Friday, May 7, 2010

Kuih Bom/Kuih Bijan


Saya tertarik dengan resepi kuih bom/kuih bijan oleh zethy305f@myresepi.com baru-baru nie. Cara bancuhan tepung agak berlainan dengan cara yang biasa dibuat oleh saya atau emak saya. So saya mencuba resepi ini untuk melihat perbezaan apabila membuat bancuhan dengan mengunakan air panas seperti yg dibuat oleh zethy.

Sesame Seed Ball/Kuih Bom/Kuih Bijan


Untuk Doh

240gm tepung pulut
1 tbsp tepung gandum
200ml air
4 tbsp gula pasir (resepi asal 5 tbsp)
secubit garam
1 tsp air kapur
bijan secukupnya untuk salut


Untuk Inti (inti saya ubah ikut kebiasaan yg saya buat)

1 cawan kacang hijau, basuh
1 ketul gula melaka
2 sudu makan gula pasir (tambah jika anda suka manis)
Air secukupnya (mulakan dengan 2 cawan, tambah lagi bila air kering tapi kacang blm empuk)
2 sudu makan tepung gandum
sedikit garam
1/2 cwn susu cair @ santan (boleh digantikan dengan kelapa parut muda)

Cara-caranya:-
Membuat inti kacang hijau
  1. Masak inti terlebih dahulu. Masukkan kacang hijau dan air kedalam periuk dan rebus sehingga empuk. Tips-supaya kacang hijau cepat empuk dan tidak perlu rendam semalaman, masukkan sudu/garpu (jgn sudu plastik) dalam periuk kacang hijau.
  2. Apabila kacang dah empuk/lembut, masukkan gula melaka, gula, susu cair dan sedikit garam. Tunggu sampai kering sedikit baru masukkan tepung. Kacau rata dan kemudian tutup api dan sejukkan. Apabila sudah sejuk, bulat-bulatkan untuk dibuat inti.

Membuat doh

  1. Masukkan air, gula dan garam kedalam periuk. Didihkan
  2. Masukkan tepung pulut, tepung gandum dalam bekas lain. Apabila sirap/air gula telah mendidih, masukkan air kapur dan tuang kedalam tepung
  3. Guna senduk kayu, gaul tepung dan air panas. Apabila sudah boleh dipegang barulah uli sehingga sebati.
  4. Bulat2kan doh kepada bebola kecil (agak2 sebesar duit 20 sen). Tepung sudah masak dengan air panas so tidak mengapa kalau nipis apabila dileperkan. leperkan dan masukkan inti.
  5. Letakkan diatas dulang yang telah ditabur bijan. Dalam resepi zethy beritahu supaya guna air kalau melekat sbb bancuhan nie cepat kering dan kalau tak guna air, bijan kurang melekat dan anda juga susah nak leperkan doh. (anda boleh baca resepi asal, penulis menerangkan dengan begitu terperinci
  6. Buat sampai habis. Ayak doh berinti diatas dulang supaya semua bijan melekat dikulit doh.

Golek2kan doh berinti didalam dulang yg ditabur bijan.

Basahkan sedikit doh dengan air jika doh kering dan bijan tidak melekat

Goreng sampai kekuningan.

Kuih bom saya yang telah tersedia untuk dibawa sebagai bekalan ke ofis

Komen.

  • Memang tidak meletup dan anda mudah mengoreng
  • Kuih memang jadi cantik
  • Kuih agak berminyak @ serap minyak.
  • Kuih tidak ranggup. Ketika angkat dari gorengan ia nampak macam garing tapi apabila telah sejuk sedikit, kuih mula lembik.
  • Doh mudah kering apabila dibancuh dengan air panas so kena sentiasa basahkan air ditangan ketika memasukkan inti.
  • Jika buat kuih bom kali kedua, saya akan mengunakan resepi yg biasa saya buat.

1 comment:

Norzihan Md Yusof said...

Bdaria..boleh bagi resepi kuih bom yang biasa Bdaria buat..thanks!