Tuesday, May 17, 2011

Telur Masin

Kawasan apartment saya nie dikelilingi oleh beberapa flat. Walaupun pada awal saya menduduki apartment nie memang saya tension sebab ada penduduk flat disekitar kawasan apartment yang suka parking lori-lori besar dan bas-bas disekitar kawasan luar apartment sehingga menyukarkan kami untuk keluar sebab mereka menghalang laluan. Satu keistimewaan bila berada dikawasan nie adalah tempat makan mudah...disekitar flat banyak gerai2 kecil yang berniaga dan kedai-kedai runcit.


Tiga minggu yang lepas, kali pertama saya menjelajah kedai-kedai kecil tu bila nak cari kelapa parut. Ada pasar segar yang menjual barang basah seperti ikan dan sayur, malah kat kedai nie ada jual rebung madu tapi saya tak berani nak beli sebab kedai nie nampak kotor dan tak terjaga serta berbau busuk wp banyak sayur-sayur kampung yang susah nak jumpa kat supermarket ada kat sini. Saya ke kedai runcit disebelahnya untuk dapatkan kelapa parut. Masa dok tunggu kelapa diparut, saya terpandang satu besen yang mengandungi telur itik. Tokey kedai kata telur itik tu masih baru sebab baru dihantar kekedainya sebentar tadi. Saya ambil 5 biji....sebiji 60 sen. Oleh kerana telur itik tu masih baru so saya cubalah buat telur masin basah. Cuba buat 3 biji dulu sebab risau tak jadi lagipun ini kali pertama mencuba buat telur masin basah sendiri.



Semalam saya cubalah rebus sebiji dulu untuk dimakan bersama bubur nasi. Bila kerat saja telur masin yg dah direbus tu.....waaaaa cantiknya, tak terlalu masin sangat....masin sikit-sikit saja mungkin sebab rendam tak sampai 3 minggu kot tapi saya suka tak terlalu masin.




Inilah resepi yang saya gunakan untuk buat telur masin tu. telur masin nie jadi elok sebab telur itik tu baru. Saya bertuah percubaan pertama saya jadi elok.....kalau telur itik yg dibeli tu bukan baru dah tentu ia tidak akan jadi secantik tu kan. Ok inilah resepinya yang saya guna.




Telur Masin Basah


Sumber: kat sini




Bahan-bahan:



10 biji telur itik (saiz yang sekata dan baik)
250 gram garam dapur


1 liter air bersih
kertas pasir/berus halus - untuk membersihkan kotoran pada telur
1 bekas plastik yang kedap udara

Cara membuat:



1. Cuci atau lap telur dengan air suam hingga bersih dan kemudiannya dikeringkan.



2. kemudian gosok secara sekata ( tidak terlalu kuat dan sekadar 1 pusingan) permukaan telur dengan menggunakan kertas pasir/ berus halus bagi memastikan liang-liang telur terbuka.



3. buat larutan air garam yang terdiri dari air dan garam dapur 1:4 dan masukkan larutan tersebut di dalam bekas plastik yang berpenutup kedap udara.



4. masuk telur yang dibersihkan ke dalam bekas (hingga semua telur terendam) dan tutup bekas dengan penutup kedap udara.





5. simpan telur selama 15-18 hari sebelum digunakan.






Nota:-




1. Saya buat separuh dari sukatan bahan diatas untuk 3 biji telur




2. Sukatan air dan garam adalah 1:4 maka saya guna 500ml air dan 65gm garam kasar untuk 3 biji telur tersebut. Saya masak dahulu air dan kemudian larutkan garam didalamnya. Biarkan sejuk sebelum saya masukkan telur dan rendam selama 3 minggu




3. Jangan masukkan kedalam peti ais. letakkan diluar




4. Air haluslah sehingga telur terendam. Saya dah buang air dalam bekas tu baru teringat nak ambil gambar sebab tu anda lihat airnya tinggal sikit tapi ia sebenarnya terendam.

1 comment:

tok_chik said...

semasa dikampung dulu, jiran2 biasa buat telur masin menggunakan kaedah in, bezanya mereka gunakan telur ayam

melihat posting puan,menggamit kenangan lalu