Sunday, August 29, 2010

Kuih koci pulut hitam



Kuih koci pulut hitam nie saya buat guna resepi dari blog mat gebu. Resepi nie dari bonda mat gebu...memang sedap sungguh kuih koci nie. Saya buat setengah adunan maka dapatlah dalam 9 biji. Boleh makan sampai lepas balik terawih. Saya suka yang tradisional macam nie....kalau dapat buat tahi minyak kelapa lagi bestkan tapi maaflah kalau lepas balik kerja sampai rumah kul 5 nak buat semua tu alamatnya tak berbukalah saya.

CMG saya copy n paste resepinya ye. Kalau anda ingin lihat kuih koci pulut hitam yang dibuat oleh bonda mat bolehlah kesini.

BAHAN DOH :-)
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 cawan air
1/2 cawan santan
Secubit garam

BAHAN INTI :-)
1 biji kelapa inti (yang sedikit muda dan berkulit cerah)
1 ketul gula melaka, dipotong kecil
1 cawan gula pasir
2 helai duan pandan
1 1/2 cawan air

BAHAN LAIN :-)
Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong ikut saiz sesuai
Minyak masak untuk disapu atas daun pisang

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Masak gula melaka, gula pasir, 1 daun padan dan air hingga gula larut. Angkat dan tapis gula tadi. Masukkan kan ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukkan kelapa parut tadi dan baki daun pandan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga inti sedikit kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 doh kecuali air, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menajadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan, tambah sedikit lagi air jika perlu. Ketepian untuk 10 - 15 minit.
  3. UNTUK KUIH KOCI :- Ambil sekeping daun pisang tadi, sapu dengan minyak masak pada permukaannya. Letakkan secukupnya doh dan ratakan. Ambil 1 - 1 1/2 camca teh inti dan letak di tengah2 doh, cantumkan doh dan kemaskan, bungkus kemas dan letak dalam pengkukus. Buat hingga siap. Kukus 15 - 20 minit atas air mendidih. Boleh dihidangkan segera ada dingin sedikit....

4 comments:

Jiya said...

aikk.. sini pon koci pulut hitam gak... td kat umah ika siam :P

Fatimah @ teei said...

salam kalau nk buat kuih koci putih tu yg biasa mcmn? perlu tambah adunan tepung pulut hitam dgn tepung pulut biasa? kt sini x jmp tepung pulut hitam...

bdaria said...

Salam Fatimah,

Ya. 1/2 cawan tepung pulut hitam tu digantikan dengan tepung pulut biasa atau Fatimah boleh jugak gantikan dia dengan tepung gandum biasa. tepung gandum menjadikan kuih koci tidak terlalu liat atau melekat terutama kalau ada orang tua yang nak makan.Selamat mencuba.

Fatimah @ teei said...

Terima kasih...insyaAllah akn cuba. akhirnya jmp resepi koci dlm blog ni. Tq