Saturday, May 21, 2011

Shopping di Nilai 3

Hari nie saya pergi ke Nilai 3 untuk dapatkan sedikit barang-barang hantaran yang masih belum lengkap bagi majlis perkahwinan adik perempuan saya pada 4 hb June ini. Baru lepas buat hantaran untuk adik lelaki, ni untuk adik perempuan pulak. Kat ofis sy ada bagitau pada kawan-kawan yang saya nak gi shopping kat Jalan TAR pada sabtu nie utk cari barang2 hantaran. Salah seorang kawan kata 'baik u pergi ke Nilai 3, kat saya semua barang yg u nak cari ada kat satu tempat dan parking mudah". Bila fikir balik yelah...parking kat Jalan TAR memang susahkan dan nak pergi ke Jalan Chow Kit pun sy tak begitu familiar sgt dan terus terang saya tak pernah drive masuk ke KL. Kebiasaannya saya akan parking kereta di LRT dan ambil LRT untuk ke lokasi di KL.


So pagi nie saya berkonvoi dengan rakan saya untuk ke Nilai 3. Kawan saya hanya teman saya sekejap kat sana sebab dia ada aktiviti keluarga kat PD. Dalam jam 10.30 pagi kami sampailah ke Nilai 3 dan saya parking kat depan Thank Q nie. Kawan kat pejabat cadang saya ke sini.




Apa yang saya nak kongsikan kat sini adalah pengalaman yang buruk yang berlaku pada saya bila bershopping disini. Sehinggakan saya bersumpah saya tak akan jejakkan kaki saya lagi kat sini. Tujuan saya masuk ke Thank Q adalah untuk cari beg kertas yang cantik bagi dijadikan goodies beg. Saya tengok harga beg kertas kat sini rata-ratanya adalah RM4.90 sehingga RM9.90 untuk 10 keping. Ini harga untuk beg kertas yang ada designlah sikit bukan beg kertas yg murah tu, kalau yg tu tak payahlah nak drive jauh-jauh ke Nilai 3 untuk cari...betul tak. Bunga-bunga tiruan kat sini pun mahal malah bekas2 hantaran kat sini juga mempunyai harga yang sama atau murah RM20 sen dari kat kedai hantaran di Triang (bandar terdekat dgn kampung saya). Saya tak pasti mengapa orang kata barang-barang kat Nilai 3 nie murah sebab saya tengok harganya tak murah pun hanya satu dua item aje kot....untuk tarik pelanggan. Tak patut kata tempat nie tempat borong bila harga bukan harga borong. Dahlah panas dan jauh nak ke sini......memang tak berbaloi habis duit minyak dan tol ke sini.


Oleh kerana harga beg kertas yang saya nak tu berharga RM5.90 sen utk 10 keping maka saya pun keluar dari Thank Q dan pergilah ke kedai-kedai barang hantaran yang lain disekitarnya. Rata-rata berharga RM4.90 hingga RM7.90. Ada satu kedai tu saya tengok beg kertas nie berharga RM2, waaaahhh oklah kan. Saya pun panggillah pekerja kat kedai tu untuk ambil 500 keping beg tu. Dia pun excitedlah saya nak ambil banyak sebab sejak pagi tadi rasanya sayalah customer dia yang pertama. Tiba-tiba supervisor dia datang dan tarik kertas A4 yang terlipat....sebenarnya kak harga beg nie RM5.90 untuk 10 keping. Mak aiiiiii....design tak secantik mana tapi harga mahal macam tu. Sayapun terus keluar dari kedai tu dan jalan lagi kekedai lain.


Anda boleh kata saya kedekut tapi pada saya......saya tak akan buang duit untuk beli sesuatu yang akan orang buang selepas ambil goodies didalamnya. Ada sesiapa yang simpan beg kertas dari kenduri untuk koleksi ke?. So bagi saya harga RM4.90 untuk 10 keping tu dah mahal untuk satu beg kertas yang kecil.....anda tak rasa begitu ke?. Saya patah balik ke Thank Q untuk dapatkan beg kertas yang ditulis kat situ 'potongan harga untuk 1 hari sahaja'. Harga beg kertas tu RM5.90 satu pek tapi pada hari nie dia turunkan kepada RM3.90 untuk 10 keping. Mujur ada warna tema adik saya iaitu purple. Sampai saja kat Thank Q saya terus ke rak beg kertas tersebut dan panggil pekerja kat situ untuk confirmkan harga....manalah tahu kan itu harga yang semalam punya dia belum buang lagi. Pekerja tu budak lelaki umur dalam lingkungan 17-19 tahun agaknya. Dia datang pada saya dan saya mintak dia sah harga beg kertas tu.....dia panggil supervisor dia kot untuk tanya harga....supervisor dia kata ye memang RM3.90 utk 10 keping. So saya mintak budak tu ambil 500 keping atau 50 pek beg kertas tu. Saya mintak dia letakkan kat kaunter bayar sebab saya nak pergi ambil barang lain.


Lepas selesai dengan beg kertas, saya pergi cari bunga tiruan. Saya ambil rose purple sejambak berharga RM4.90 sebanyak 5. Kemudian saya pergi pilih bakul untuk isi buah-buahan. Sedang saya dok pilih bakul tu, budak lelaki tu datang kat saya bawak troli yg dalamnya ada beg kertas sebanyak 500 keping. 'Akak, nie beg kertas yang akan nak". Saya kata kat dia "la kenapa tak letak kat kaunter bayar sahaja nanti saya ke sana". Dia tak peduli cakap saya dan terus ambil bakul saya dan masukkan kedalam troli...'AKAK TOLAK TROLI NIE SENDIRI". SATU PERANGAI BURUK YANG MENYEBABKAN SAYA TERPANA KEJAP.


Saya tak ambil kisah tentang kelakuan pekerja Thank Q tu, saya tolaklah troli tu wp tak begitu selesa sbb beg kertas tu banyak dan ia berat malah kawasan tu bukan seluas Tesco, Giant atau Parkson yang boleh tolak2 troli tanpa menganggu orang lain. Saya pergi ke rak reben2 dan ambil satu reben. Harga reben sama macam kat kedai aje tak murah langsung so tak ada beza. Ok dah habis shopping, saya pun pergilah ke kaunter bayaran.


Budak lelaki tu jaga kunter bayaran. Ada dua lagi kaunter bayaran ada pekerja kat situ. lenggang tak ada orang so saya tolak trolli ke kaunter budak lelaki nie sebab saya tak perasan dia orang yang sama yang serah troli tadi. Saya angkat semua barang kat dalam troli letak atas meja kaunter. Budak tu tengah tekan handphone bersms. Ralit sungguh sampai tak pandang kat saya. Bila dah habis semua barang saya angkat ke meja saya tunggulah dia habis bersms.


Bila habis sms, dia mulalah nak scan harga. Dia ambil beg kertas tu dan tanya saya "berapa" saya jawap "500 keping". Dia kata lagi " SAYA BUKAN TANYA BERAPA KEPING, SAYA TANYA BERAPA HARGA". Belum sempat saya jawap, pekerja perempuan yang dari tadi tengah dok asah kuku menyampuk " yang tu RM5.90 satu pek". Saya kata 'ehhhhh....bukanlah....harga dia RM3.90 satu pek". Budak lelaki tu mengeluh 'ishhhhhhh' sambil bawak beg kertas tu ke rak untuk pastikan harga. Bila dah confirm harga dia scan harga. Dalam tengah dia dok scan barang2 saya....saya pun tanyalah "troli nie boleh bawak ke kereta ke". Dia jawap "TAK BOLEH, KAT SINI SAJA....SINI BUKAN SHOPPING COMPLEK". OK...tiada keramahan pada jawapan tu. Saya tanya lagi "barang nie berat, ada tak yang boleh angkat ke kereta". Dia jawap " KAMI NIE BUKAN KULI NAK ANGKUT BARANG ORANG, BUKAN ADA KOMISYEN PUN KALAU BUAT MACAM TU". Wahhhhhh....jawapan nie dah menguji kesabaran saya. Saya dah mula naik angin.


Saya kata kat dia lagi " jangan jawap macam tu....saya customer, awak kenalah jawap elok-elok". Lepas dia habis scan harga tu....saya pun tunjukkan kertas yang saya print sebelum saya datang ke Nilai 3. Saya ada masuk laman web Thank Q dan print kertas promosi kat bawah nie.




Saya tanya cashier lelaki tu " macammana nak guna kupon nie ye". Dia ambil kertas kupon yang saya print tu dan masuk kedalam bilik ofis. Lepas tu dia keluar dan terus ambil kad kredit saya untuk proses. saya kata kat dia "ehhh, jangan tekan lagi kad kredit tu, saya belum tahu lagi tentang kupon tu". Masa nie dia bengang gila kat saya dan terus campak pen yang dia pegang dan masuk ke dalam bilik ofis semula. Dia keluar dari ofis dan kata kat saya"kupon tu hanya untuk belian bunga telur sahaja", dia terus tekan kat kredit saya dan tarik kertas keluar dan bagi saya sain. Sambil saya sain...saya mengomellah " sykt u patut tuliskan kat promosi tu bahawa ia hanya untuk bunga telur sahaja....beria-ia saya print. Macam tipu customer je buat macam tu". ini hak saya kan sbb saya rasa tertipu, saya beli kat Thank Q sbb sangka akan ada reben kupon RM20. Saya tak marah dia....saya cuma mengomel sbb tak puas hati.


Dia terus naik angin dan kata kat saya " MAK CIK OIIIIII, YANG MAK CIK NIE MARAH SAYA APAHAL. SALAH SAYA KE MAK CIK TAK BOLEH PAKAI KUPON TU. SAYA NIE MANUSIA JUGAK TAU TAK.....KENAPA MAK CIK ASYIK MARAH-MARAH SAYA SAJA'. Tiba-tiba saja saya naik pangkat dari Akak kepada Mak cik. Masa nie saya dah termalu sbb ramai customer lain berdiri kat belakang saya. Bila dia tengok saya terdiam diapun mula membebel "LAIN KALI KALAU NAK BERSHOPPING TU, JAGA PERANGAI....JANGAN NAK MARAH-MARAH KAT BUDAK-BUDAK KAUNTER. KAMI NIE TAK TAU APA-APA....FAHAM TAK MAK CIK........BLA....BLA....BLA". Dia tak habis kat sini ye.....saya rasa macam budak sekolah kena marah dengan guru besar masa tu.......saya betul-betul malu kat customer yg berbaris kat belakang saya....tambah pulak makin ramai orang lak nak bayar masa tu. Kaunter hanya beroperasi satu sahaja iaiatu kat kaunter saya.


Saya rasa tension bila budak umur 17 tahun buat saya macam tu. Saya jerit kat dia " BOLEH DIAM TAK DAN BAGI BARANG SAYA". Dia pegang plastik barang-barang saya sambil membebel kat muka saya. Kalau anda berada di situ ketika itu dan lihat ada seorang perempuan tengah jerit kat budak cashier.....jangan kata perempuan tu gila ye dan buat perangai. Budak cashier kat Thank Q Nilai 3 tidak tahu bagai mana nak layan customer, perempuan tu dah terlalu malu sbb diperlakukan begitu sebab tu dia menjerit ye. Se umur hidup saya, saya tak pernah lagi mudak naik angin kat dan kawan-kawan saya tahu bagaiman saya shopping.....saya bukan orang yang cerewet dan banyak kerenah. Saya cuma tanya hak saya sebagai customer. Kawan saya tahu.....saya orang yang bagaimana....tapi hari nie saya betul2 jadi perempuan gila kat situ.....uhhhhh sesuatu yang saya tak pernah buat


Saya bersumpah takan jejak kaki lagi ke Nilai 3. Saya kecewa sebab barang-barang kat sini tidaklah semurah yang diwar-warkan. Kalau kat semua house atau kedai-kedai kat jalan TAR, kita boleh dapat dengan harga yang macam nie jugak. Tak berbaloi habiskan duit minyak dan tol pergi ke sini. Patutlah dulu saya pernah tanya adik perempuan saya yang pernah pergi shopping kat Nilai 3, dia kata "tak adalah murah yong, harga kain kat sana sama je dengan harga kain kat kedai disini....rasanya kat sini lebih murah yong (dia merujuk kepada kedai kain kat Ipoh)".


Ada satu lagi tempat yang saya tak akan jejakkan kaki biarpun dia rentang banner kata 'diskaun sehingga 70%" iaitu KEDAI KAIN JAKEL (betul ke ejaan nie). Siapa pernah alami nightmare kat sini????? angkat tangan. Kalau u masuk je kedalam Jakel, jurujual akan follow u sampai rasanya nak melekat kat badan kita nie.....bila kita pegang kain, juru jual tu akan cepat-cepat "kain tu cantik dengan akak....kena dengan kulit akak, saya potong ye.....akak nak 4 meter kan". U tak akan ada privasi langsung untuk pilih....kita pegang je kain.....dia nak potong.....mulut mereka berbunyi sampai rasa sesak kepala.....pening dan rimas. Lepas sekali terkena.....sekarang saya dah tak jejak kaki kat JAKEL lagi.


Hari nie adalah hari yang tak begitu bagus buat saya. lepas keluar aje dari Thank Q, saya terus masuk kereta dan balik ke KL. Saya dah tak ada mood untuk shopping karpet atau kain kat sana.....hilang sungguh mood saya. Saya balik rumah dan terus masuk tidur sebab terlalu tension. Bila dah hilang marah....barulah saya tulis entry nie. Tak sangka pulak hari nie saya jadi mak cik gila dok mengamuk kat cashier. Sedih saya tengok adap sopan budak2 sekarang. Satu lagi benda yang saya benci bila nak pergi shopping adalah bila ada budak2 muda bangsa kita nie yang bila je nampak kita keluar shopping lalu depan mereka....mereka pangil "akak/mak cik, nak hadiah percuma tak" bila kita bagi isyarat tak nak, mereka akan kata "eleh.....orang nak bagi hadiah percumapun tak nak....bukan suruh dia bayar". Dia ingat kita nie BODOH TONGGONG KE.......baru keluar dari ulu banat ke.....lapar sangat denga hadiah percuma tu.....hadiah percuma yg dapat bila beli barang. Kalau bangsa lain dia tak berani nak cakap macam tu pulak.

23 comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Memang betul pun..dulu kita pergi Nilai 3..tapi tak ada yang murahpun..dah lah jauh lebih baik jln2 kat Masjid India...

Sabar ya..jangan marah2

bdaria said...

Salam natrah,

Memang saya menyesal pergi Nilai3. Habis duit minyak dan tol aje. Entry sy nie nampak macam saya marah-marah ke. Saya tulis entry nie 6 jam lepas perkara tu berlaku kat saya. Sy dah cool dan saya tulis bukan dalam ayat maki hamun. Saya tulis apa yang sebenarnya berlaku pd saya hari nie. Saya layak marah kan sbb dibuat mcm tu.

noorsafone said...

kak noor setuju betul...bukan murah mana pun Nilai 3 tu...sama je macam kedai2 lain...tudung kt pasar malam lg murah dari nilai 3,boleh tawar menawar lagi...Kedai kain Jakel tu,memang semua cawangan agaknya suka mengekor je,masa kita pilih kain...nk bercakap2 ngan kwn2 yg sama pergi kesitu pun tak senang...rimas kan.tunggu la kita pilih,nanti kita panggil la potong kain tu.

niey_muhaini said...

Salam bdaria.

Mmg tak rugi klu tak jejakkan kaki klu pekerjanya tak ada rasa hormat kpd pelanggan. Lg pun harga brgan kt Nilai 3 tu hampir sama je dgn kt kl.

Sy mmg cukup pantang pekerja yg suka-suki follow semasa nak memilih brgan.rimas & lemas tau..kekadang sy direct je tegur sikap diorg ni..

Chik Mimi said...

Sama saya pun rasa begitu TAK MURAh tapi since SIL yg beria nak p sana so saya temankan dia aje,bagi sy kat jalan TAR tu lagi ok ,Then bila balik penang ada harga yang kat nilai tu lagi mahal... sabar je sy pun kalau jadi macam bdaria akan naik angin dengan budak cashier tu memang tak ada adap

bdaria said...

Salam Kak Noor,

Memang betul pun. saya baru je beli 4 helai tudung Ratu kat pasar tani Shah Alam tadi. Harga Rm15 satu. Kat Nilai 3, jgn harap nak dpt harga nie utk kualiti tudung yg bagus. Mmg menyesal giler saya habiskan duit minyak dan tol kesana. Pastu kena marah lak dgn cashier yg kurang ajar. Mmg tak berbaloi.

bdaria said...

Salam Niey,

Lepas peristiwa semalam, saya memang down giler. Sedih sangat. Budak tu provok saya sampai saya menjerit marah kat kaunter tu. Sy sedih smpi ke hari nie.

bdaria said...

Salam Mimi,

Menyesal tak sudah pergi sana. Sy langsung tak tengok brg2 yg sy beli kat sana. Masih dlm bonet kereta. Sy tak de mood nak sentuh atau angkat naik ke umah. Agaknye sy tergaman kot sbb dok berdiri kat kaunter tu sambil dengar budak sial tu membebel kat saya. Klu masa tu saya belum bagi kad kredit...dah lama saya blah keluar.

Ijip said...

Salam BDaria,

Memang patut awak rasa marah. Budak2 sekarang tau nak kerja senang. Tak ikhlas kerja & tanak buat kerja extra. Dah tau deal ngan customer, kenalah 'sabar'. Heran jugak ek, mana pergi supervisor diaorang? Patutnya supervisor sentiasa ada utk supervise pekerja.

norlie said...

kesiannya saya dengan cerita ni..3 bulan yang lepas sy ada pergi ke nilai ta saya x beli pun! sebab memang xde yang murah pun..hanya orang yang x biasa shopping sana sini yang x tau menilai hage di Nilai tu.. kalau ada yang murah tu memang barang lama yang dah x laku..berlapuk je.. pergi ke jekal pun sy dah serik..kainnya mahal juga dr nagoya..lagi pun kainnya bukan uptodate.. dh luput tarikh..org dh x pakai dah.. kain nya banyak ikut corak ala hindia sikit..sama cam kamdar..saya masuk tinjau2 sekejab dan keluar cepat2!

quinnie said...

salam bdaria....pahait jugak pengalaman awak kat nilai 3 nih...kalau saya pun baik angkat kaki je dari beli barang kat kedai cam gini....saya tak penah pegi sini...tapi kawan2 saya kata memang tak berbaloi pegi sana....

Ami said...

kesiannya dengar pengalaman awak ni bdaria! kalu saya pun x janji saya boleh sabar dengan budak x beradap cam gitu. selama ini, saya fikir nilai 3 tempat shopping yang murah dan best. sekarang, sorry lah...

intan said...

Dear, seriously agreed yang Nilai 3 mmg x best langsung! SImpati kat u..(even i post lambat kt blog u ni..hehe) i pegi last few months..promotion konon..harga kt my hometown lg murah..

