Sunday, December 27, 2009

Bancuhan tepung gorengan

Ini adalah gorengan mengunakan bancuhan seperti resepi dibawah tetapi tidak dimasukkan kuib air batu kerana tiada stok.
Ini pula adalah gorengan kedua selepas bancuhan dimasukkan ketulan kuib air batu. Memang ranggup.....tak rugi mencuba.

Bancuhan untuk tepung goreng

BAHAN-BAHANNYA

75gm Tepung Naik Sendiri

60gm Tepung Beras

1 camca besar Tepung Jagung

1 biji telur

60ml-80ml air - Jangan tuang semua, ikut pekat yang dikehendaki

sedikit serbuk kunyit/pewarna kuning

sedikit air kapur (1/2 sudu teh kapur + sedikit air)

4-5 ketul kiub air batu


CARA-CARANYA

  1. Masukkan semua tepung, garam, serbuk kunyit/pewarna. Buat bulatan ditengah-tengah dan pecahkan telur, masukkan air kapur dan kemudian air sedikit demi sedikit. kacau rata.
  2. Biarkan selama 15 minit. Bila hendak mengoreng, baru masukkan ketulan air batu tersebut. Jangan lebih kerana akan mencairkan bancuhan.
  3. Bancuhan ini boleh digunakan untuk semua gorengan seperti goreng pisang, keledek atau kacang.
Untuk buat doh kacang
  • 250gm kacang hijau - direbus sehingga empuk
  • 150gm kelapa parut
  • 2 ketul gula melaka
  • 2-3 sudu makan gula (tambah jika kurang manis, ikut citarasa anda)
  • sedikit garam
  • 3-4 sudu makan tepung gandum (tambah 1 @ 2 sudu lagi jika anda rasa adunan agak lembik)
CARA-CARANYA
  1. Rebus kacang hijau sehingga betul-betul empuk. Kemudian masukkan gula melaka, garam. Rasa tahap kemanisan yang dihendaki semasa memasukkan gula putih.
  2. Bila agak kering, masukkan 3 sudu tepung dahulu kemudian tambah jika rasa adunan agak lembik. Angkat dan sejukkan. Canai atas dulang dan terapkan acuan bulat atau bulat2 ditapak tangan anda dan leperkan atau buat bulat2....ikut suka.

Bancuhan tepung goreng yang mak saya selalu buat adalah mengunakan tepung beras semata-mata dan sedikit bancuhan air kapur.

3 comments:

noradzlina.kamdani said...

sorry nk tanya, kelapa parut tu masuk ms bila? lin suka kuih kacang tu...tp mmg xpernah mencuba. nmpk resepi u ni tu yg tertanya bile nk ltk kelapa parut tu?

bdaria said...

Salam,

Terima kasih sbb nampak saya terlupa nak taip. Masukkan sahaja sekali gus dengan gula tu.

noradzlina.kamdani said...

ok