Tuesday, August 24, 2010

Ikan cencaru inti kelapa

Ikan cencaru inti kelapa atau ikan sumbat adalah post tertunda sebenarnya. Ikan nie saya buat pada hari sabtu lepas. Guna resepi dari buku masakan Rubiah Suparman. Inti kelapanya sedap berasa masam dan manisnya....cukup lengkap. Gambar ikan saya saja yang kurang menarik sebab kelapa sikit saja dalam peti tu....bila buat inti kelapa tak cukup untuk diisi penuh dalam perut ikan

Ikan Cencaru inti kelapa
photo n publish by resepidaria.blogspot.com
recipe dari buku masakan Rubiah Suparman

Bahan-bahannya


1 kg ikan cencaru
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5 biji cili merah*
5 biji cili api*
1 batang serai*
1 inci belacan*
1 sudu besar asam jawa*
1 1/2 sudu kecil garam*
1 sudu kecil kunyit serbuk*
1 1/2 sudu kecil gula pasir*
1/2 kelapa parut

Cara memasak

  1. Setelah ikan dibersihkan, belah bahagian belakang ikan cencaru. toskan
  2. Semua bahan-bahan yang bertanda (*) diatas hendaklah ditumbuk lumat. Saya blend kering bahan-bahan tersebut.
  3. Kemudian gaulkan bahan yang telah ditumbuk lumat dengan kelapa. Gaul rata.
  4. Setelah sebati, masukkan kedalam ikan yang dibelah itu.
  5. Kemudian goren sehingga masak. Berhati-hati semasa mengalih ikan supaya inti kelapa tidak berburai.


No comments: