Friday, July 8, 2011

Sekatan Jalan Raya




Kesian benar kepada para pemandu yang terlibat dalam kesesakan jalan raya yang amat teruk malam nie. Gambar diatas adalah pemandangan dari tingkat rumah saya seksyen 7, kota damansara......lebuhraya sg buloh. Saya baru sampai dirumah dalam jam 9.50 tadi, terus ambil kamera dan ambil gambar nie. Sekatan jalan raya dilakukan di Sri Damasara, setiap kereta ditahan dan diperiksa dengan teliti oleh 4-5 orang anggota polis.....nasiblah sapa-sapa yang pakai t-shirt kuning malam nie ye. Bermula dari sri damasara, jalan jam sehingga ke sini.....dasyatkan. Kesian kat rakyat malaysia malam nie.


Saya tak nak komen apa-apa tentang tindakan atau peristiwa ini kerana silap-silap haribulan jenuh saya nak tepis serangan-serangan dari manusia yang tidak sependapat dengan saya....atau yang jenis tak boleh terima pendapat orang lain.

1 comment:

gerhana luka said...

semua ni menyusahkan orang ramai yg ada urusan lain, perjalanan yg sepatutnya setengah jam dah jadi berjam jam. tension giler terkena camni. kan bagus kalau buat perhimpunan kat Kota Baru ke Alor Setar ke tak de la warga kota merana jadi mangsa keadaan. Geram dengan orang yang degil dan suka menyusahkan orang lain yang tak terlibat.