Sunday, December 12, 2010

Pankek Pisang


PANKEK PISANG

Recipe & photo by resepidaria.blogspot


Bahan-bahannya:-
  • 1 cawan tepung naik sendiri-diayak (Tambah sedikit tepung jika anda bubuh pisang lebih)
  • 1/2 tsp baking soda-diayak
  • 1 cawan susu cair/susu segar (saya guna susu HL rendah lemak)
  • 1 biji pisang - dilenyek
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • 2 sudu makan butter/marjerin - cairkan terlebih dahulu
  • 1/4 tsp garam
  • 1 sudu kecil gula (saya tak masukkan sbb pisang dah manis)

Cara-caranya:-

  1. Cairkan butter/marjerin sebentar dan ketepikan.
  2. Panaskan susu segar sebentar supaya ia suam. Rasakan dengan jari anda, jangan terlalu panas....agak2 ye
  3. Lenyek pisang.
  4. Satukan tepung naik sendiri, baking soda, garam, telur dan butter
  5. Anda juga boleh masukkan semua bahan dalam blender dan blender sehingga sebati.
  6. Rehatkkan sebentar selama 15 minit
  7. Panaskan small non stick pan.
  8. Tuangkan 1/2 cawan bancuhan, biarkan sebentar sehingga ia berongga. Terbalikkan dan biarkan sehingga masak.
    Guna api perlahan supaya ia berwarna kuning keemasan.

No comments: