Sunday, August 15, 2010

Kuih lopes

Time cuti je baru boleh buat kuih nie. Saya buat banyak dan simpan untuk buat frozen. Nanti bila teringin boleh kukus balik. Air gula melaka saya dah buat extra so boleh buat hidangan berbuka kalau saya balik lewat dari ofis dan tak sempat sediakan kuih.

Lopes adalah kuih kegemaran saya. Apa-apa kuih dari pulut adalah kuih kegemaran saya. Kuih nie mak saya biasa buat meniaga dibulan ramadhan. Ok inilah resepi yang saya buat. Resepi nie adalah cara lama yang mengunakan cara 2 kali masak. Pulut lebih padat berbanding dengan cara 'express'. Saya lebih suka pulut lopes begini.
Kuih Lopes

Bahan-bahannya:

500gm pulut
1 sudu makan air kapur
5 @ 6 helai daun pandan (kisar bersama sedikit air dan tapis ambil patinya)
sedikit pewarna hijau (masukkan kedalam pati pandan)
sedikit garam(masukkan kedalam pati pandan)
air secukupnya
daun pisang yang lebar
tali untuk mengikat
1/2 biji kelapa parut putih + secubit garam

Cara membuatnya:
  1. Rendam pulut bersama dengan air kapur semalaman atau 4 jam
  2. Setelah direndam, basuh semula pulut dan toskan sehingga kering air
  3. Masukkan pulut kedalam periuk dan masukkan pati pandan dan sedikit air sehingga paras air sama dengan paras pulut.
  4. Tanak pulut seperti cara hendak masak nasi. Kacau sentiasa.
  5. Apabila air kering, tutup api dan tutup periuk dan biarkan sebentar.
  6. Layur daun pisang dan seterusnya lap daun pisang dengan kain bersih
  7. Daun pisang haruslah lebar supaya boleh digulung 2-3 kali.
  8. Kacau rata pulut terlebih dahulu dan letakkan 2 senduk atau lebih pulut keatas daun pisang (bergantung kepada saiz daun anda)
  9. Gulung dan padatkan.
  10. Ikat di hujung yang pertama dan kemudian mengunakan sudu yang dicelup air...tekan pulut dibahagian hujung yang satu lagi supaya pulut padat. Tekan2 sedikit bagi memastikan ia padat dan seimbang. Kemudian ikat dengan tali bahagian yang satu lagi sehingga menjadi seperti gambar dibawah.
  11. Buat sehingga habis pulut. Untuk 500gm, anda akan memperolehi 3 gulung pulut.
  12. Masukkan pulut yang telah dibalut kedalam periuk dan masukkan air sehingga sama paras.
  13. Rebus sehingga air kering atau dalam 2 jam
  14. Angkat dan toskan
  15. Untuk memotong kuih lopes dengan cantik, guna benang.
  16. Ikat benang pada sesuatu. Buka separuh daun pisang (seperti gambar diatas) letakkan ditangan kiri, tegangkan benang mengunakan tangan kanan anda untuk memotong pulut.
  17. Gaulkan pulut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam.
  18. Hidangkan bersama air gula melaka
Untuk Air Gula melaka

300gm gula melaka
250ml air (tambah jika perlu)
1/2 tsp tepung beras/gandum ( untuk memekat
)

Cara membuatnya:
  1. Masukkan gula melaka dan air dan masak sehingga gula melaka larut
  2. Angkat dan tapis untuk membuang bendaasing dalam gula melaka
  3. Masukkan semula kedalam periuk
  4. Masukkan bancuhan tepung (bancuh tepung dengan sedikit air)
  5. Kacau sebati dan masak sehingga pekat.

6 comments:

azian said...

Salam Bdaria, suka tgk warna hijau pada lopes tu. Saya pun sukakan kuih lopes tp tak boleh makan byk kerana badan mudah berangin.

bdaria said...

Salam kembali Azian. Hijau lopes tu saya guna pati pandan. Sy beli daun pandan kat pasar malam yg seikat RM0.50 dan saya blend semua sekali sbb daun tu nampak kecil tp sebenarnya pdn tu paling wangi. Mujur sy tak alah dgn pulut cuma gandum je....tu yg sedih sbb teringin nak mkn karipap.

Anonymous said...

Salam Bdaria, resepi ni nampak best. Susah nak jumpa lopes yg menggunakan resepi ni, padat dan sedap ! Thanks for the very detail method ya!

siti shahila said...

t.kasih byk2 yer..baru nmpk nk buat bg jd bulat mcmn..naif nyer saya kan..nk bt utk berbuka ptg ni...

siti shahila said...

t.kasih yer kak..mmg dok tercari2 cara nk balut lopes bg bulat..t.kasih sgt2..1st time nk buat juadah berbuka utk ptg ni..wish me luck k..

Mummy & Papa haris said...

tak perl;u tanak dgn santan ye... owh, tp nnti pulut tu rasa lemak tak?