Tuesday, September 21, 2010

Berehat Sebentar

Petang semalam, buat pertama kalinya menjejakkan kaki semula ke Gym selepas berehat lama sebulan puasa dan sebelum itu aktiviti gym slow sikit sbb lutut cedera....lepas rehat panjang....petang nie masuk semula.

Seperti biasa selepas 15 minit panaskan badan, saya join kelas Body Step diajar oleh Teoh. Hampir 4 tahun saya join kelas nie dan sepatutnya saya dah tak ada masalah untuk follow rentak setiap track lagu....tapi petang nie saya seperti kehilangan stamina. Track ke 4 dan track akhir saya terpaksa keluar dari kelas sebab saya rasa semput sangat....jantung saya rasa nak meletup.....sesak nafas dan rasa nak pitam. Kelas 45 minit nie terasa susah pulak....saya malu pada teoh sebab 4 tahun saya join kelas kelolaan beliau dan instructor yang lain tetapi saya gagal buat dengan baik hari ini dan itu buat saya terlalu sedih.


Semalaman saya berfikir...selepas timbang, berat badan saya telah naik mendadak....banyak pakaian saya dah nampak tak cantik nak dipakai....saya seronok memasak....seronok makan sampai tak terkawal. Oleh sebab itu saya akan berehat sebentar up date blog ini sbb saya akan fokus kembali kepada diet dan rutin gym.


1 comment:

~GaDis KaNcIL mErAH~ said...

teringin sangat nak pegi gym + kelas aerobik.. bagus2!! cumenye agak malu sbb xde kawan...