Tuesday, March 16, 2010

Tapai Pulut


Dah lama teringin nak makan tapai pulut. Masa saya kecil dulu mak saya membuat tapai pulut untuk berniaga dan saya selalunya akan membantu dia membungkus tapai. Bila mak saya dah tak berniaga lagi kami dah jarang dapat makan pelbagai jenis kuih muih dan tapai.


Sekarang kalau teringin nak makan apa-apa kenalah buat sendiri. Saya akan call mak saya dan tanya resepi. Biasalah tu masa mak buat dulu bukan nak tengok sangat......sekarang barulah nak tanya. Adik2 sayapun macam tu sampai mak saya buat joke....kalau dia dah tak ada kami akan hilang buku resepi.


Mujur di pasar malam SS8 Kelana Jaya ada satu gerai sayur2an kampung ada menjual ragi. saya beli 2 ketul ragi nie dengan harga RM0.60 seketul. Kebetulan hujung minggu lepas saya balik kekampung jadi saya ambillah 2 pelepah daun pisang tapi malangnya saya terlupa nak bawak balik ke KL. Frust betul....hilang impian nak makan tapai daun pisang. Pergi BWY, cari bekas kecil tapi hanya ada yang besar sahaja. Ambil jugaklah sebab malas nak gi cari kat BWY Puchong. Bila time nak buat tapai, saya pulak 'period' so tergendala lagi....akhirnya sabtu lepas barulah boleh buat.


Mak saya ada beberapa pantang bila buat tapai. Pertama, dia tak akan bungkus tapai jika dia "period" so sayalah yang akan bungkus semua 5 kg pulut. beliau tidak mahu tapainya menjadi bertompok merah dan nampak berlendir. Kedua, kalau masa proses menabur ragi dan membungkus dia akan tutup semua tingkap dan pintu rumah sebab risau jiran sebelah rumah(yang sorang tu je) akan datang bertandang. Orang yang mengamalkan ilmu hitam akan menyebabkan tapai menjadi tawar dan berhampas. mak saya pernah membuang 2 kg tapai pulut hanya kerana ketika dia membungkus, jiran saya(dia adalah bomoh) datang bertandang dan mak saya tak sempat sorok. Rumah kampung lain sikit, jiran (yang perempuan le) kalau datang akan terus ke masuk ke dapur.

ok inilah resepi yang diberikan oleh mak saya.

Tapai Pulut


Bahan-bahannya:-


500gm beras pulut
450ml air

1/4 ragi-dihancurkan menjadi serbuk.


Cara-caranya:-

Basuh beras pulut dan toskan. Masukkan dalam periuk nasi dan masukkan air dan tanak sehingga masak.

Apabila pulut telah masak, keluarkan dan letakkan diatas dulang. sejukkan. Biar betul-betul sejuk jika tak nanti tapai anda akan jadi merah.

Apabila pulut telah sejuk, ambil separuh dari ragi tersebut dan tabur rata. Setelah itu balikkan pulut tersebut dan kemudian tabur baki ragi.


Bungkus pulut dengan daun pisang atau masukkan dalam bekas.


Perapkan selama 24jam @ sehingga tapai anda berair dan manis .



Apabila sudah manis barulah anda boleh masukkan tapai dalam peti sejuk.





3 comments:

Anonymous said...

Kenapa saya buat jadi masam....begang betul...ragi tu saya beli di tesco..

Noriha Ibrahim said...

kali pertama n kedua saya buat menjadi...manis sgt...tapi kali ketiga...masam...kenapa yek

bdaria said...

Salam Noriha, tapai jadi masam bila pulut tidak betul2 sejuk. pulut yang masih panas atau suam telah ditabur dengan ragi sebab tu dia masam.

kalau tapai tawar pula , ia adalah disebabkan ketika anda sedang membungkus tapai atau sedang buat tapai, ada tetamu anda yang mengamalkan ilmu hitam atau sihir bertandang. Selalunya bomoh2 atau perempuan yang pakai susuk.