Saturday, April 3, 2010

Karipap

Hari ini ketika saya mengemas kabinet dapur, baru terperasan beberapa biji kentang sudah nampak kecut. Dalam peti ais pun ada sepotong dada ayam yang sudah seminggu lebih. So saya buat karipap supaya barang2 ini tidak terbuang. beginilah keadaannya kalau masak seminggu sekali. Kalau anda perasan saya jarang masukkan entri berkaitan dengan lauk pauk atau nasi sebab saya tidak pernah masak nasi.....saya beli beras sepaket kecil sahaja untuk dibuat bubur nasi dan gas kat rumah nie boleh tahan 6 bulan. Kalau ada entry dimasukkan dalam blog nie bermakna hari itulah saja dapur saya berasap.

Resepi karipap ranggup bukan lagi satu rahsia sebab banyak blogger begitu ikhlas berkongsi resepi yang betul. Saya respect blogger2 ini yang mencuba dan berkongsi serta memberi komen bagi memperbaiki lagi sesuatu resepi.

KARIPAP
(dalam lingkungan 20 biji)
photo and recipe by resepidaria.blogspot.com

Bahan Pastri/Kulit

300gm tepung gandum
50gm butter (saya guna 30gm sahaja)
1/4 cwn @ 50gm minyak masak
120-130ml air
sedikit garam

Bahan-bahan untuk inti


Bahan A

1 sudu makan cili kisar
1/2 inci halia
beberapa helai daun kari
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 paket serbuk kari ayam/daging (paket kecil) + 100ml air+ cili kisar = cairkan
sedikit minyak untuk menumis

Bahan B

300gm kentang/5-6 biji - dipotong dadu (anda boleh gantikan dengan keledek)

150gm isi ayam (dada ayam) - dipotong dadu
sebatang karot - dipotong dadu (optional-kalau tak nak bubuh lebihkan kentang 1 biji lagi)
1 tangkai daun sup
garam
gula
bahan perasa jika anda suka

Cara-caranya membuat inti kentang:-
  1. Tumis bawang putih dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan bawang merah dan bancuhan serbuk kari + cili. Masukkan kentang, ayam dan karot. Masukkan air melepasi paras kentang dan biarkan sehingga kentang lembut. Masukkan air lagi jika filling sudah pekat tetapi kentang belum empuk lagi.
  2. Akhir sekali masukkan garam, gula dan daun sup.
  3. Biarkan sejuk sebentar.

Cara-cara untuk membuat pastri/kulit

  1. Masukkan tepung gandum dalam bekas. Masukkan sedikit garam dan butter, ramas dengan tepung sehingga rata menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan 1/4 cawan minyak dalam periuk kecil dan panaskan minyak
  3. Tuangkan minyak panas kedalam tepung.
  4. Ambil senduk kayu dan gaul rata minyak dengan tepung
  5. Apabila agak2 sudah boleh pegang, ramas dengan tangan pula. ramas sehingga peroi atau seperti serbuk. (ini rahsia mak saya)
  6. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga jadi doh.
  7. Ada orang mengunakan air ais (terpulang pada anda). Saya hanya akan guna air ais kalau hendak buat karipap pusing sbb nak bagi lapisan karipap ranggup. Untuk karipap biasa, saya guna air biasa saja.

Cara-cara untuk membuat karipap

  1. Guna mesin pasta untuk mendapatkan kulit pastri yang cantik.
  2. kulit karipap akan ranggup dan sedap jika ketebalannya betul. Emak saya sangat jaga berkaitan dengan ketebalan ini. Dia akan marah kalau orang buat kerja cincai.
  3. Ambil segengam doh dan buat memanjang dan leperkan sedikit supaya boleh masuk dalam mesin pasta.

  1. Guna no 8 (yang paling besar) dan biarkan pastri sedikit tebal dan kemudian ubah ke no 4 untukkan pastri yang sederhana nipis. Tidak tebal dan tidak nipis sangat. Potong seperti dibawah supaya senang diletakkan atas acuan karipap. Buat sampai habis


  2. Letakkan pastri atas acuan karipap dan masukkan inti kentang. kelim acuan karipap mudah terbuka dan tidak kemas. Anda harus kelim semula dengan tangan, jika tidak pandai kelim dengan cantik anda boleh picit2 saja bahagian tepinya supaya ia tidak terbuka semasa mengoreng. Buat sampai habis.


  3. Ini 'kepakaran saya'. Buat kelim dibahagian tepi karipap. Saya boleh buat dengan cepat. Pengalaman 18 tahun kan.




  4. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang banyak (agak2lah ye). Guna api yang sederhana. Jangan sesekali guna api yang kuat.
  5. Masukkan secubit baki pastri kedalam minyak. Jika ada buih2 disekitarnya dan ia naik keatas maka anda sudah boleh masukkan karipap kedalam minyak. Sentiasa balik-balik karipap anda.
  6. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.

Dalam membuat pastri karipap ada yang menggunakan shortening/crisco/marjerin/butter/minyak. Wp apapun bahan-bahannya jika teknik membuatnya tidak betul ia tetap tidak akan menjadi. Dalam kegairahan untuk mendapatkan karipap yang ranggup ada yang sanggup memasukkan minyak yang banyak. Ada satu resepi(dalam myresepi) mengunakan 3 senduk minyak untuk 2 cawan tepung sehingga tidak perlu guna air, memang akan betul2 ranggup. Anda sanggup buat hanya untuk dapatkan karipap ranggup. Jangan rosakkan keluarga anda dengan penggunaan lemak2 yang banyak begini.

4 comments:

Ridhuan said...

Kalau karipap ni kita frozenkan still rangup lagi tak? Boleh tahan berapa lama?

bdaria said...

Salam Ridhuan,

Tetap ranggup. Bergantung bagaimana cara anda frozen. Biasanya saya akan letakkan dipeti ais sebentar supaya karipap keras sikit dan kemudian baru susun dalam plastik. Bila nak makan baru keluarkan dan goreng. Berapa lama....bergantung kepada inti. kalau dalam inti anda letak daun sup...dalam dua tiga hari sahaja kot tapi kalau tak letak dedaun apa-apa....bolehlah tahan lebih seminggu. Nak lebih tahan lama macam yg dijual kat pasar tu...mereka letak bahan kimia. Ada jual kat bakeri.

diy shopaholic said...

Salam..bahan kimia ape ye tuk bg tahan lama?.. boleh gtaw nama nye?
tq.

diy shopaholic said...

Salam..bahan kimia ape ye tuk bg tahan lama?.. boleh gtaw nama nye?
tq.