Monday, November 29, 2010

Yogurt Moist Butter Cake

Dalam seminggu nie saya teringin sangat-sangat nak makan butter cake. Normally sebulan sekali saya akan teringin nak makan sesuatu yang manis seperti SecretRecipe Chocolate Cake atau ais krim. Beberapa hari tertangguh niat nak buat butter cake, petang ahad saya buat jugak butter cake nie. Resepi Butter cake nie adalah resepi keluarga saya. Saya adjust resepi nie dan tambah yogurt didalamnya bersama parutan kulit limau.


Bila siap sahaja butter cake dibakar, saya keluarkan dari oven. Semasa masih panas lagi butter cake dikeluarkan dari acuan dan dipotong. Huhhhhh sedapnya dapat makan butter cake yang panas-panas tapiiiiiiii..... hanya sepotong ajelah, itupun dah 399 kalori. Saya dah adjust meal untuk snack dan makan malam bagi membolehkan saya makan sepotong butter cake. Pagi tadi saya bawak semua butter cake tu ke ofis...my fren cakap "ooooo dia diet, tapi nak suruh kita gemuk yeee". Reseki U all. Saya buat sebab nak makan butter cake yang masih panas dan seronok mencium bau butter cake yang semerbak semasa dibakar.




Ok nie resepi butter cake yang telah saya adjust......sedap yogurt butter cake nie ditambah lagi dengan hirisan kulit limau.



Yogurt Moist Butter Cake

recipe and photo by resepidaria.blogspot

BAHAN-BAHANNYA:-

  • 1 ketul buttercup
  • 4 biji telur
  • 2 1/2 cawan tepung kek bluekey
  • 3/4 cawan natural yogurt
  • 1 1/2 cawan gula castor (sy guna 1 cawan sahaja)
  • sedikit esen vanilla
  • 1 sudu makan parutan kulit limau (optional)

CARA-CARANYA:-

  1. Buttercup haruslah dibiarkan pada suhu bilik dan panaskan oven pada suhu 190C @ ikut kepanasan oven anda
  2. Pukul buttercup dan gula sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan parutan kulit limau, kacau sebati.
  4. Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit dan gaul secara kaup balik dengan senduk kayu.
  5. Masukkan yogurt diakhir sekali sebelum dibakar. Selepas yogurt dimasukkan kedalam adunan, terus bakar.
  6. Sapu sedikit butter di loyang kek @ lapik kertas alas
  7. Bakar selama 45 minit dalam suhu kepanasan 190C.

1 comment:

Rin said...

Salam Daria,

saya dah cuba kek ni. Sedap. Tapi beratla... x naik. saya pakai tepung kek gak. Nape ye?