Sunday, April 24, 2011

Jemput-Jemput Roti Bersosej


Sambil menonton Grand Finale Junior Masterchef Australia (s1), sempat lagi saya down load 2 gambar nie. Walaupun dah lama mengetahui bahawa Isabella adalah pemenang Junior Masterchef tapi saya tak pernah lepaskan peluang untuk mengikuti setiap episod pada setiap minggu. Seronok tengok tukang masak muda yang berumur 9 - 12 tahun ini memasak dan menghias hidangan dan hasil masakan tersebut menjangkau usia mereka.




Hari nie saya sepagi di Ikea untuk pilih beberapa perabut lagi....hmmmmm bonus masuk hari Isnin tapi shopping awal-awal lagi. Memang dah lama tunggu bonus untuk lengkapkan beberapa perabut yang masih berkurangan dalam rumah nie. Kalau cuti hujung minggu selalunya saya akan ke Ikea seawal jam 9 pagi untuk bersarapan dan jam 9.30 pagi baru masuk dan survey setiap perabut. Kalau anda datang dalam jam 12.....kereta dah beratur panjang nak masuk ke kawasan The Curve dan Ikea....parking kat Ikea dah penuh masa nie....saya memang takan masuklah kawasan nie kalau dah pukul 12. Itu untungnya duduk dekat-dekat dengan Ikea sebab boleh datang bersarapan pada harga yang murah dan sedap. Setiap kali datang....2 keping popia dan 1 keping tart telur sudah semestinya.





Semasa saya berada di asrama dalam bulan 3 yang lepas, my roomate bercerita tentang jemput-jemput roti....dia siap bagi resepi lagi. Tapi bila saya buat....saya tak ikut resepi tu sebaliknya ikut apa yang ada dalam peti ais. Kalau beli roti memang susah nak dihabiskan dan selalunya roti tersebut tersimpanlah dalam peti ais selama berminggu sebelum dibuang. Tengok roti masih ada setengah bungkus....ayam ada kat tempat beku so malas nak tunggu untuk defrost....nampak sebatang sosej....so terciptalah jemput-jemput roti bersosej nie. Oleh kerana ia lain dari resepi yang biasa anda buat....jangan pelik pulak sebab dalam memasak nie kenalah sentiasa 'thinking outside the box' ...larilah sikit dari kebiasaan....kita buat dia bukan dia buat kita...betul tak.





Sedapppppppnya jemput-jemput roti nie....bukan sebab saya yang masak ye tapi memang bestlah jemput-jemput dibuat dengan roti. Terlupa terus pada kalori bila berdepan dengan kesedapan jemput-jemput nie sehingga habis sepinggan. Saya omit susu dalam bancuhan sebab bagi saya cukuplah dengan kalori yang dah banyak tu tak perlulah tambah lagi. Jemput-jemput nie sedap sebab saya mengunakan sosej berperasa cendawan.








Jemput-Jemput Roti Bersosej




Bahan-bahannya:-




4 keping roti - saya guna roti gardenia


1 ketul sosej - saya guna sosej cendawan


1 biji cili merah-dihiris halus


1/2 biji bawang besar holland - dipotong dadu


1 biji telur


1/4 cawan tepung gandum


1/2 cawan air


sedikit kobis dihiris halus


sedikit daun bawang-saya tak bubuh sebab tak ada


sedikit garam




(bahan-bahan ini untuk 2 orang makan)




Cara-cara membuatnya:-






  1. Potong-potong roti kemudian masukkan air dan biarkan ia kembang.




  2. pecahkan telur dan pukul sedikit sebelum dimasukkan kedalam roti




  3. Apabila roti sudah benar-benar kembang. Dengan mengunakan jari anda, ramas sedikit biar hancur




  4. Masukkan sosej, kobis, daun bawang, cili merah, bawang kedalam roti




  5. Masukkan tepung dan gaul rata




  6. Masukkan sedikit garam. Jangan banyak sebab sosej sudah masin.




  7. Bancuh seperti jemput-jemput dan anda boleh tambah air atau tepung jika anda rasa ia kurang




  8. Panaskan minyak dalam kuali dan kemudian goreng jemput-jemput sehingga masak.




  9. Angkat dan toskan dengan tuala masakan supaya minyak berlebihan diserap




  10. Hidangkan bersama sos kegemaran anda

3 comments:

Ijip said...

Salam Bdaria,

Jemput2 ni bila sejuk dia keras tak? Biasanya kalau buat jemput2 saya guna air panas suam supaya bila sejuk, cekodok masih lagi lembut tak keras or ada orang letak baking soda..

Biasanya lebihan roti saya buat puding roti, frozen roti sosej dan terbaru agar2 roti. Sekarang blh tambah lagi satu resepi. Thank you

bdaria said...

Salam Ijip,

Dah sejuk tak keras. Kan roti dibuat drp ibu roti so rasa macam makan roti goreng celup telur. U boleh bubuh macam2 dalam tu..ayam, udang, daun kuchai, daun bawang dll. Kat blog bro rozzan ada resepi jemput2 roti yg lengkap.

noradzlina.kamdani said...

bestnye kak..lin nk cuba la...thanx for the recipe...
kdg2 mmg dh bosan dgn roti tu asyik mkn cara yg conventional jek..this idea is really great...