Monday, August 22, 2011

Perginya Azizi Hj Abdullah

Kepada yang pernah mengikuti aliran sastera disekolah menengah dahulu tentu kenal dengan novel Seorang Tua Dikaki Gunung. Saya adalah pelajar aliran sastera.......novel nie saya baca berulang-ulang kali. Bila membaca novel nie hati saya amat tersentuh dan seolah-olah saya berada disituasi konflik jiwa yang melanda orang tua tersebut. Novel yang amat bagus dan bahasa yang indah. Sejak membaca novel ini saya mula mendapatkan novel-novel lain karya Azizi Hj Abdullah.


Bila saya membaca berita kematian beliau disatu blog.....saya bersandar kesedihan, biarpun saya tidak mengenali beliau secara dekat dan saya tak peduli apakah aliran politik beliau.....inilah penulis yang amat saya kagumi. 'inalillahiwa'inailahirajjun' itu saja perkataan yang mampu saya tuturkan. Beliau telah menghadap ilahi pada kira-kira jam 7.15 pagi semalam, 21 Ogos 2011 bersamaan 21 ramadhan 1432.

1 comment:

Kak Long said...

kak long pun pernah baca buku ni..kalau x silap,masa tu pergi rumah sepupu,terjumpa buku ni,terus baca sampai abis..memang best sgt2..kak long sek rendah masa tu kalau x silap..lm dh..rasa macam nak cari balik buku ni...penuh dengan pengajaran...kak long pun ingt2 lupa cerita ni...