Monday, August 22, 2011

Biskut Makmur

Saya jarang buat biskut makmur nie, tahun nie adik lelaki saya request biskut makmur. Oleh kerana beliau dan adik ipar saya akan datang kerumah untuk sama-sama buat biskut raya maka inilah hasil tangan kami bertiga. Bila buat kerja ramai macam nie tak lah terasa bosan dan mengantuk....kerja pun lebih cepat. Dapat dua balang....seorang sebalang. Oklah tu sebab tahun nie saya nak buat banyak jenis biskut(kalau tercapailah hajat tu) tapi dalam kuantiti yang sikit-sikit.

Biskut Makmur

Sumber: Blog hanieliza
Photo & publish by resepidaria.com


Bahan-bahannya:-
500gm tepung gandum (disangai sekejap)
5-6 sudu makan susu tepung (ini saya tambah)
80gm gula halus

Minyak sapi QBB secukupnya (lebih kurang 1 tin minyak sapi yang kecil)

Inti
200gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak, buang kulit dan mesin)
100gm gula aising
2-3 sudu makan peanut butter (Ini saya tambah)

Hiasan
Gula aising/gula halus secukupnya

Cara-caranya:-

1. Masukkan tepung, susu tepung, gula dalam bekas. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit dalam adunan dan gaul sehingga ia menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik dan melekat ditangan atau terlalu berderai sehingga tidak boleh dibentuk. Rehatkan selama 15 minit.
2. Satukan kacang tanah yang telah diblender dengan gula dan peanut butter. Guna sudu penyukat 1/4tsp untuk mendapatkan saiz inti yang sama besar. Tekan inti dalam sudu 1/4stp dan buat sehingga habis. Anda boleh kurangkan gula dan lebihkan peanut butter jika suka.
3. Guna sudu penyukat 1tsp untuk mendapatkan bentuk biskut yang sama besar. Masukkan sedikt doh dalam sudu penyukat dan keluarkan. Leperkan doh dan letakkan inti ditengahnya dan tutup rapat. Bulatkan dan buat dalam bentuk lonjong atau bentuk bulat, ikut suka anda. Susun atas dulang pembakar. Buat sehingga habis.
4. Panaskan oven dan bakar biskut dengan suhu 150c selama 15-20 minit sehingga masak (ini bergantung kepada oven anda....oven saya 15 minit dah cukup)
5. Biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum disalut dengan gula aising/gula halus.
6. Biskut nie terlalu gebu jadi anda perlu berhati-hati bila memegangnya ketika ia masih panas.
7. Letakkan dalam cawan kertas supaya ia tidak mudah hancur.

Nota:-


- Susu tepung hanyalah optional jadi anda boleh abaikan jika tidak suka.

4 comments:

Anonymous said...

badaria,saya pernh bt biskut nie..konn nk lama sikit masakkan biskut tu risau tepung tepung x masak nnti..bila dh nmpk masak mmg cantik but bila makan kacang kt dalam dah nk hangus..ha..ha..sabar jer la...mknanya klu bt biskut ni dah 15 ke 20 minit stop yer..saya pakai oven europa tu....

bdaria said...

Salam Anonymous,

Selalunya klu resepi kata 15-20 minit saya akan setkan oven pada 15 dahulu pastu bila tengok kat bawah tapak biskut masih putih barulah saya tambah 5 minit lagi. jangan terus 20 minit sbb kita tak tahu tahap kepanasan oven yg kita guna. Biskut nie terlalu gebu dan akan berderai klu kita sentuh masa dia panas tapi tak bermakna ia tak masak lagi....memang tekstur dia macam tu. Bila dah sejuk, barulah dia ok.

ida said...

salam bdaria,
akak dah buat biskut makmur ni, memang sedap. akak xletak susu & peanut butter.

Anonymous said...

Salam. Thanks for the recipe. I've tried and it turned out fine. Many like it. Thanks again.