut dan tidak pernah lukakan hati saya. Bukan niat nak membezakan kasih sayang buat adik-adik tetapi setelah berkorban masa remaja untuk mereka dan sekarang bila semua sudah berdikari kita boleh lihat bagaimana mereka hargai pengorbanan kita.....ada yang pandai dan ada yang lupa terus. Air mata kerap mengalir apabila hati teruk dilukai oleh mereka....dalam hati hanya mampu berkata' saya tidak diperlukan lagi mereka sudah besar dan ada kehidupan sendiri....cepat sungguh masa berlalu.....dan akhirnya saya akan sendirian". Saya tidak pernah menceritakan setiap keburukan adik-adik saya....saya simpan rapat dalam hati saya.....dengan doa moga Allah tidak melupakan saya sebagaimana mereka lupakan saya. Wahhh....tiba-tiba emosi pulak ye.

Ok inilah Imran yang lahir pada 28hb Disember 2011 pada jam 11.45 malam. Hero pertama adik perempuan saya yang ke 3 dan anak saudara lelaki yang ke 3 dalam keluarga kami. Ketika gambar nie diambil Imran berusia 2 minggu. Adik saya suka nama-sama ringkas untuk anak dia....sebab katanya dia nak orang sebut penuh nama anak dia. Semua anak-anak saudara saya tidak mempunyai nama yang panjang....semua satu sebutan sahaja seperti Maryam,Aisyah, Nabilah, Rahimah, Rahman, Rahim, Sofiyyah dan Amira.


Sekarang nie bila hampir dengan tahun baru cina maka banyaklah sale terutama untuk perhiasan tahun baru cina. Saya suka betul dengan bunga-bunga kat bawah nie.....siap beli beberapa pasu pelbagai warna....kalah orang yang nak menyambut tahun baru cina. Harga sepasu cuma RM6.90 kat ikea. Cantik sungguh bunga dia.


Keluhan setiap pagi


Selepas 2 minggu persekolahan bermula.....keadaan sesak teruk setiap pagi di Kota Damasara nampaknya tidak surut. Jika awal persekolahan mungkin kita boleh fahamlah sebab ramai ibu bapa nak hantar anak ke sekolah dan mungkin minggu pertama sesak teruk sudah boleh di duga tetapi bila keadaan berlarutan sehingga minggu ke 2 rasanya dah ia akan berterusan sehingga bila-bila.

Bila mula-mula pindah ke kota damasara.....inilah perkara yang saya paling benci hendak tempoh.....terpaksa harung 10 trafik light sebelum sampai ofis dan jalan sesak. Selama setahun saya jadi penduduk tetap Kota Damasara.....setiap pagi dihidangkan dengan penutupan separuh jalan bila kontraktor nak tebuk lubang dan kemudian bila jalan yang dirosakkkan itu di tutup balik.....ia akan jadi belopak-lopak dan raa macam naik kuda bila kita lalu.....jalan yang elok 2 line dah jadi 1 line yang elok dan satu line lagi berlubang-lubang. Masa nie kita tertanya-tanya mana perginya pihak berkuasa yang bertanggungjawap....kenapa biar kontraktor/developer korek lubang sesuka hati dan kemudian tutup semula macam lepas batuk di tangga. Mana perginya pihak bertanggungjawap.....mana perginya YB.....tak nampakkah kesusahan penduduk hadapi setiap masa.....kami bayar cukai jalan, cukai pintu....cukai taksiran majlis bandaraya.....cukai pendapatan.....bila lambat bayar cukai taksiran majlis bandaraya maka surat kuning dikeluarkan...ugut nak rampas harta benda penghuni.....tapi bila penduduk mengadu keadaan jalan yang teruk, berlubang-lubang....diam sahaja. Penduduk kota damasara sudah mencecah 2 juta orang tetapi keadaan public transport amat teruk dan jalan utama untuk keluar dari Kota Damasara hanya ada satu.

Ini keluhan saya setiap pagi sejak persekolahan bermula awal januari lepas.....saya keluar rumah lebih awal daripada biasa iaitu 6.35 pagi....keadaan masih gelap. Jika hari cuti sekolah saya keluar rumah dalam jam 6.50 pagi dan sampai ofis dalam jam 7.05 pagi tapi bila hari persekolahan saya keluar lebih awal lagi tapi saya akan sampai di ofis dalam jam 7.30 pagi. Jarak perjalanan yang hanya 15 minit menjadi 50 minit perjalanan bila hari persekolahan.


Dari keadaan gelap sehingga keadaan terang saya masih berada dalam kereta dan hanya beberapa depa dari jarak gambar diatas diambil. jam sudah menunjukkan 7.15 pagi tapi saya masih belum lepas ke persiaran surian. Ini belum lagi bila tiba pembinaan LRT dijalankan.....jika permbinaan LRT sudah masuk ke dalam Kota Damasara.....tidak dapat dibayangkan kesesakan jalan yang akan berlaku bila separuh jalan ditutup. Saya tidak tahu nanti nak keluar pukul berapa dari rumah.

Saja lepaskan keluhan di sini.....pagi tadi lepas sahaja punch kad saya masuk ke pantri dan beberapa orang pegawai tengah sarapan....saya mengadu pasal kesesakan jalan dan betapa letih saya tekan brek setiap pagi.....seorang pegawai menyampuk 'itu baru brek (kereta auto).....belum tekan cluch(kereta manual) macam saya'.....itu baru sikit belum duduk jauh macam saya'......kalau macam inilah respon yang saya dapat lebih baik saya diam. Bosan bila bercakap dengan orang yang macam nie.