Wednesday, August 24, 2011

Sedikit tip untuk dikongsi

Ada sedikit tips yang saya perolehi semasa memasuki kelas membuat biskut. Jadi saya nak kongsilah dengan anda semua. tak banyak.....ini sahaja yang sempat saya tulis semasa mengikuti kelas membuat biskut.


1) Semua kekacang haruslah dibakar/disangai terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam adunan. Ini termasuklah serbuk badam sekali pun (kekacang jugak kan)

2) Oats dan nestum kena bakar/sangai jugak sebelum dimasukkan kedalam adunan.

3) Resepi yang tidak bersalut coklat boleh guna butter mahal. Resepi biskut yang bersalut coklat seperti almond london boleh mengunakan butter murah sikit seperti buttercup atau lain-lain jenama yang murah.

4) Farmcow sesuai digunakan untuk membuat kek lapis

5) Gula ising digunakan dalam biskut adalah untuk mengebukan biskut seperti biskut mazola

6) Gula castor untuk meranggupkan biskut

7) Crisco atau shortening adalah untuk meranggupkan biskut

8) Doh jangan dicanai terus, ia perlu direhatkan terlebih dahulu iaitu selama 15 minit.

9) Tepung kentang ada dijual di kedai bakery. harga 500gm tepung kentang adalah RM4.80. Jika tiada anda boleh gantikan dengan tepung jagung. tapi rasa lain sikitlah. Buat apa nak beli banyak kalau hanya nak guna 40gm sahaja.

10) Dalam resepi ada yang guna hanya telur kuning sahaja, jika anda sayang nak buang telur putih atau tiada keperluan untuk digunakan telur putih maka anda boleh masukkan keseluruhan telur dalam bancuhan tapi tambahkan sedikit tepung jika doh lembik.

11) Jika biskut yang dicanai dan mengunakan acuan maka canai doh setebal 1/2 inci untuk mendapatkan biskut yang cantik.

12) Sapuan kuning telur diatas biskut = kuning telur + sedikit putih telur + pewarna kuning



13) Pastikan measuring spoons atau sudu penyukat ini ada didapur anda. Ia cara yang paling mudah bagi memastikan anda mendapat saiz biskut yang sama besar dan cantik. Ambil sedikit doh guna sudu penyukat samada sudu penyukat 1 tsp atau 1/2 tsp bagi mendapatkan saiz yang sama terutama untuk biskut almond london.


Itulah serba sedikit tips yang sempat saya salin semasa kelas.

9 comments:

Iza Akma said...

thanks Bdaria sharekan tips yg berguna ni..itu juga lah yg biasa sy praktikkan selama ni dlm membuat biskut..actually tip2 sebegini hanya boleh didapati dlm kelas2 yg hadiri..

CT NoArIzAh ArIs said...

Tima kasih dgn tips2 ni...nmpaknya sy kena adalah sudu tu dalm dapur sy :))

Chik Mimi said...

good info bdaria,
thanks for sharing

rostina76 said...

waaah!!!bermaknanya tips dr k.bdaria ni utk saya yg baru nak belajar..Tqvm kak for the info.Really appreciate

quinnie said...

terima kasih daria atas info nih...nak beli sudu tu tak beli2 jugak lagi....:)

Anonymous said...

Tak terfikir saya sebelum ni nak gunakan sudu tu. Sebelum ni jenuh menimbang nak dapatkan saiz yg sama untuk cookies. TQ for the very useful info. Sangat memudahkan..

Za_n_Sa

Zalia said...

salam...
nak ucapkan terima kasih atas perkongsian tips ini... Lia dah praktiskan semua jenis kekacang & rolled oat bakar dulu...
guna gula castor utk biskut rangup
guna gula icing utk biskut gebu mcm kuih dahlia
TERIMA KASIH :)

bdaria said...

Thanks Zalia.

Ami said...

salam, tahniah kerana sudi berkongsi ilmu. memang jarang2 kita leh dapat tau tips 'mahal' sebegini kalu tidak kena bayar dan hadir kelas. akak doakan bdaria bertambah2 murah rezki!