Wednesday, November 24, 2010

Lychee Pudding






Rehat hari jumaat nie saya tak keluar kemana-mana. Dok je kat ofis, masa nie bolehlah update sikit blog. Nie resepi puding laici yang saya buat kat atas nie.
Lychee Pudding
Sumber: Buku The Magic of Agar-agar
Foto and publish by resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-
Bahan A (asas)
  • 25gm serbuk agar-agar
  • 1200 ml air
  • 350gm gula (asal 400gm, sy kurangkan sbb nak pakai air dlm tin laici)
  • beberapa helai daun pandan.

Cara-caranya

  1. Didihkan semua bahan diatas sehingga larut.
  2. Ambil keluar daun pandan dan masukkan campuran agar-agar ini kedalam 'double boiler' supaya ia sentiasa panas.

Bahan B

  • 1700gm boiled agar-agar (bahan A)
  • 165gm susu cair
  • 165gm air laici (air dalam tin laici tu)
  • 1 tin laici
  • pewarna merah (saya guna pink)

Cara-caranya:-

  1. Potong laici seperti kelopak bunga dan susun diatas mould
  2. Ambil 600gm boiled agar-agar dan tambah 12 sudu besar air panas dan sedikit pewarna merah. perlahan-lahan tuangkan keatas mould dan pastikan susunan laici tadi berada dalam keadaan yang elok. ketepikan dan biarkan ia keras.
  3. Apabila agar-agar merah ini sudah keras kita buat pula layer seterusnya.
  4. Blend laici yang lebih dengan 165ml air laici sehingga hancur
  5. Ambil 1000ml (1100ml jika tak mahu buat bunga hiasan) boiled agar-agar dan masukkan susu cair serta laici yang diblender tadi.
  6. Tuangkan diatas agar-agar merah dan biarkan sejuk.

Note:-

Untuk buat bunga agar-agar seperti diatas tu, ada mould dijual di Bake With Yen dengan harga RM6.50 satu pek (utk sejenis bunga termasuk daun-daun). Ambil 100ml baki boiled agar-agar, masukkan sedikit perwarna dan tuangkan kedalam mould2 tersebut.

Ana boleh dapatkan buku the magic of agar-agar jika mahu tengok step by step process nak buat hiasan bunga.

8 comments:

Yat Maria said...

aduhmakkkk...canteknyer the whole set tu....esp the flower agar2 kuning kat atas...lawoo arrr..

bdaria said...

Yat, saya guna acuan bunga agar2. Nanti saya tunjukkan acuannya.

HomeKreation said...

Salam Bdaria. Along tengah cari cara2 nak buat bunga agar2 - nak buat hantaran utk kawan - terjumpa pulak entri ni. Kebetulan Along pun ada buat agar2 lchee layer camni.
Thx for info, nanti Along minta adik Along kat KL carikan kat Bake w Yen spt yg Bdaria rekmen.

Anonymous said...

halo salam kenal, saya umu from Indonesia. apakah bisa meng informasikan buku dan accessories untuk pembuatan agar-agar magic yang bisa dibeli secara online.

mohon di email ke umu@leading8.co.id

terima kasih banyak infonya.

Hashimah said...

Assalam Daria, sy nak tya apam beras tu kalau nak diperap dlm bekas kecil2 selama 3 jam tak melimpah keluar ke dari acuannya. Sy pernah buat tapi ia melimpah bila naik. Bagaimana teknik yang Daria buat. Terima kasih kongsi ilmu.

bdaria said...

Salam Hashimah,

Sy agak confuse sikit sebab mengapa anda perlu perap dlm bekas kecil2?. Kenapa tak perap dalam bekas bertutup yang besar terus. Selalunya apam akan diperap dalam bekas bertutup yg besar kerana apam akan naik sekali ganda dari bancuhan asal. Bila dah naik kembang(lepas diperap semalamam atau 3-4 jam) barulah ia dikacau sekejap dan kemudian masukkan dalam acuan untuk dikukus.

Hashimah said...

Assalam ... terima kasih. Teknik sy salah la tu, sy sangka bila perap dlm bekas besar, bila apam tu naik kita kacau semula dan masuk dalam bekas kecil akan menyebabkan apam tu bantat . Lg satu sy nak tau lepas letak dalam acuan kecil-kecil tu perlu ke kita tunggu sekejap atau terus je kukus. Maaf byk sangat tanya. Walau apapun terima kasih sebab apam beras tu sedap jiran2 sy suka walau tekniknya salah.

bdaria said...

Salam Hashimah,

Terus kukus sahaja tak perlu perap lagi. belajar dari pengalaman, terus cuba sampai jadi elok. Silap atau tak menjadi adalah perkara biasa yang penting kena cuba.