Sunday, July 11, 2010

Kelas bahulu dan Swissroll

Saya sudah buat tempahan untuk memasuki kelas masakan di Aniz Baking Centre kelolaan Chef Noraini beberapa minggu yang lepas. Sebab itulah saya terpaksa jugak balik ke KL pada petang semalam. Pertama kali memasuki kelas chef noraini....saja nak cuba. Sebelum nie saya sudah biasa dengan kelas kelolaan Chef Asma ....so nampak perbezaan dari segi teknik mengajar. Chef asma sudah biasa mengajar di Unitar so cara penyampaian dan kendalian kelas lebih efektif.


Saya suka makan kuih bahulu sebab tu saya masuk kelas nie. Saya pernah makan bahulu yg amat sedap dan saya tengah cari resepi yang boleh buat bahulu macam tu...setakat nie belum jumpa lagi.


Yang ini adalah Kek Gulung Benji @ Benji Roll. Cantik kan.....dah ada satu resepi ntuk raya nanti. Resepi mesti buat nie sbb sedap.
Yang nie biasalah swiss roll. Saya belum pernah buat swissroll lagi sbb tu nak cuba buat.

Ada satu perkara yang saya nak bualkan sikitlah....saja je nak luahkan rasa terkilan tapi bukan terhadap kelas nie. Ini berkaitan dengan panggilan 'kakak' terhadap orang lain. Kebanyakkan kita yg meminati masakan adalah dalam lingkungan 30an keatas kan. Saya juga dalam lingkungan 30an so saya juga tidak suka kalau orang anggap kita tua kan. Semua perempuan tak sukakan. Kenapa kita cenderung nak panggil orang kakak kalau kita tahu umur mereka tidak jauh berbeza dengan kita....lupa tengok cerminkah pagi tadi sehingga lupa kedut kat muka tu...dah ada cucupun masih terasa diri muda dan panggil orang 'kakak' sesuka hati. Meluat sungguh....geram je tadi. Mula2 saya layan dia berbual tapi bila dia panggil saya 'kakak' terus saya dah malas nak layan pastu saya mula bilang kedut kat muka dia...tengok kedut kat tangan dia....tak malukah dia panggil saya 'kakak' sedangkan kedut dia banyak kat muka.

What a big deal jika seseorang tu tua 10 tahun dari anda pun..... sedapkan hati mereka dengan panggil nama mereka. Apa ingat nie zaman asrama dulu ke...penting sangat tua @ muda. Satu lagi orang kita nie kalau pergi ke kaunter perkhidmatan awam...kenapa nak panggil org yg berkhidmat kat kaunter tu dengan panggilan kakak, makcik, abang, pakcik....mereka bukan saudara-mara anda...profesionallah sikit...panggillah cik, puan dan encik. Jangan kampung sangat.

Sebab itulah saya tidak panggil orang dengan panggilan kakak wp dia tua beberapa tahun dari saya....panggillah nama mereka, tak payah nak ingatkan mereka bahawa mereka tua....bila dah masuk usia 30an, 40an kita sama saja. Kalau kita pergi kepasaraya besar, jurujual bangsa kita cenderung nak panggil kita dengan panggilan "kakak atau makcik". Niat nak beli terus terbantut...tak bijak kan. Tak pandai bab2 marketing nak tarik pelanggan cuba tengok bangsa lain ada mereka buat macam tu. Nak beradap konon...beradapkah kalau kita menyakitkan hati orang lain.

Alamak panjang pulak celoteh saya...sorilah geram sangat tadi sbb yg panggil saya tu dah bercucu. Klu dia tu mak2 datin yg bergaya muda ...boleh tahanlah tapi macam mak saya kat kampung je, tu yg sakit hati sangat tu. Kalau ada cermin tadi nak je saya hadiahkan pada dia.

4 comments:

cikgu isza said...

salam,
cantik kek tu.. boleh juga buat untuk raya nanti..

setuju dengan pandangan tuan punya blog,
kadang2 mereka dah ada cucu pun.. tapi x hengat.. huhuhu

bila kita nampak orang lupa tua.. jangan ingat orang nampak kita muda..

bdaria said...

Salam cikgu isza,
Raya nanti bolehlah kita sama2 buat benji roll. Chef kata bila dia buat, ini yg habis dulu time raya.
Semua p'puan tak suka diingatkan berkaitan dgn umur nie. Sy nie dah habis lebih 12 ribu kat New york beauty centre tu...alih2 makcik nie panggil saya kakak tu yg bengang tak habis sehari. Sy x kisah dipanggil kakak oleh org yg muda tapi bukan makcik nie.....sedihhhhhh sgt2 huhuhu

cek chun said...

hehe..sabo.. slalu gak kena. tapi cek gelak jer. lantak la dia lupa tengok muka kat cermin pagi tadi tuhh

Anonymous said...

Salam, sy ingat sy seorg je yg sensitif tentang nama panggilan ni. Setuju 200% dgn bdaria. Kdg2 sy sengaja panggil org yg lebih tua dari saya nama sj sbb taknak dia kecil hati jika dipanggil kakak. Sebelum tu sy tanye dia dulu bagaimana sy nak panggil dia. Walaupun dia kata dia kak xyz, sy kata 'saya ni dah berumur, sy panggil xyz jelah ya' Xyz ni sebenarnya hampir sebaya dgn mak saya...Ini pandangan saya je, mgkn ade yg tak setuju. Ada satu cashier ni kt kedai kecik kat Sg Buloh ni plak terover sopan hgga sy rasa sgt sakit hati. Umur dia mgkn +/- 20 thn dan dia pggl sy makcik. Kalau sy ada anak sebaya dia sy mgkn tak kisah. Bayangkan kalau mak sy yg pergi ke kedai tu, takkan dia nak pggl mak sy makcik juga kan? Mestilah kene pggl nenek kan? yg sy pelik, sy tak pernah dipanggil makcik di hypermarket/restaurant etc, wlupun staffnya kdg2 sgt muda. Sy rasa tmpt2 begini beri proper training pd staff2 mereka.Saya rasa sgt selesa dan dihormati bila kdg2 dipggl Puan. Rasa sejuk gitu ...