
Rebung madu yang dibekalkan oleh mak saya masih tidak terusik langsung dalam peti ais sejak sebulan yang lalu. Petang semalam, saya buat pajeri rebung madu bersama udang. Makan pulak dengan nasi panas dan ikan perkasam goreng....huhhhhh sedap sungguh. Selalunya rebung madu hanya dibuat kari tapi kali nie saya buat pajeri. Pertama kali makan pajeri rebung ketika makan malam dirumah kawan baik saya iaitu Rosni yang kini dah berpindah balik mengajar di Kedah.
Pajeri Rebung Madu Bersama Udang
Resepi oleh bdaria/resepidaria.com
Bahan-bahannya:-
500-600gm rebung madu, dihiris nipis tanpa putus (sy guna rebung madu yg telah dijerukkan)
¼ biji kelapa, dibuat kerisik
1 cawan santan
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar gula
200gm udang segar
Bahan Tumis:
1 ketul kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Garam secukup rasa (jika perlu)
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Cara-caranya:-
1. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air sehingga jadi pes yang pekat.
2. Panaskan minyak dan kemudian tumis bahan kisar dan bahan tumis sehingga wangi. Masukkan bancuhan serbuk kari dan biarkan ia sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang kering, santan dan rebung madu. Tutup tudung periuk dan perlahankan api. Biarkan dalam 30 minit. Sekali sekala kacau supaya tidak hangit.
4. Masukkan kerisik dan gula, kacau rata. Masukkan udang segar.
5. Rasa dahulu sebelum anda masukkan garam sebab kadang-kadang rebung madu yang dibeli telah dijerukkan jadi ai telah masam dan masin. lainlah jika anda guna yang segar.
6. Bila telah masak, angkat dan hidangkan.
Nota:-
- Saya guna rebung madu yang telah dijerukkan sebab tu saya tak masukkan asam jawa dalam pajeri nie. Jika anda guna rebung yang masih segar, sila masukkan sedikit air asam jawa dalam pajeri anda.
2 comments:
sedapnya daria...saya tak pernah makan rebung ni dibuat pajeri...lain kali boleh cuba masak macam ni pulak....:)
Salam quinnie, kita sama-sama makan pajeri hari nie. Saya hari nie asyik dok meratah pajeri rebung je. Memang sedap....suka sangat (bunyi macam puji diri sendiri ajekan....tapi mmg best rebung buat pajeri). Quinnie, kalau u baca nie, tolong add sy kat facebook. Nak chat sikitlah dengan u.
Post a Comment