Ahad yang lepas, pertama kali menjejakkan kaki ke kelas masakan ini. Oleh kerana lokasinya tidak jauh dari rumah....maka hari ahad jam 2 petang saya drivelah ke sini. Walaupun tiap-tiap pagi saya lalu kat depan The Strand tapi tak pernah masuk area nie....tambah pulak saya bukan peminat tudung ariani so sebab tu jarang ke The Strand. Hari jumaat, call Daphne untuk join kelas Chef Azli nie dan terus tranfer duit kelas RM40 melalui maybank2u.
Hari Ahad, jam 2 petang drive dari rumah.....dalam 5 minit dah sampai ke The Strand....berpusing-pusing cari jalan PJU 5/22. Tanda jalan semua ditutupi oleh iklan-iklan along......tak pasti mana satu jalan 5/22....2 kali pusing asyik jumpa 5/20 je. Setelah 10 minit berpusing-pusing, akhirnya jumpa jugak dgn tempat nie. Kawasan nie sepi dan sunyi sebab tak banyak kedai yang beroperasi. Naik tangga dan pergi ketingkat 2, bila masuk tengok hanya ada 2 orang peserta sahaja......ambik goodies dan duduk tunggu kelas bermula. Chef Azli datang tegur saya tapi saya langsung tak cam dia sebab dia nampak lain sungguh berbanding dengan gambar kat blog. Orangnya kurus tinggi.....bila dia pergi ke depan barulah saya terkejut 'ohhhh dia ke Chef Azli".
Inilah kelas demo yang berada ditingkat 2. Dapur berkonsep moden.....cantik dan menarik kelas nya
Ini pula kelas 'hand-on' ditingkat 3. Periuk belanga dan peralatan dapur, pinggan mangkuk tersusun kemas dirak-rak besi ditepi dinding dan setiap station ada dapur sendiri bersama singki. Memang agak selesa suasana kelas 'hand-on' disini.
Kebanyakan produk elektrik dan dapur disini mengunakan produk Leben. Agak mengkagumkan sebab pusat memasak ini mendapat banyak sponsor produk dari jenama terkenal.
Saya amat tertarik dengan bilik makan bersebelahan dengan kelas hand-on. Disini terdapat 2 meja makan yang digunakan untuk peserja makan selepas mereka memasak. Saja suka ambik gambar meja nie.....kebanyakannya produk Ikea
Yang nie pun saya ambik gambar.....tujuannya nak pergi cari benda alah nie. nak buat konsep nie jugak kat meja makan kat rumah tu. Saya kan jenis yang suka putih, hitam dan hijau.
Tentang masakan apa yang saya belajar.....sebenarnya biasa-biasa sahaja seperti sup cendawan, roti dan fruit tart. Oklah tu dengan bayaran RM40 dari jam 2.30 hingga 5.00 petang. Nie kelas dalam bulan October chef Azli jika anda berminat
Tarikh: 08/10/2010
Hidangan : Salad Mangga Thai, Ayam panfried, sos lada hitam, kek ceri frosting
Tarikh: 22/10/2010
Hidangan: Kek Keju bakar, roti roll, chicken chop sos BBQ
Tempat: Food Recipes Cooking Club 12A-12/m Jalan PJU 5/22 The Strand Kota Damansara,47810 Petaling Jaya Selangor
Untuk maklumat lanjut pergi ke blog Chef Azli disini.
6 comments:
Aslmkm. Rajin nya gi kelas... memang seronok kan tapi Along never have time. Chef Ismail & Chef Florence ada buat demo baru2 ni kat Miri pun miss....
cantik dan rapi kelas memasak ini. Jika saya tinggal di sana pasti saya pun suka nak join tapi apakan daya jauh sangat.
Salam Along,
Saja je nak buang masa. lagipun ia dekat dgn umah. Sy suka masuk kelas memasak.....cari ilmu sbb insyaallah bila nak pencen nanti ada idea nak buat apa utk teruskan hidup (mak aiii...lambat lagi nak pencen, dah buat perancangan).
Salam Noor,
Memang cantik dan kemas tapi chef yg mengajar juga memainkan peranan penting untuk tarik minat orang datang belajar. Tak semua chef boleh mengajar dan menyampaikan ilmu mereka.
Sya selalu pi the strand tu tp tak pernah perasan kelas masakan chef azli nih. selalu pi BAGUS jer. Apa2 pun kelas ni macam menarik sbb cantik (bila tgk gambr daria ni). Harap dpt sampai suatu hari nanti
Saya pun tengah mencari2 kelas masakan,area kota damansara ni x tau kat mana,kat BAGUS tu taulah,tp x pernah pergi...nak tau dia nyer jadual cam ner yer?
Post a Comment