Sunday, June 27, 2010

Kuih Cara Berlauk

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================



Ok ini projek saya yang kedua pada petang tadi. Beberapa hari lepas saya pinjam acuan kuih bahulu dari lela so petang nie cuba buat kuih nie dengan guna acuan tersebut. Sebelum nie saya selalu buat guna acuan yg beli kat BWY je dan tak jadi comel sangat kali nie saya betul2 puas hati sbb berjaya buat seperti yang saya kehendaki.Masa kat ofis lama dulu staff kat ofis selalu order kuih cara berlauk nie. Kuih cara berlauk tu berlainan sekali dengan yang selalu saya makan. Sejak tu saya sentiasa berexperimen resepi kuih cara supaya ia jadi seperti ini. Sejak remaja lagi memang inilah perangai saya, bila saya makan sesuatu yang sedap saya akan cuba buat sampai jadi macam yg saya makan tu. Dulu saya tak risau makanan membazir sebab ada anak2 jiran saya yang tukang habiskan semua masakan saya. Sekarang nie kalau saya berexperimen maka tong sampahlah yg kenyang. Untuk buat kuih cara seperti nie saya dah cuba hampir sepuluh bancuhan dan selalunya bila tidak jadi seperti yg saya kehendaki saya akan buang. Alhamdulillah...hari nie jadi elok sangat. Berbaloi experimen saya selama nie lepas nie kuih lain pulak.

Jika anda biasa makan kenduri di Pahang, mungkin anda pernah makan kuih bepang mihun yang berwarna-warni. Itu experimen saya seterusnya. Resepi dah ada cuma ia tidak menjadi seperti yang sepatutnya. Saya serve internet dan cari resepi bepang nie tapi tiada satu pun kecuali yg guna gula merah...itu bukan bepang yg saya cari. Bila dah berjaya nanti saya akan publishkan gambarnya.


KUIH CARA BERLAUK
Photo by resepidaria.blogspot.com
Resipi diadaptasi dari berbagai sumber


Bahan A
3 cawan tepung gandum
5 cawan santan
3 biji telur
1 sudu besar minyak masak
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B
200gm daging cincang
6 sudu kecil rempah kari
1 labu bawang besar dimayang halus
2 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 cawan sos tiram
garam dan gula secukupnya

Bahan hiasan
3 batang daun sup-dipotong halus
2 biji cili merah-dipotong halus

Cara-caranya;-
Bahan A
  1. Campurkan semua bahan diatas dan kacau sehingga sebati. Jika anda mahu, anda boleh masukkan dalam mesin pengisar dan kisar sebati.
Bahan B
  1. Tumis bawang putih, bawang besar sehingga garing dan naik bau. Masukkan daging dan rempah kari dan semua bahan2 diatas. Goreng sehingga air kering.
  2. Ketepikan.
Cara membuatnya
  1. Panaskan acuan, sapukan sedikit minyak diacuan supaya tidak melekat.
  2. Tuangkan adunan tepung kedalam acuan, biarkan sebentar
  3. Masukkan sedikit bahan B ditengah-tengahnya
  4. Kemudian taburkan hirisan cili merah dan daun sup.
  5. Tutup acuan dan biarkan ia sehingga masak.
Jika anda mencuba dan ia tidak menjadi seperti yang saya buat, jangan putus asa....cuba lagi kerana saya pun mencuba berberapa kali baru dapat seperti diatas.

No comments: