Wednesday, August 31, 2011

SELAMAT HARI RAYA





PELITA PANJUT WARNANYA MERAH

API DINYALA SUNGGUH INDAH

RAYA DISAMBUT PENUH MERIAH

JAUDAH DIHIDANG BUAT DIJAMAH




KE RUMAH RAKAN NAIK KERETA

TAK JUMPA JALAN KENA BERTANYA

JARI DISUSUN MAAF DIPINTA

SAMBUT DENGAN DUIT RAYANYA





KETUPAT LEMANG SEDAP TAK TERPERI

MAKAN DENGAN RENDANG DIKUALI

SELAMAT HARI RAYA UCAPAN DIBERI

MAAF ZAHIR BATIN DIMOHON SEKALI




TAKBIR BERGEMA DIPAGI RAYA

MEMUJI-MUJI KEPADA YANG ESA

HATI-HATI DIJALAN RAYA

JANGAN HAMPAKAN KELUARGA DIDESA






SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI DAN RAKAN-RAKAN BLOGGER YANG DIKASIHI. MAAF DIPINTA JIKA TERDAPAT KEKASARAN TUTURBAHASA, PENDAPAT YANG TIDAK SEHALUAN ATAU TULISAN YANG TIDAK DISENANGI.




BERHATI-HATI DIJALAN RAYA. SELAMAT PULANG KEKAMPUNG HALAMAN DAN SELAMAT KEMBALI SEMULA. JAGA KOLESTROL....JANGAN MAKAN RENDANG DAN BISKUT BANYAK SANGAT.




ESOK BALIK KAMPUNG YEHHHHHHH JUMPA LAGI.

6 comments:

Amie said...

Selamat hari raya Bdaria,
moga gembira bersama kelarga tersayang!

quinnie said...

selamat hari raya aidilfitri buat daria sekeluarga....saya pun nak mohon maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang saya berkunjung ke blog daria nih....

azian said...

Selamat hari raya bdaria...Maaf zahir & batin.

MEKAR said...

Salam eidul fitri bdaria. semoga bergembira di hari lebaran dan jaga diri

kak rus said...

Selamat Hariraya kepada Bdaria sekeluarga....maaf zahir dan batin dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54.

Anonymous said...

Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin jika ada terkasar bahasa.

- Ijip-