Thursday, October 28, 2010

Week 3, Day 1,2,3 & 4

Wah....makin malas pulak nak update blog. Bila tengok kawan-kawan foods blogger tayang aneka masakan yg sedap-sedap mula terasa nak masak jugak. Control sekejap bila dah ok nanti boleh mula balik aktiviti masak-memasak. Saya tak target tinggi untuk penurunan berat badan cukup sampai kat 65-66kg saja sebab saya tinggi dan berangka agak besar.


Saya nak menjawap komen anonymous iaitu :-


betul3x.my husband selalu sekat saya makan malam saying yg kalu nak diet, tabley makan malam.dalam kate lain, jangan makan.dan sy slalu rs kecik ati,hehe. sebab sy yg jenis cepat masuk angin kalau tak makan.and i dont think kalau setakat makan nasi ciput will make u big,fat.dan selalu jawapan saye, do we have to starve, for the sake of frighting of losing shapes??


Sebenarnya anonymous, saya bergelut dengan kenaikkan mendadak berat badan dalam tahun 2001/2002 iaitu ketika saya bergelut dengan masalah besar dalam hidup saya ketika itu iaitu apabila syarikat saya 'dirampas' dan saya dihalau keluar dari syarikat dan dalam masa yang sama tunang saya tinggalkan saya ketika lagi 3 minggu kami nak berkahwin. Akibat terlalu tertekan....makanan adalah 'ubat' ketika itu. Daripada berat 54kg, naik sehingga 85kg dalam tempoh 1 tahun.


Bila nak turunkan berat badan maka macam versi yang saya baca dan dengar. Jangan makan nasi dan jangan makan malam adalah yang paling famous sekali. Saya pun sangguplah tak makan....ikat perut, tak makan nasi, biarkan perut lapar apabila malam...namun badan saya tak turun2 jugak. Saya juga pernah amalkan konsep sarapan seperti raja, makan tengahhari seperti puteri dan makan malam seperti pengemis. Akibatnya saya lapar bila malam dan mulalah cari roti, kacang, benda2 lain untuk mengunyah.....sedar2 kalori yang saya ambil tu sebenarnya melebihi kalori semangkuk nasi. Nasi tak berbahaya tapi ia hanya akan berbahaya apabila kita letakkan lauk-pauk yang berlemak dan macam2. Nasi sikit tapi ayam masak lemak penuh pinggan....itu yang menyebab kalori tinggi bukan disebabkan oleh nasi.


Jika anda ada peluang cuba cari buku diatas...saya beli kat The Borders, the Curve. Dari buku nielah saya faham konsep Basal Metabolic rate (BMR) dan zat-zat makanan dan mengapa ada makanan tertentu patut diambil selepas jam 6 petang. Saya nyatakan sedikit petikan dalam buku tu...


Eating too little actually makes you gain weight in the long run. Your body is programed to preserve life, so if your food intake is reduced your metabolism slow down. It doesn't happen overnight. If you remember that nature's job is to preserve life at all costs, you can understand why cutting out food in order to stay slim just does not work. If you have consistently irregular eating patterns, your metabolism will slow down to preserve your fat supplies as your body adjusts to try to keep you alive as long as possible.


Dalam islam sendiri pun sebenarnya telah ajar kita bagaimana nak diet. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Penulis buku nie mengunapakai konsep ini, makan kerap (6kali sehari) supaya kita tidak lapar (makan sebelum lapar) dan metabolisma kita tidak terganggu serta makan dalam kuantiti yang sedikit (konsep berhenti sebelum kenyang).


Bila saya tengok, thebiggestloser club juga menguna pakai konsep ini. Have your biggest meals-after 6.00 pm. Jangan sesekali tidur dalam keadaan lapar. Anda boleh lihat konsep ini di aplikasikan dalam menu plan untuk minggu ke 3 nie.
Menu Plan untuk Week 3, day 1
Breakfast (Calories 298 - 19%)
  • Thosai 2 piece
  • Sweet tomato chutney

Mid afternoon

  • Rockmelon, 2 slices
  • Mixed nuts, unsalted, 1 handfuls

Lunch (32 %)

  • Tuna roll (spreda roll with avocado and top with tuna, lettuce, cheese and tomato)

Jam 4 petang

  • Watermelon, 2 slice
  • Mango pudding, 1 cup

Dinner (31%)

  • Home cooked black pepper beef
  • Mixed vegetables, 0.75 pinggan (20cm)
  • Rice, cooked, 1/2 cups

Snack

  • Banana, 1 piece.

Semua menu plan untuk minggu ke 3 nie, hidangan nasi diambil pada waktu dinner iaitu selepas jam 6.

Banyak mana boleh makan?. Untuk anda yang hendak kawal makan cuba dapatkan untuk diri anda 1 pinggan bersaiz 20cm/19cm(utk makanan spt mee, mihun, sayur) dan 1 mangkuk bersaiz 16.5 cm (utk sup). Sebanyak yang dalam pinggan dan mangkuk itulah.....jangan membumbun dan jangan tambah. banyak itu saja....insyaallah anda tak lapar sebab anda makan kerap dan anda tak sedarpun anda diet. Thebiggestloserclub membantu anda mengetahui berkenaan kalori dan bantu anda kawal kalori.

1 comment:

Yat Maria said...

thanks for the idea for menu dear..u tak lokek kongsi..i likeeee...hehe..ai pun sedang berusaha nak turunkan nih..sekarang ada motivation sket baca blog u..i hope u will be successful in yr endeavour..ai suka dedicated people yg usaha sungguh2 hopefully berjaya..k jap lagi nak sambung eksesais ai yg tergendala semalam ishhh..