Friday, April 9, 2010

Cermin hiasan

Sejak lokasi ofis dah berhampiran dengan gym, hampir setiap hari saya akan singgah diFitness First The Curve selepas balik kerja. Kalau parking kat the Curve kena bayar RM2, kalau parking kat Ikea/ikano kena bayar RM1 untuk 3 jam pertama. So daripada membazir bayar duit parking setiap hari maka saya akan parking kat Ikea dan bila balik gym saya akan singgah di Ikea dan beli satu item supaya parking free.


Inilah item yang saya kumpul beli 2 bulan yang lepas. Tiap2 hari saya akan ambil satu. Satu keping dalam RM4 lebih. Pada satu hari masa saya tengah pilih cermin hiasan nie, ada seorang wanita tengah pilih cermin ini jugak. Di tangan dia ada lebih kurang 4 keping dan dia tengah pilih yang ke 5 barangkali. Sedang si isteri leka memilih tiba2 si suami menghampiri wanita tersebut. Apabila dilihat si isteri memegang 4 keping cermin ini dia terus menjerkah isterinya "apa ke bangang awak nie......cermin kecik macam tu bukan boleh suluh muka. cermin dia kecil. batang hidung awak pun tak nampak". Oleh kerana jerkahan suaminya agak kuat, si isteri termalu dengan saya dan 2 orang wanita cina yang ada berhampiran. Dia letak semua 4 keping cermin ini dan terus berlalu. Kasihan wanita tersebut.
Kepada si suami wanita tersebut yang sebenarnya amat tidak bertimbangrasa dan bercitarasa....inilah gunanya cermin kecil tersebut. Untuk dijadikan hiasan dinding......... isteri anda hanya ingin mencantikkan rumah anda. Anda telah jatuhkan maruahnya hanya kerana barang yang berharga RM4 ini.
Cantikkan....saya letakkan di dinding belakang bilik pejabat saya. Hiasan ini amat cantik diletakkan diruang dinding apartment yang mempunyai konsep komtemporari.



Selepas habis kumpul cermin hiasan itu, saya beli pula tuala lap pinggan mangkuk Ikea(kainnya tebal) yg dijual dengan harga 65 sen pada 2 minggu lepas. Sehari saya ambil 5 helai so saya sudah ada buah tangan untuk dibawa apabila melawat adik2 saya. Sekarang saya membeli hanger ikea (4 keping) berharga RM3. Semua ini adalah keperluan untuk rumah baru saya yang dijangka akan siap dalam bulan Jun ini.

1 comment:

jolluvmar said...

cantik...kreatif...hari tu ader gak tngok kat ikea....tp xtahu cara nak letak kt dinding...takut x sesuai...tp bile tngok yang awk buat...cantik jer....