Tuesday, August 24, 2010

Jus limau kasturi asam boi



Jus limau kasturi asam boi....memang sedap. Masa nak buat tu....terfikir jugak ok ke nanti jus nie sebab blend limau kasturi sekali dengan kulit dan bijinya. Resepi dah kata gitu so ikut ajelah. Lepas berbuka.....bila teguk je uhhhhhhh nyamannya....memang sedap u. Jom tengok resepi:



Jus Limau Kasturi Asam boi

photo n publish by resepidaria.blogspot.com
recipe from selera ramadhan by Rubiah Suparman

bahan-bahan


3 biji limau kasturi
3 biji asam boi
1/2 gelas air
2 sudu makan gula

cara-caranya
  1. Dua biji limau kasturi dibelah dua
  2. Kisar limau kasturi tadi dengan 1/2 gelas air dan 2 sudu makan gula
  3. setelah selesai, tuangkan kedalam gelas. Masukkan 3 biji asam boi dan ketulan ais secukupnya serta sebiji lagi potongan limau kasturi untuk hiasan.
Ukuran gelas adalah seperti gelas diatas

No comments: