Saturday, September 18, 2010

Daging goreng kunyit



Lauk yang paling mudah dibuat tapi saya paling suka terutama kalau guna daging batang pinang. laju je kalau makan dengan nasi panas. Gambar tak berapa cantik sebab guna kamera handphone. Buat sementara waktu nie kena guna kamera handphone dululah sebab kamera Lumix saya tertinggal kat Pahang.
Daging goreng kunyit

Bahan-bahannya

250gm daging batang pinang-dipotong nipis
1 biji bawang besar-dipotong bulat
1 biji cili besar-dihiris
3 biji cili padi-dihiris halus1 biji tomato-dipotong lapan
1/4 tsp garam
1/4 tsp serbuk kunyit/ kalau guna kunyit hidup lagi sedap
3 sudu makan minyak masak

Cara-caranya
  1. Gaul daging dengan garam dan kunyit.
  2. Panaskan kuali dan tuangkan minyak masak
  3. Masukkan daging dan goreng sebentar. Jangan lama sangat nanti daging terlebih masak dan dah tak sedap. Biar sehingga berubah warna sudah cukup.
  4. Masukkan semua bahan-bahan yang dihiris.



1 comment:

SYaMiLa said...

sedapnya..my feveret.. :-)