Friday, August 20, 2010

Cara mudah membuat kelongsong kuih pelita

Saya hendak tunjukkan cara paling mudah untuk membuat kelongsong daun pisang untuk kuih pelita. Cara nie ditunjukkan oleh mak saya bila dia tengok adik saya terkial2 nak buat kelongsong sedangkan mak perlukan kelongsong nie banyak. Saya tak berikan ukuran saiz kotak sbb nanti anda akan 'terikat' dengan ukuran tu. Anda boleh guna apa jenis kotak asalkan ia kotak 4 segi dan bersaiz kecil. Bagi yang dah expert dia dah tak perlukan cara nie. Cara nie hanyalah untuk anda yang baru belajar untuk membuat kelongsong kuih pelita supaya ia kemas.

Peralatan yang anda perlukan adalah daun pisang yang telah dilayur dan di lap bersih, stapler, gunting dan kotak kecil (saiz kotak terpulang kepada anda),
Kelebaran daun pisang adalah dalam anggaran boleh membaluti 3/4 daripada kotak. Anda boleh guna 2 lapis daun pisang supaya ia tebal dan tegap. Letakkan kotak ditengah dan buat seperti dibawah

Pastikan kedua-dua sisi adalah sama tinggi supaya kelongsong anda tidak kelihatan senget atau tinggi sebelah.
Lipat dibahagian tepi seperti gambar diatas kemudian lipat dibahagian yang satu lagi sehingga menjadi kotak seperti gambar dibawah.

Kedua-dua bahagian telah dilipat. Keluarkan kotak @ anda boleh biarkan ia terbuka terus sbb kesan lipatan telah kelihatan dan anda boleh lipat semula tanpa perlu ukuran kotak lagi. Kemudian staplekan kedua-dua bahagian seperti dibawah


Kedua-dua bahagian boleh di staple @ disemat dengan lidi/ pencungkil gigi. lebihan daun pisang hendaklah dipotong.

Nah....anda sudah dapat satu kelongsong daun pisang untuk tepung pelita. Ini cara paling mudah. Ada berbagai cara jenis lipatan dibahagian sisi kelongsong....ini adalah jenis lipatan yang paling mudah.

1 comment:

Arn Rashid said...

Mohon share ye. Tq