Sunday, August 22, 2010

Ikan keli goreng ranggup


Nie post tertunda. Saya buat ikan keli goreng ranggup nie pada petang jumaat untuk jaudah berbuka pada petang tu. Ikan keli nie bertambah ranggup dan sedap terutama dengan adanya serdak tepung ranggup. Ia sepatutnya dihidangkan dengan sambal belacan tapi kat rumah saya nie tak ada tempat penumbuk so saya makan plain je tapi tetap sedap. Anda boleh cuba dan makan bersama sambal belacan tentu lagi ummphhh.

Ikan keli goreng ranggup
photo & publish by resepidaria.blogspot.com
recipe from majalah sedap bil 22


Bahan-bahannya

Bahan utama
  • 4 ekor (450gm) ikan keli- dibersihkan dan dikelar-kelar
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan perapan
  • 1/2 sudu makan air limau nipis
  • 1/2 sudu makan garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • 200ml air
Bahan Kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
Bahan pelapis/saduran (kacau rata)
  • 250ml santan dari 1/4 biji kelapa ( sy guna 50ml santan pekat + 200ml air)
  • 50gm tepung beras
  • 15gm tepung ubi
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk bawang putih (saya tak masukkan)
  • 1/2 sudu teh serbuk stok ayam
Cara membuatnya:
  1. Lumur ikan keli dengan bahan perapan dan bahan kisar. perap selama 30 minit
  2. Goreng ikan keli dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana hingga berkulit (sedikit garing). Angkat dan ketepikan.
  3. Celup ikan keli ke dalam bahan pelapis/bahan celupan. Goreng semula dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak dan garing.
  4. Goreng baki bahan celupan dalam minyak panas. Guna sudu dan jatuhkan sedikit demi sedikit. Kecilkan api. Goreng sehingga berwarna keemasan dan garing.
  5. Hidangkan ikan keli bersama gorengan baki bahan celupan dan sambal belacan.

No comments: