Wednesday, April 13, 2011

Nasi Dagang Kelantan

Akhirnya setelah sebulan lebih beras nasi dagang yang saya pesan kat kawan duduk terperap kat kabinet, hari isnin lepas dapat jugak saya buat nasi dagang kelantan. Dah lama teringin nak buat sendiri nasi dagang kelantan.....akhirnya tercapai jugak walaupun rasanya tak sama....tapi rupanya tetap ada wahhhhhhhh. Tak begitu menjadi sangat nasinya sebab terlebih kukus......mula-mula masa kukus malam tu dah ok (gambar kat bawah nie) tapi bila bangun pagi saya pergi kukus sekali lagi....bukan setakat kukus je gi bubuh sikit air panas dalam nasi tu pastu kukus balik so ia jadi macam beras terpecah perut @ terlalu kembang (macam gambar kat atas tu). Bukan salah resepi tapi salah sendiri. Resepi gulai ikan nie sedap, saya ambil kat majalah Rasa. So jom tengok resepinya ye.



Nasi Dagang Kelantan

Resepi dari http://www.myresipi.com/top/detail/2380




Bahan-bahannya:-



  • ½ kg beras nasi dagang

  • 1 genggam beras pulut

  • 3 ulas bwg merah-dihiris nipis

  • 2 ulas bwg putih-dihiris nipis

  • 1.5 inci halia- dihiris nipis

  • 1btg serai - dihiris nipis (saya tak masukkan)

  • ¾ cawan pati santan

  • 1/2 tsp garam (saya tambah yang nie)

  • 2sdk halba (fenugreek)


Cara-caranya:-



  1. Rendam beras nasi dagang dan beras pulut semalaman.

  2. Kukus beras nasi dagang selama 40 minit sehingga masak/lembut.

  3. Selepas 40 minit kukusan, angkat bekas pengukus. Keluarkan nasi dagang dan masukkan kedalam mangkuk besar.

  4. Masukkan santan yang dah dicampur dengan garam, bahan-bahan yang dihiris nipis dan biji halba. Kacau sehingga sebati.

  5. Masukkan semula dalam bekas kukusan dan kemudian kukus semula dalam 10-15 minit. Apabila sudah masak, angkat.

(Ada orang masukkan sedikit gula dalam santan, so jika anda suka anda boleh tambah)



Gulai Ikan Tongkol Kurma


Resepi dari Majalah Rasa, Oktober 2009






Bahan-bahannya:-


- 1 kg ikan tongkol (dipotong)


- 500ml air


- 250ml santan pekat


- 5 biji bawang merah *


- 3 ulas bawang putih *


- 5 cm halia *


- 2 cm lengkuas (ini saya tambah)*


- 4 sudu makan cili giling


- 2 sudu makan serbuk kari


- 1 sudu makan serbuk rempah kurma


- 4 keping asam gelugor


- 3 sudu teh garam kasar (saya guna 2 sudu teh sahaja)


- garam dan gula secukup rasa


- minyak untuk menumis


Cara memasak:-


1. Rebus ikan tongkol dan masukkan asam gelugor dan garam. Setelah masak, toskan dan simpan airnya. ketepikan.


2. Bahan yang bertanda (*) hendaklah dikisar halus.


3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau


4. Kemudian masukkan cili giling, serbuk kari dan serbuk rempah kurma. Kacau sebati sehingga pecah minyak.


5. Seterusnya masukkan air rebusan dan ikan tongkol tadi. Biarkan mendidih.


6. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula. Pastikan api perlahan.


7. Angkat dan hidangkan bersama nasi dagang dan acar sayuran.


Nota:-


- Untuk nasi dagang 1/2 kilo, ikan tongkol sekurang nya haruslah 2 ekor baru cukup.




Acar Sayuran



Bahan-bahannya:-


- 30gm udang kering-ditumbuk


- 1 batang lobak merah


- 1 biji timun


- 1/2 biji nenas ( seorang chef beri tip- guna nenas dalam tin, lebih sedap)


- 4 bii bawang merah


- 2 biji cili merah


- 2 biji cili hijau


- garam, gula dan cuka secukupnya


Cara memasak:-


1. Hiris nipis lobak, timun, nenas, cili merah dan cili hijau. Satukan dalam mangkuk dan kacau rata.


2. Kemudian masukkan udang kering dan gaul sebati


3. Akhir sekali masukkan garam, gula dan cuka secukupnya.

6 comments:

MK~ROSE said...

wahhh rajinnya..terliur pulak tgk.. dahlarr sye ni peminat nasi dagang..:)

Kalau masak mcm nasi biasa boleh jugak kerr? bukan cara kukus..

bdaria said...

Rose, terpaksa rajin sebab beras tu mahal. My fren said, beras tu tak tahanlama so kena buat jugak. masih ada 1/2 kilo lagi.

Kalau masak macam biasa tak taulah pulak sbb inipun kali pertama buat. Biasa dengan nasi dagang t'ganu aje so kali nie cuba nasi dgng kelantan pulak. kena tanya org kelantan sendiri...boleh ke tidak?.

MK~ROSE said...

Disebabkan nampak best sgt nasi dagang nii.. sye pun b'fast nasi dagang juga arini.. tapi kecewa bila nasinya ada yg mentah, bkn sikit tp bnyk.. ermmm.. rezki dah mcm gitu..sib baik beli 1/2 jerr.. :(

miss aini said...

slm..sy mtk resepi ye..nk cuba buat=)

miss aini said...

Slm..sy mtk resepi ny ye..nk cuba=)

miss aini said...

sy mtk resepi ye=)