Friday, August 19, 2011

Kuih Koci pulut hitam lagi



Beberapa lari lepas saya beli kuih koci kat pasar ramadhan....selain daripada bersaiz kecik dan berharga 3 RM1, kuih koci yang dibeli tu dimasukkan inti sikit sangat....tebal tepung dari inti. Memang tak puas hati bila tengok kuih koci macam tu. Nak buat sendiri faham-faham sajalah saya duduk seorang ....kalau buat ia akan menghasilkan kuantiti yang banyak jadi sapa yang nak habiskan melainkan tuan rumah tu sendiri. Kalau sayang sangat simpan dalam peti.....lepas tu lupa dan bila kemas peti.....buang semua makanan yang disimpan sebab dah tak elok.
Memang bab-bab kuih nie saya cerewet sikit kalau nak beli......walapun dalam bulan puasa tahun nie saya dah berazam untuk kawal pengambilan makanan manis tapi 2 kuih nie iaitu kuih koci dan tepung bungkus mesti nak makan juga.


Saya buat kuih koci pulut hitam guna resepi CMG, setia dengan resepi nie sebab kena dengan selera saya. Dulu dah pernah buat iaitu kat sini jika anda hendakkan resepi.

Guna resepi CMG tu boleh menghasilkan lebih kurang 18 biji kuih koci (bergantung kepada saiz kuih anda). Dari satu kukus tu saya telah menghabiskan sebanyak 6 biji kuih koci......ya Allah tadi masa isi Diari Diet....terkejut tengok kalori yang diambil untuk 6 biji kuih koci tu.

Satu biji kuih koci, 42gm = 84 kalori
6 biji = 504 kalori



hmmmmm....dah lepas dalam perut dah pun baru nak menyesal sebab makan. Baki kuih 12 biji masih dalam peti....nampaknya kena tunggu adik lelaki saya datang berbuka esok untuk habiskan bakinya.

3 comments:

quinnie said...

salam daria..saya pun tengah berkira2 nak buat kuih koci ni..saya pun cam awak jugak..puas hati bila buat kuih sendiri dari beli..hehhehe..kebetulan ada daun pisang..ingat nak buat lah...teringin lak nak makan...:)

Sheila Shafeareen said...

salam ..sdp tu koci pulut itam....mcm nak buat lg je.....

MEKAR said...

Salam bdaria.
Sya pula tak berapa suka kuih koci. Betul. nk buat sendiri kalau setakat 1-2 org makan memng xberbaloikan?