Sunday, January 17, 2010

kuih sagu


Kuih sagu nie saya buat pagi tadi untuk menghabiskan baki sagu yang tinggal 1/2 plastik lagi. Sesiapa yang berminat untuk membuat kuih sagu nie bolehlah ambil resepi seperti dibawah:-

Bahan-bahannya:-

1 cawan biji sagu
1 cawan gula
2 cawan air
sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa-ambil yang putih sahaja
sedikit garam

Cara-caranya:-
  1. Bersihkan biji sagu dan toskan
  2. Didihkan air bersama gula didalam periuk. Apabila mendidih masukkan biji sagu dan kacau rata.
  3. Kecilkan api dan tutup periuk dengan tudung periuk. Biarkan selama 1/2 jam. Kacau sagu sekali sekala supaya ia tidak berkerak dibawah periuk.
  4. Jangan risau sangat jika masih terdapat sagu yang masih berbiji putih.
  5. Angkat dan letakkan didalam bekas. biar sejuk.
  6. Masukkan jari anda kedalam bekas garam dan biarkan hanya sedikit garam yang melekat dijari anda dan gaul dengan kelapa.
  7. salut kelapa pada kuih sagu anda.

No comments: