Tuesday, May 4, 2010

Nasi Lemak ala kukus

Ini nasi lemak yang saya masak dan bawa sebagai bekalan untuk kepejabat pagi tadi dan juga sebagai jamuan kecil kepada rakan-rakan sekerja. Nasi lemak nie saya tidak masak secara biasa tapi saya cuba cara kukus pulak. Nasi lemak masak cara kukus nie lebih gebu, peroi dan lebih sedap. Saya dapat resepi nie semasa buat carian internet beberapa hari lepas. Ini adalah gaya masakan nasi uduk indonesia yg saya perolehi dari satu blog dari seberang (sorry saya terlupa untuk mencatat nama blog tersebut). Sebenarnya tiada perbezaan yg banyak antara cara masak nasi lemak kita dengan nasi uduk cuma nama saja yg berbeza. Saya padukan nasi lemak ini dengan ayam goreng madras stail india, sambal tampe + bilis dan telur goreng.
Nasi lemak kukus

Bahan-bahannya:-

500gm beras
850ml santan (saya guna 400ml santan kotak + 450ml air)
1/2 tsp garam
2 helai daun salam (saya gantikan dengan 2 helai daun pandan)
1 batang serai-di titik (optional-anda tak nak bubuh pun tak pe kalau tak biasa)
1 inci halia

Cara-caranya:-
  1. Bersihkan beras dan panaskan periuk kukus. Letakkan bekas kukusan diatas dulang rata, baru masukkan beras kedalamnya so ia tidaklah akan terjatuh dari lubang-lubang kukus.

  2. Kukus selama 30 minit dan kemudian angkat.

  3. Masukkan santan, garam, daun pandan, halia, serai dalam periuk yang lain dan masak sehingga mendidih.

  4. Apabila santan sudah mendidih, masukkan beras yang dikukus kedalam santan tersebut. Kacau sehingga santan kering. tutup api.

  5. Masukkan semula beras dibahagian 4 tadi kedalam bekas kukusan semula dan kukus kembali selama 30-35 minit.

  6. Diantara tempoh kukus tersebut, angkat bekas kukus dan letakkan atas dulang rata. Ambil senduk dan balik2kan beras supaya ia masak rata. kemudian kukus semula sehingga betul2 masak.




Hidangkan bersama sambal, telur goreng yang dihiris halus, timun (sorry timun tak ada....kat tesco habis, malas nak singgah supermarket lain). Lihat nasinya nampak sebiji sebiji tapi memang gebu dan best.

No comments: