Sunday, May 1, 2011

Coconut Blossom Cake


Saya buat Coconut Blossom cake nie hanya sebagai tambahan kepada hantaran bagi mencukupi bilangan ganjil iaitu 7. Sepatutnya kami hanya buat 5 tapi bila tengok barang hantaran yg dibeli oleh adik lelaki saya ada 6 so saya buat coconut blosson cake atau lebih dikenali sebagai apam dot-dot bagi mencukupi bilangan ganjil.


Masa saya berada dirumah sewa dahulu, salah seorang hausemate saya suka bawak apam blossom nie ke rumah sewa setiap kali dia balik kampung. Apam yang dibuat oleh mak dia amat kecil hanya sebesar ibu jari sahaja. Buatannya kemas dan dot-dot yang dibuat diatas apam tu comel sangat. Sejak daripada tu saya adalah pengemar apam nie. Saya dah memcuba sebelum nie resepi apam dot-dot yang banyak blogger sudah buat. Resepi tersebut kurang memuaskan hati sebab ia tak sama dengan apam yang dibawa oleh kawan saya tersebut. Saya dapatkan resepi coconut blossom cake dari buku The Joy Of Baking dan kemudian saya adjust sedikit resepi tersebut....percubaan saya berjaya. Coconut blossom cake nie sedap sangat dan masa keluarga adik-adik saya sampai kerumah saya malam sabtu....saya tengah kukus coconut blossom nie...wahhhhh banyak anak-anak saudara saya makan. Mereka kata sedap sangat......memang sedap, gebu dan lembut sangat. Saya puas hati dengan resepi nie






Coconut Blossom Cake


Recipe from The Joy Of Baking


Diubah suai oleh resepidaria.blogspot.com



Bahan untuk inti:-


150gm kelapa parut


60ml air


50gm gula halus (masukkan 50gm dahulu kemudian rasa dan tambah lagi untuk dapatkan manis inti yang anda ingini)


1/2 sudu besar tepung jagung


1 helai daun pandan



Cara membuatnya:-



- Masak air, gula dan daun pandan dan kemudian masukkan kelapa.


- Rasa inti anda dan tambah gula lagi bagi mendapatkan kemanisan inti yang anda ingini.


- Tambah tepung jagung yang telah dilarutkan dengan air dan kemudian campurkan. Masak sehingga inti kelihatan sedikit berkilat dengan api yang perlahan. Inti yang dimasak lama akan tahan lebih lama dan lebih sedap.


- Angkat dan sejukkan.


Bahan untuk kek:-


3 biji telur sejuk (saiz A)


250gm gula halus/gula kastor(saya guna 230gm gula kastor)


200gm tepung blue key


80gm tepung cake


2 sudu teh serbuk penaik


1 sudu teh ovalet


170gm pati santan (saya guna santan kotak)


1 sudu teh esen vanilla


(jika anda hendak warna hijau, tambahkan 1 sudu teh paste pandan)




Cara membuatnya:-



- Masukkan semua bahan diatas kedalam mangkuk pengadun


- Pukul semua bahan diatas selama 6-7 minit dengan kelajuan yang tinggi sehingga kembang dan putih gebu.


- Bahagikan bancuhan menikut warna kegemaran anda dan masukkan kedalam plastik tiga segi


- Panaskan periuk pengukus.


- Masukkan cawan kertas kedalam mangkuk aluminium atau cawan lompang dan masukkan sedikit bancuhan sehingga separuh penuh.


- Masukkan inti, dan kemudian tutup inti dengan bancuhan tadi dan hiasi dengan dot-dot.


- Kukus selama 15 minit dengan api yang perlahan.


Nota:-


- Untuk inti kelapa saya lebih suka ia putih. Jika anda ingin inti kelapa gula melaka, sila masukkan 100gm gula melaka dan 30gm gula halus bagi mengantikan gula putih diatas.


- Kukus dengan api yang perlahan supaya ia tidak pecah/mekar



- Saya nie tak suka terlalu manis so jika anda ambil resepi dari blog saya pastikan anda rasa dulu masakan anda supaya manis ikut kesukaan anda.

8 comments:

ferr_rose said...

Cantekkkkk~~~~ :)

Anonymous said...

memang nmpak gebu apam tu...saya copy resepi yer..tQ...

Anonymous said...

Daria,

Tepung Blue Key tu bukan tepung kek ke? Tepung kek tu, tepung apa plak? Kalau guna tepung biasa boleh tak?

-Ijip-

bdaria said...

Ijip,

Tepung blue key tu memang tepung kek cuma berjenama blue key. Tepung cake pulak ada dijual kat kedai bahan bakery,tepung nie belum lagi dimasukkn baking powder. Sy guna tepung kek dan tepung kek jenama blue key sbb nak cari kelainan. Sy nak apam tu lebih gebu, lembut dan sedap. Tepung gandum pun boleh tapi teksturnya tak samalah. Ada juga org guna tepung hong kong/tapung pau utk dptkan kelainan tektur. So Ijip....gunalah tpg gdm jika susah nak dptkn tpg2 lain. No hal punya.

bdaria said...

Anonymous, silakanlah.

Maria said...

As mention tpg blue key aka.tpg berserbuk penaik right...and bkn tpg superfine Blue key kan?

EetaEmpire said...

Salam sis... Kalo saya gunakan tepung cake 1 brand bole tak? Sebab saya pun tak pasti di Singapura ni ada jual brand blue key. Nasihat awak? Terima kasih sis :-)

bdaria said...

boleh sangat...tak ada masalah...asalkan tepung kek