Tuesday, September 7, 2010

Biskut ranggup nestum


Biskut nie sedap...ranggup sangat. Dapat 2 bekas biskut yang sederhana besar tapi satu bekas dah habis dimakan anak saudara lepas berbuka. Sila abaikan saiz besar kuih tu....budak2 yg tolong buat....macam-macam saiz boleh dapat.


Biskut ranggup nestum

Bahan-bahannya:-

Bahan A
150gm mentega

70gm shortening
150gm gula perang
100gm gula kastor
1 biji telur saiz B
1 sudu teh esen vanila
secubit garam

Bahan B
220gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
200gm nestum

Cara membuatnya:-
  1. Putar mentega, shortening, gula dan garam sehingga kembang dan putih
  2. Masukkan telur dan esen vanila dan putar lagi hingga sebati
  3. Ayak tepung, soda bikarbonat dan serbuk penaik
  4. Masukkan tepung dan nestum kedalam adunan mentega
  5. Gaul kesemuanya sehingga menjadi adunan yang sebati. Adunan adalah lembik.
  6. Ambil sejemput dan bulatkan sebesar guli. Susun atas dulang pembakar. Ambil garfu dan tekan agar ia menjadi leper
  7. Bakar sehingga masak selama 25 minit sehingga keperangan.

No comments: