
Pemandangan di Tangkuban baru, bekas kawah gunung berapi ini amat cantik tapi sayang…..kami tidak dapat menikmati keindahan tersebut dengan tenang sebab diganggu oleh penjaja jalanan. Sesampai saya disini, lebih kurang 6-8 orang penjaja akan mengkerumumi saya seorang. Kami berlima telah dikerumuni lebih dari 15 orang penjaja. Sebelum turun kenderaan, supir sempat berkata bahawa hari ini kakak-kakak semua akan jadi artis. Rupa2nya inilah yang dimaksudkan oleh pak supir. Saya rasa amat rimas dan menjengkelkan apabila setiap langkah saya diikuti oleh mereka.


- Jangan sesekali bertanya harga barangan dan cuba tawar menawar kerana anda tidak akan terlepas daripada mereka. Buat tak tahu sahaja….tapi sampai hati kah kita?. Mereka akan memilih perempuan sbb mudah dipujuk dan perempuan mudah simpati.
- Jangan sesekali membenarkan mereka mengambil gambar untuk anda wp mereka cuba menghulurkan bantuan dengan kata bahawa ia percuma tapi percayalah diakhir perjalanan anda terpaksa membayar ‘khidmat’ mereka dengan membeli barangan mereka.
- Jangan beramah mesra dengan mereka jika anda tiada langsung niat untuk membeli item2 yang dijual….tak perlu tanya berkaitan dengan sejarah Tengkuban Perahu…..bila dah mesra mereka akan melekat dengan anda macam magnet sehinggalah anda membeli barangan jualan mereka barulah mereka tinggalkan anda.
- Jika hati anda sekeras batu, abaikan nasihat diatas.
Mengapa anda tidak harus membeli barangan daripada penjaja ini:-
- Item2 jualan akan ditawarkan pada harga Rp450.000 @ RM167 tanpa kira apa jenis baranganpun. Harga key chain 10 pcs ini ditawarkan dengan RM167, tasbih inipun ditawarkan dengan harga yang sama….logik ke.
- Akibat tidak tahan dengan desakan mereka saya terpaksa juga membeli tasbih ini dengan harga Rp50.000 @ RM18.60 yang saya rasa tetap mahal itupun selepas penjaja ini ikut saya sehingga ke van dan sebab saya rasa terhutang budi kerana dia jadi 'camera man' untuk saya. Kawan saya membeli key chain ini(10pcs) dengan harga Rp100.000 @ RM37.20.Ketika di jalan Dago/Juanda, key chain yang sama dijual oleh penjaja jalanan dengan harga Rp100.000 untuk 20pcs + percuma lagi 5pcs. Sakit hati bila perkara ini berlaku.


Ini key chain yang dibeli di Tangkuban Perahu 10 keping Rp100.000. Terpaksa pujuk hati " tak pe key chain nie lebih cantik dengan tulisan penuh Tangkuban Perahu berbanding dengan key chain di Jalan Dago/Pasar Baru". Mujur lain sikit kalau tak memang frust dan sakit hati.

Yang ini kawan saya beli dari penjaja jalanan di Jalan Dago/Jalan Juanda. 25 keping rp100.000.
Saya terlepas peluang untuk membeli pasu dari kayu batik ini gara-gara cuba hendak melarikan diri dari 'paparazzi'. Satu keajaiban yang pertama kali kami lihat iaitu pokok yang bercorak batik, sempat ambil gambar ketika diawal perjalanan ke kawah.
Pengalaman kami di Tangkuban Perahu sekurang-kurangnya menyedarkan kami betapa seksanya hidup Britney Spears dihurungi oleh paparazzi setiap masa…..huhhhhh dahsyatnya perumpamaan.
1 comment:
salam,
kami sekumpulan (8 orang) baru balik dr bandung semalam..tp keadaan kami lebih terok sbb seperti dipukau apabila terpaksa membeli brgan jualan mereka..
bayangkan setiap seorang dari kami membayr hmpr 1 juta rupiah utk 3 barang sahaja..selepas beli mereka tgglkan kami mcm tu aje..
kami semua sgt2 kesal..kpd bakal pengunjung berhati2 ketika di sini...
Post a Comment