Wednesday, February 9, 2011

Sandwich gulung sosej

Ini entry tertunggak, kami buat nie pada malam sabtu. Bila semua kata tak nak makan nasi so mak cadangkan untuk buat sandwich gulung sosej. melompatlah cucu-cucu dia bila dengar opahnya nak buat roti gulung sosej. Bila saya dengar mak nak buatkan sandwich gulung sosej.....saya tunjuk muka terkejut sikitlah sbb mak pandai buat makanan barat nie. mak jawap "awat, hang ingat mak kuno sangat ka...tatau masak moden-moden nie". Uihhhh hebat sungguh penangan cucu nie sebab cucu dia sanggup masak makanan macam nie.....masa kami kecik2 dulu jangan haraplah dapat merasa.









Sorilah tak boleh nak ambil gambar 'molek2 sikit' sebab curi2 je tangkap gambar nie sambil mengulung sandwich tu sbb anak saudara dok 'berkenan kat kamera', pantang nampak kita keluarkan kamera, dia pun nak 'ambik' gambar jugak. Mayonis tu pakai sapu dengan sudu je sebab cari botol sos tak jumpa kat dapur mak saya. Nie resepinya.....sempoi je.





Sandwich gulung sosej

Bahan-bahannya:-

  • 6 keping roti sandwich

  • 6 ketul sosej

  • 1/2 cawan tepung gandum (tambah jika tidak cukup)

  • Air secukupnya
  • bread crumb- yellow @ white
  • minyak untuk mengoreng
Cara-caranya:-

  1. Bancuh tepung gandum bersama air sehingga sebati dan agak pekat (untuk dibuat bahan pelekat).
  2. leperkan sedikit roti sandwich dengan pengelek

  3. Letakkan sedikit bancuhan pelekat dihujung roti. letakkan sosej dan gulung. Biar padat dan tidak terbuka. Buat sampai habis.
  4. Baki tepung pencelup tadi tambahkan sedikit air supaya kali ini ia agak cair sikit macam nak buat tepung goreng pisang.
  5. Celupkan roti sandwich yang telah digulung tadi dalam bancuhan tepung. Bila rata bersalut dan kemudian salutkan pula dengan bread crumb.
  6. Goreng dengan minyak yang panas supaya ia tidak serap minyak.
  7. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Toskan dengan tisu masakan.
  8. Hidangkan bersama mayonis dan sos chili/tomato.

Nota:-

  • Mak saya guna bancuhan tepung untuk salut sandwich dan tidak mengunakan bancuhan telur. Anda boleh tukar kepada bancuhan telur jika anda suka.

No comments: