Saturday, June 11, 2011

Gulai Rebung Madu bersama ayam

Gulai rebung bersama ayam nie dimasak oleh adik perempuan saya. Dia nie kalau masak kari memang best....saja je saya dera dia supaya masak gulai sementara saya cuma goreng ayam sahaja. Rebung madu nie dibawa oleh Mak Ngah saya dari Changloon. Rebung nie dah direbus dan dijerukkan oleh Mak Ngah saya supaya ia boleh tahan lama. Mak Ngah saya bawa hampir setengah guni besar rebung....mak saya kemudiannya mengagih-agihkan kepada saudara mara kami yang datang masa kenduri tersebut biar semua merasa, maklumlah merekapun dah lama tak balik ke Changloon. Sebenarnya mak saya mempunyai ramai adik beradik...yang satu mak ada di pahang dan di selangor manakala yang mak lain pula berada dibeberapa tempat lain jadi masa kenduri mak jemput mereka semua datang....sebab tulah hari kenduri ramai saudara kami berkunjung kerumah. Datuk saya kahwin empat dan saya ada lebih kurang 24 orang bapa dan mak saudara. Ada yang saya kenal dan ada yang saya tak pernah jumpa...malah ada yang lebih muda daripada saya (saya cucu sulung datuk).


Dekat ofis tempohari kami ada berbual berkenaan dengan perbezaan gulai dan kari. Bagi orang utara gulai adalah kari dan masak lemak santan adalah masak lemak tapi bagi kawan saya yang berasal dari N9 pula kata gulai adalah masak lemak dan kari adalah kari. Confuse tak......apa2 pun bagi orang utara ini adalah gulai atau kari. Masa adik saya masak, sibuk je saya dok ambik gambar sambil goreng ayam...sempat lagi tu. Saja je nak buat satu entry berkenaan dengan gulai rebung madu nie.


Panaskan minyak 3/4 cawan dan kemudian tumiskan bahan-bahan dibawah iaitu

8 biji bawang merah-dihiris
4 ulas bawang putih-dihiris
daun kari-jika ada
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci halia
4 sudu makan serbuk kari-dibancuh sedikit dengan air hingga jadi pes.

Tumis sehingga naik minyak.


Kemudian masukkan rebung yang telah dipotong. Mak ngah saya bagi petua supaya rasa masam rebung yang telah dijeruk tidak kuat adalah dengan memasukkan air batu kedalam rebung tersebut. Rendam seketika dan kemudian toskan rebung tu. Tujuannya supaya rebung yang telah dijeruk tidak terlalu masam.




Biarkan seketika sehingga rebung sebati dengan bahan tumisan. Masukkan ayam yang dipotong kecil dan masukkan 4 sudu makan kerisik. Biarkan seketika sehingga ayam sedikit lembut sebelum dimasukkan santan dari 1 biji kelapa. Rasa masin nya, kalau perlu masukkan garam. Rebung nie sudah dijerukkan sebab tu tak perlu masuk asam keping dan garam dahulu.


Gulai rebung madu bersama ayam nie sudah masak. Memang hari tu best betul makan nasi sebab ada sambal tempoyak petai, ikan sepat perkasam, gulai rebung madu dan ayam goreng. Kami makan ramai-ramai sebelum semua orang balik meninggalkan rumah di Pahang. Sekarang nie rumah tu hanya tinggal adik saya yang batu kahwin tu bersama suaminya. Rumah tu hanya penuh dan meriah dengan oarng bila tiba masa raya sahaja lepas tu sunyi saja.

















2 comments:

Chik Mimi said...

sedapnyaaaa sy pun baru belajaq makan gulai rebung dengan ayam dr ofcmate yg kawen dgn org Kedah,mmg best,dia kadang2 buat gulai rebung dengan sardin

Life Stories said...

sy nk cri rebung madu...boleh ke minta makcik awak rebung madu dlm 10kg...sy nk beli...sy di changloon juga..ni no sy 0169725927...tlg ye.. sy nak ahad ni nak bawa balik selangor..