Tuesday, May 3, 2011

Red Velvet Cupcakes

Semalam saya bake Red Velvet Cup cakes. Ini semua gara-gara rancangan DC Cupcakes. dalam satu episod ada ditunjukkan bagaimana mereka bake red velvet dan hiasi dengan cream cheese. Sungguh mengoda bila tengok Red Velvet cup cakes dalam episod tu. lepas tu bila saya pergi Tesco, terus beli buttermilk dan cuka. Semangat berkobar-kobar nak baking tu hanya membara sekejap je lepas tu buttermilk tersebut duduklah dalam peti ais sampai expired. Semalam saya buat jugak Red Velvet Cup cakes nie sbb sayang kat buttermilk yg mahal tu.



Saya guna resepi yang saya ambil dari blog bestcupcakerecipes.blogspot, semua yang bagi komen kata resepi tu bagus. Inilah hasilnya.....


Ia sebenarnya tidaklah seperti yang saya harapkan. Ia agak kering....tidak begitu moist, ia terasa pahit sikit (mungkin sebab saya masukkan banyak baking soda). Saya cuba cari mana silap saya.....saya rasa mungkin teknik saya yang kurang betul. lepas je habis baking, saya dapat call dari kawan yang minta jemput beliau kat LRT. Bila balik dari ambil kawan saya tersebut....mood untuk buat cream cheese terus terbantut sbb dah agak lewat malam. So inilah versi red velvet tanpa cream cheese. Inilah resepinya jika anda ingin memcubanya pulak.



Red Velvet Cupcakes

recipes from bestcupcakerecipes.blogspot.com

Photo dan publish by resepidaria.blogspot.com


Bahan-bahannya:-


2 1/2 cawan tepung cake-diayak

1 tsp baking powder-sama paras

1 tsp garam

2 tsp unsweetened cocoa powder

50gm pewarna merah (saya guna sikit sahaja-Jika anda tidak mahu guna pewarna anda boleh guna jus beet sebanyak 100gm)

1/2 cawan unsalted butter

1 1/2 cawan gula

2 biji telur-suhu bilik

1 tsp esen vanila

1 cawan buttermilk

1 tsp cuka putih (saya guna epal cedar)

1 tsp baking soda


Cara membuatnya:-



  1. Keluarkan telur, buttermilk, butter dan biarkan pada suhu bilik


  2. Panaskan oven. Masukkan 12 keping cup muffin dalam acuan cupcakes.


  3. Ayak bersama tepung dan baking powder. ketepikan


  4. Dalam mangkuk kecil, campurkan pewarna merah dan serbuk koko. pastikan ia sebati dan tidak berketul-ketul. ketepikan


  5. Pukul butter dan gula selama 3 minit sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.


  6. Masukkan esen vanila dan bancuhan serbuk koko tadi. Kacau rata dengan spatula supaya bahagian bawah juga tergaul rata.


  7. Masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul perlahan sehingga sebati kemudian masukkan seperauh buttermilk. Buat sehingga habis tepung dan buttermilk.


  8. Dalam mangkuk kecil yang lain, satukan cuka dan baking soda. Pastikan mangkuk agak dalam sbb ia akan berbuih. Terus masukkan kedalam adunan kek. kacau rata.


  9. Masukkan adunan kek kedalam acuan cupcakes sebanyak 3/4. jangan terlalu penuh sebab ia akan mengembang.


  10. Bakar selama 20 minit dengan suhu 150C-180C (bergantung kepada oven anda ye)


  11. Biarkan ia sejuk selama 10 minit sebelum di hiasi dengan cream cheese.


Cream Cheese frosting


Bahan-bahannya


225gm unsalted butter


340gm cream cheese


1 3/4 cawan gula aising-diayak


1 tsp esen vanila


Cara membuatnya:-




  1. Pastikan semua butter dan cream cheese pasa suhu bilik. Keluarkan 30 minit awal butter dan cheese dari peti ais dan biarkan.


  2. Dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan berkrim.


  3. Masukkan cream cheese dan pukul sehingga ia kembang dan fluffy


  4. Perlahan-lahan masukkan gula, satu cawan dahulu kemudian bakinya. Sebatikan


  5. Akhirnya masukkan esen vanila


  6. Hiasi atas cup cakes anda.


  7. Anda boleh simpan sehingga 3 hari cream cheese ini dan jika nak guna, masukkan sahaja dalam mixer dan pukul sehingga lembut.

4 comments:

Anonymous said...

Kawan saya pernah bgtau, buttermilk boleh buat sendiri xpayah beli sebab mahal. Err berapa harga buttermilk ek?

Cara membuat buttermilk:
1 cup fresh milk + 1 sudu makan cuka/perahan lemon. Campurkan dan biar dlm 15 minit. But some vinegar doesn't work. Better to use 1 tablespoon lemon juice

-Ijip-

bdaria said...

Terima kasih atas info tu.

saya tahu tentang buttermilk boleh buat sendiri sbb dalam blog yg saya rujuk tu ada bagitau tapi saya nak rasa buttermilk yg dijual kat tesco, sbb ada yg kata ada perbezaan.

nur azzuraini che mohd atar said...

salam..kak saya nak copy paste resepi dalam blog akak blh x?sy nk masukkan dalam blog saya tapi saya akan tuliskan dibawah tu..perkongsian dari blog bdaria...blh X?

bdaria said...

Salam Nur Azzuraini

Silakanlah