Sunday, May 8, 2011

Chocolate Box

Cantik tak bekas chocolate nie. Petang semalam saya ke Puchong Perdana selepas ke Bake with yen. Saya bercadang hendak buat chocolate sebagai salah satu daripada hantaran adik perempuan saya. Bekas tray 2 tingkat nie dapat memuatkan 60 biji chocolate. Ingat nak ambil yang kotak tray setingkat tapi tak de warna purple hanya ada warna silver sahaja.

Nie ruang untuk meletak chocolate.


Harga bekas nie berharga RM27 satu. Kalau yang setingkat hanya berharga RM18 sahaja tapi tak ada warna purple hanya ada warna silver dan krim sahaja jadi terpaksa jugaklah ambil yang 2 tingkat nie. Lepas hantaran, tempat letak chocolate tu boleh dikeluarkan dari dalam ruang kotak tu dan ia boleh digunakan sebagai tempat letak barang2 perhiasan dan kerongsang. Kan bagus, tidak membazir....boleh digunakan semula. Kalau macam nie mak saya tak marah kalau tak jenuh saya nak dengar dia membebel nanti.



Selain daripada kotak tu saya juga ada membeli mould chocolate sebanyak 3 keping. Harga mould chocolate RM7 satu tapi kalau beli 3 dia bagi RM20. Dalam post yang lepas saya ada masukkan cerita tentang The Shop Box nie dan ramai yang tanya tentang alamatnya. Masa tu saya pergi dengan kawan so saya tak ingat sangat tempatnya. Semalam saya pergi cari sendiri dan saya siap mintak name card untuk dapatkan maklumat. So jika anda berminat untuk dapatkan kotak-kotak chocolate dan mould chocolate bolehlah ke alamat dibawah atau ke blog dia disini



The Box Shop

No 8, jalan Putra Perdana 2/3

Taman Putra Perdana, 47100 Puchong

Tel : 03-8319 5992

Fax: 03-8319 5993

email : the_box_shop@yahoo.com

Blog: http://theboxshop.blogspot.com



Kedai nie terletak di Pusat Penjaja Putra perdana. Kedai nie tidak begitu menonjol dan tanda nama bedai niepun kecil aje. Jadi untuk panduan anda, kedai ini terletak sederet dengan Maulana Curry House. Dari Maulana anda terus kedepan lagi dan anda akan nampak signboard minimarket Speed 99 dihujung sekali. Ia terletak selang 2 kedai sebelum speed 99. Kilang kat tingkat bawah dan tempat jualan barang kat tingkat 2. Naik tangga yang kat sebelah kilang dia tu untuk ke tingkat 2.





2 comments:

Ozzy Choc D'Luscious said...

salam kak..betul kak. saya pun datang ke sana hari sabtu lepas n nampak kotak coklat warna purple tuh..aduhaii cantiknya warna dia..rasa mcm nk beli je, tapi tak de nk buat pe..tapi saya amat tertawan ngan purple kotak tuh

Anonymous said...

Hi Sis...sebenarnya The Box Shop telah pun menukar email dan blogspot dorang. Sis boleh la melayari laman web dorang; www.theboxshop.com.my, email dorang lak info@theboxshop.com.my dan blogspot dorang theboxshopsb.blogspot.com