Biskut Almond London
Sumber resepi: Chef Asma
Publish & Photo by resepidaria.com
Bahan-bahannya (ia menghasilkan 300 biji)
Bahan A
210gm butter (saya guna Butter Anchor)
210gm majerin
1/2 tsp esen vanilla
160gm gula aising-ayak terlebih dahulu
Bahan B
500gm tepung gandum atau tepung red rose
100gm tepung jagung
90gm serbuk badam-sangai dulu sebentar
1/4 tsp baking powder
1/4 tsp baking powder
4 tbsp susu tepung
Bahan C
1 kg whole almond - bakar dahulu dalam oven selam 10 minit dgn suhu 150C
Hiasan : Almond nip, 1 kg milk chocolate (saya guna jenama Beryl's ) dan papercup
Cara-caranya:-
1. Putar bahan A sehingga kembang dan ayak bahan B
2. Masukkan bahan B kedalam adunan A dan uli sehingga jadi doh
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan ambil adunan dalam anggaran 1 tsp, masukkan almond dan bulatkan.
4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 150C dan sejukkan
5. Cairkan chocolate dengan mengunakan kaedah double boil. Masukkan beberapa biji biskut dalam coklat dan guna sudu plastik (yang digunakan oleh peniaga bila kita beli nasi bungkus/lemak) masukkan dalam papercup.
6. Hiaskan dengan coklat nip.
Nota/Tips:-
- Untuk dapatkan saiz yang sama besar guna sahaja sudu penyukat 1 tsp atau 1/2 tsp (jika anda nak kecil).
- Pastikan anda sentiasa bakar @ sangai terlebih dahulu semua kekacang sebelum dimasukkan dalam bancuhan biskut.
- Bancuhan diatas menghasilkan 300 biji kuih ye....kalau buat sorang2 boleh sampai malam. Jadi buat separuh adunan sahaja jika hendak sikit.
- Fungsi majerin disini adalah untuk merangupkan biskut....anda boleh guna semua butter tetapi masukkan 1/2tsp emplek untuk merangupkan lagi biskut.
- Proses membentuk dan menyalut coklat dilakukan oleh sepupu saya yang berusia 13 tahun so almond london nie tak cantik sangatlah.
8 comments:
emplek tu apa ya kak ...
salam bdaria...tq share resepi...
btw..bahan yang last tuh rasanya 4sdb susu tepung bkn baking powder kan.. (kalau refer kat link lg satu tuh la)
sedapnya daria..LA..dah lama tak makan biskut nih....
Salam Mak Qis,
Terima kasih bagitau, tersilap taip. memang 4 tbsp susu tepung bukan baking powder.
Salam Nazrah,
Emplek tu peranggup biskut. Klu pergi kedai bakery, emplek satu row dgn bahan-bahan penaik kek. Ia serbuk spt baking powder jugak. Org bubuh emplek untuk menjadikan biskut bertambah ranggup.
Salam quinnie, klu ada budak-budak kat rumah, biskut nie kemestian time raya. Nie favorite anak saudara saya....kena buat jugak tiap2 tahun. Tahun nie sy guna coklat beryl's sbb anak saudara saya mmg minat sungguh dgn coklat ni, coklat jenis lain tak jalan sbb dia kata manis sgt.
salam bdaria, dlm link satu tu letak corn flour n potato flour... actually resepi yg mana satu chef asma punya? n mana 1 lebih sedap? tq for the receipe.....
Salam bdaria.. Terima kasih banyak2 kerana sudi berkongsi resipi.. Nak tau, marjerin brand apa ye yg bdaria pakai? First time nak buat ni. Mak saya dulu buat biskutnya tak ranguplah.. Resipi lain dia pakai.
Post a Comment