Julie said...

bdaria,

cashier tu memang tak beradab, patut u minta balik kad kredit u dan keluar tanpa membeli apa-apa dari mereka.

anna nilai said...

mmg pun kurng hajaq bdk tu...elok lah tuhan dah bg cash blasan kt kedai dorang.trbako satu
kdai...padan..sya ni yg resident ttp nilai pun rasa muak nk nek nilai3 tu..dah xder yg interesting pun..blik2 jumpe brng2 yg sama je..toksah buang masa nk nek lah...

anna nilai said...

mmg pun kurng hajaq bdk tu...elok lah tuhan dah bg cash blasan kt kedai dorang.trbako satu
kdai...padan..sya ni yg resident ttp nilai pun rasa muak nk nek nilai3 tu..dah xder yg interesting pun..blik2 jumpe brng2 yg sama je..toksah buang masa nk nek lah...

anna said...

arini tuhan da bg 'cash' kt kedai dorng,dah terbako 1 kdai..pdn muka..sy yg residen ttp kt nilai ni pun mmg dah muak nk nek nilai3 tu..xder bnde yg intersting pun.boringg..

Anonymous said...

salam, bdaria...sy pn bnyk terkena dgn jurujual yg tk de adab...tp, bila terkena, sy akan terus angkat kaki (no way for the rude people...tgk sapa yg rugi?)
Tp, ada juga yg layan kita baik2 dn jual ikut harga berpatutan...supaya org2 yg baik ni dpt pekerjaan yg lebih baik...
Sbg guru, generasi yg sekrg dn mungkin akan dtg(kalau tk dibendung)memang banyak yg tk beradap, kalau sy boleh bandingkn masa zaman sy remaja belia dulu...anak2 murid skrg bercakap tanpa adab..berselisih dgn cikgu pun berlanggar bahu, kalau baca wall dlm facebook diaorg, kita akan rasa frust,geleng kepala, sakit hati dn sedih...bayangkan bgmana pula sikap mereka bila bekerja sok...mcm perangai budak yg kerja kt nilai 3 tu la kot....sabar je la...kita ambil iktibar je lah...asuh sebaik2 anak kita supaya kalau boleh jaga tingkah laku dn bersikap baik dgn semua org....walahuallam..

Ina Narieyna said...

Klo sy jd awk, sy tinggalkn semua brg2 yg byk tu, angkat kaki blah je. Bia dorg rase. Kuang ajar btol. Sakit lak hati bc entry awk ni huhhu
***emo plak kiki

Mariam Abu Bakar said...

Masa aku jalan kat Nilai 1, tengok kain lebih kurang harga dengan kedai biasa. Aku tanya salesgirl, dia kata kalau nak dapat harga borong, kena dealing dengan boss dan kena beli banyak contohnya 1 gulung kain. Yang ini khas untuk orang nak berniaga. Kalau beli sikit-sikit dapat kurang sikit je.
Aku jumpa cashir yang kurang ajar kat Tesco Nilai 2x. "Barang-barang akak ni, siapa yang nak masukkan dalam beg plastik, saya ke akak yang nak masukkan" Aku tanya "siapa yang sepatutnya masukkan?". Dia kata "Dua-dua boleh, saya masukpun boleh. Akak nak masukkan sendiri pun boleh".

Mariani Barjah said...

Klu sy tmpt awj..sy sembur je n tunggalkan barang tu blik...sy jenis yg xsabar. .kira awk n penyabar orgnye

Mariani Barjah said...

Klu sy tmpt awj..sy sembur je n tunggalkan barang tu blik...sy jenis yg xsabar. .kira awk n penyabar orgnye

sue said...

sabar kak...sy yg duk nilai ni pun rase kat nilai 3 barangnye mmg mahal...kain kat nilai square pun mahal... sy beli kain bertunang pun kat nagoya je...murah ckit...skrg tgh survay nak beli barang buat hantaran..kakak sy ckp barang kahwin di semua house lg murah dr nilai 3...akak th x mana2 lg barang perkahwinan yg murah2?