Tuesday, July 27, 2010

Rich Sugee Cake

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================
Kek nie saya buat malam semalam. Dah 2 bulan saya dapat buku delicious Asian Baked Treads oleh Oi Lin tetapi belum pernah sekali pun saya mencuba resepi didalamnya. Saya cuba resepi kek suji nie sbb ini kali pertama saya makan kek suji. Ok jugak resepi kek suji nie, resepi yang saya pernah tengok guna banyak telur tapi resepi nie guna 5 biji sahaja. Dari segi rasa memang sedap.....bau semerbak kek yg baru keluar dari oven pasti menganggu jiran2 saya hehe...tapi memang betul harum je bau kek nie.







Rich Sugee Cake
photo and publish by resepidaria.blogspot.com
recipe from delicious Asian baked Treats by Oi Lin

Bahan-bahannya

220 unsalted butter, diced dan dibiarkan lembut pada suhu bilik
120gm caster sugar
1 tbs milk @ air
100gm tepung suji @semolina
3 biji telur dan 2 biji telur kuning
120gm gula caster (saya kurangkan kepada 90gm sahaja)
2 tsp esen vanila
80gm tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 tsp garam
120gm serbuk badam
50gm badam cincang (almond nibs)-saya guna badam hiris

Cara-caranya:-
  1. Pukul butter dengan gula dalam mixer untuk 1 minit dengan kelajuan sederhana. Dengan mixer yang masih on, tambah susu sedikit demi sedikit dan diikuti dengan tepung semolina/suji. Pukul sehingga sebati. Tutup mixer dan biarkan bancuhan tersebut selama 1 jam. Ini bagi membolehkan tepung suji menyerap kelembapan.
  2. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. sapu sedikit minyak masak atau butter cair dibawah dan tepi dulang kek (bulat yg berukuran 7 inci). Alaskan pula dengan kertas greaseproof
  3. Pukul telur dan telur kuning didalam mixer sehingga gebu. Tambahkan gula caster 120gm (sy guna 90 gm) dan pukul pada kelajuan sederhana tinggi selama 5 minit sehingga ia bertukar warna pale. Masukkan esen
  4. Ayak tepung, baking powder dan garam. Tambahkan serbuk almond dan almond cincang. Kacau rata
  5. Masukkan separuh campuran telur kedalam bancuhan butter. Kaup perlahan sehingga sebati. Kemudin tambah lagi setengah dan kaup perlahan dan ulang sehingga habis. Jangan terlalu 'overmix'
  6. Masukkan bancuhan kedalam tin kek dan ratakan permukaan adunan dengan spatula
  7. Bakar selama 45 minit. Jika bahagian atas kek sudah mula nampak nak hangus, keluarkan kek selepas 35 minit dan tutup tin kek dengan aluminium foil dan kemudian bakar semula selama 10 minit lagi.
  8. Biarkan kek sejuk pada suhu bilik selama 10 minit sebelum ia dikeluarkan dari tin.
Nota
  • Susu menambahkan rasa dan lemak pada kek. Jika tak suka susu boleh gantikan dengan air tetapi ia akan hilanglah rasa lemak sedikit.
  • Telur kuning lebih akan menambah kelembapan dan rasa kepada kek
  • Adalah penting memukul telur dengan kembang supaya kek naik semasa membakar.
  • Saya rasa almond perlu dibakar terlebih dahulu sebelum digunakan bagi menambah rasa wangi dan keranggupan almong cincang atau almond hiris.
  • Almond cincang menambah rasa dan memberikan rasa ranggup kepada kek. Jangan tinggalkan almond cincang.
  • Jangan ganti tepung gandum dengan tepung suji kesemuanya kerana tepung gandum penting dalam memberikan struktur pada kek
  • Ketika mengaul tepung dan bancuhan telur kedalam butter jangan terlampau lama mengaul/mengaup kerana ia akan menyebabkan kek jadi berat.
  • Untuk hiasan atas kek anda boleh susun badam hiris atau taburkan dengan badam cincang atau ayak gula ising diatas permukaan kek yang telah dibakar.

1 comment:

saudah said...

salam, gebunyer kek nie, nak cubalah. Memang saya pun perasaan kebiasaannya kek nie banyak guna telor