Wednesday, August 25, 2010

ondeh-ondeh/buah melaka

Ondeh-ondeh atau buah melaka.....baru semalam ada peluang nak buat....saya buat separuh dari sukatan bahan dibawah. Bila tengok jam dah kul 7........ hanya sempat buat beberapa biji sahaja terus simpan baki tepung so masak yang sempat di bulat-bulatkan sahaja. Lepas berbuka hanya makan 2/3 biji dan baki ondeh-ondeh yang tinggal nielah yang sempat diambil gambar. Kalau ondeh2 yang kecil tu tahap mula-mula buat sebelum tengok jam....bila dah tengok jam mula besar gedabak...macam yg kat depan tu.


Ondeh-Ondeh/Buah melaka

Bahan-bahannya

Bahan A
240gm tepung pulut
260gm air pandan
2 tbsp santan kelapa

Bahan B
100gm gula melaka (dipotong kiub)
100gm kelapa parut putih sahaja
1/2 tsp garam digaulkan dengan kelapa

Cara-caranya
  1. Campurkan semua bahan A diatas sehingga sebati
  2. Bulat-bulatkan doh seberat 15gm dan masukkan gula melaka yang dipotong kiub. Bulatkan
  3. Ulang cara kedua sehingga habis adunan
  4. Panaskan air didalam periuk sehingga mendidih
  5. Masukkan semua bebola kedalam air mendidih dan tunggu sehingga ia timbul dipermukaan air baru angkat dan toskan.
  6. Salutkan bebola dengan kelapa parut yg telah digaul dengan garam
  7. Hidangkan.

1 comment:

Anonymous said...

Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.