Wednesday, January 27, 2010

Kek Pisang

Masa balik dari ofis tadi, nampak 4 biji pisang yang dah berbintik hitam kulitnya diatas meja makan dan dah tak sedap lagi kalau nak dimakan mentah. So saya terfikir resepi kek pisang yang paling mudah ini. Resepi sumbangan Sofinar di MYR yang telah saya ingat dan tak perlu bukak laman web my resepi lagi untuk mendapatkan resepi ini kerana saya telah berkali-kali mencuba resepi ini bila pisang emas nampak kehitaman.



Kek Pisang Sempoi
Sumbangan: Sofinar, MYR
Bahan-bahannya:-
  • 150gm pisang emas- dilecek

  • 180gm tepung gandum

  • 140gm gula halus/gula icing

  • 3 biji telor

  • 120ml minyak masak

  • 1 sudu teh soda bicarbonate

  • 1 sudu teh baking powder

  • 1 sudu teh ovelate (kalau tak ada tak payah bubuh)

  • secubit garam
Cara-caranya:-
  • Lecek pisang dan masukkan kedalam blender, masukkan minyak masak, telor dan kemudian bahan kering yang lain. Blend sehingga adunan sebati dan nampak putih.
Jangan masukkan bahan cecair diatas seperti yang telah saya buat ini sbb ia akan menyebabkan blender susah nak putar dan tepung tidak sebati.
  • Masukkan kedalam loyang yang digris dengan sedikit minyak dan bakar selama 50 minit dengan suhu 180 darjah. Pastikan adunan separuh dari bekas kerana kek akan naik sekali ganda. Saya masukkan kacang pecan diatasnya sebagai tambahan.

No comments: