Sebentar tadi adik lelaki saya datang kerumah bersama isteri dan anaknya. Dia beli durian dan kami duduk dimeja untuk makan bersama. Tiba-tiba dia berkata 'yong dah tahu ke.....kak ngah dah diceraikan isnin lepas....dia diceraikan depan mak'.
Saya letak seulas durian yang belum sempat masuk mulut sambil berkata dengan gembira 'alhamdulillah'. Adik lelaki saya pula berkata ' saya sujud syukur yong....rasa lega sangat'. Selepas tu kami berdua diam.....
Kemudian saya berkata 'kita nie jahat ke....rasa gembira dengan kemusnahan sebuah 'masjid''. Saya melepaskan keluhan panjang bila terfikirkan kelima-lima anak saudara saya. Adik saya beritahu anak saudara saya yang berusia 12 tahun menangis teresak-esak. Ahhhh....anak mana yang mahukan ibubapa mereka berpisah. Saya risau kepada anak saudara saya yang kedua sebab dia nie jenis yang pendam perasaan. Saya risau dia memberontak. Anak saudara yang kelima baru berusia 3 tahun....masih belum mengerti apa-apa tetapi dia adalah anak manja adik ipar saya.
Ketika ini kami tidak lagi memperkatakan tentang kezaliman adik ipar saya terhadap adik saya tetapi kami berdua bercakap tentang kebaikkan adik ipar sebelum dia berubah menjadi begitu pelik. Sehingga kini kami semua masih tidak faham mengapa dia berubah. Adik ipar saya sangat baik sebelum ini.....dia sayangkan isteri dan anak-anaknya walaupun dia bukan jenis lelaki yang tunjukkan kasih sayang secara terang-terang. Setiap kali dia keluar negara dia akan belikan hadiah yang cantik-cantik untuk adik saya....dia belikan handbag, jubah2 yang cantik, tudung dan macam-macam lagi. Dia tidak pernah lupa. Kalau anak-anak dia nak makan apa....sebut sahaja dia akan belikan. Makan minum sangat mewah dirumah mereka. Jika dia pulang ke kampung kami bila berhari raya.....dia akan membeli berbagai jenis ikan, sotong, udang sehingga penuh satu peti ais. Setiap pagi hari raya...juadah wajib rumah kami adalah laksa. Anak-anak dan adik ipar paling suka makan laksa mak....penuh mulut dia puji laksa mak sedap. Mak saya sangat sayangkan adik ipar saya nie...apa yang dia suka makan, mak saya akan masakkan....sampaikan kadang-kadang kami pura-pura kecik hati sebab dia lebihkan menantu dia daripada anak sendiri. Bila adik bergaduh dengan adik ipar...mak tak pernah menyebelahi adik saya.
Tetapi kali ini mak begitu marah kepada adik ipar.....marah sungguh mak sehingga dia tidak ingin pandang muka adik ipar lagi. Sebelum nie bila adik bergaduh....mak akan nasihatkan dia supaya fikir anak-anak dan mengalah tapi kali nie mak tidak berkata apa-apa langsung. Mak pernah berkata pada saya bahawa dia masih ingat janji adik ipar ketika datang merisik adik saya dahulu. Adik ketika itu masih muda....mengajar sementara disebuah sekolah swasta dimana adik ipar menjadi pengetua. Dia mengajar sementara ketika tengah tunggu panggilan universiti. Gembiranya hati mak bila adik dapat masuk UM tapi tiba-tiba adik ipar hantar rombongan meminang. Mak mahu adik sambung belajar sebelum kahwin...mak tak setuju tapi adik ipar berjanji pada mak 'mak cik jangan bimbang, selepas kahwin saya akan bawak dia ke Mesir untuk sambung belajar...saya nak sambung PHD dan saya benarkan dia ambil ijazah disana'. Dengan berat hati emak lepaskan adik. Selepas 13 tahun.....janji hanya tinggal janji.
Kini adik saya menjadi janda diusia muda....anak lima dan semuanya masih kecil....dan paling malang diceraikan ketika dalam keadaan sakit. Moga Allah beri ketabahan pada dia. Saya yakin pada adik saya dia perempuan yang kuat....dia akan terus hidup demi anak-anak dia.

10 comments:
hanya puji-pujian bagi Allah ..Dia Maha mengetahuidan berkuasa...ada hikmah disbelik yang berlaku...semoga adik terus bersabar..kita mendoakan yg terbaik untuk dia..
Bagus anak dia tu bdaria yg jaga, biar ikut mcm mak sedara dia yg bijak:-)
Nak kata gembira mereka bercerai, zalim pulak rasanya tp itu yg terbaik utk adik kan?
Betul tu, kita kenang kebaikkan dia agar kita tidak mmbenci sepanjang hidup dia, kesian anak2 dia dan tolong beri semangat, nk periksa tahun ni tu.
Dalam pada isteri sedang menempuh kesakitan yang teramat sangat, di waktu anak-anak perlukan perhatian dan kasih sayang, tergamak dia mentalakkan adik anda. Zalimnya dia sebagai seorang suami dan ayah. Tapi, apa yang boleh kita katakan kerana itu adalah hak dan keputusannya.
Walau apapun, kehidupan perlu diteruskan dan yang kita mampu hanya berdoa dan memohon agar adik anda dan putera puterinya sentiasa di dalam rahmat Illahi.
Mak Ngah
moga adik daria diberi kekuatan utk menghadapi hari mendatang...moga mereka sekeluarga dilindungi Allah dunia dan akhirat...
cik bdaria,
saya ingin memohon maaf diatas soalan saya ini tetapi cuma bertanya kerana saya ingin memahami, saya tahu dlm ugama anda jika seorang isteri engkar kpd suami, maka dia akan berdosa, but dlm kes bekas adik ipar bdaria yg sungguh KEJAM ini, adakah peruntukan dlm buku suci anda yg "SI KEJAM" ini akan ke neraka kerana perbuatan yg tidak berperi kemanusian ini.
Maafkan saya, saya sungguh geram.
sekian
CHAN
Salam Zana,
Ya...itu yg terbaik. Ketika ini adik saya sakit so yg penting dia lepaskan satu tekanan dlm hidup dia. Sy harap dia dapat berjuang utk terus hidup demi anak-anak dia. Saya mahu dia besarkan anak-anak dia bukan orang lain....bukan saya.
Salam Mak Ngah,
Memang ketika nie semua org tundingkan jari menyalahkan adik ipar saya sebab kejam ceraikan isteri yang sakit tetapi bagi kami...dia masih ada hati perut sebab sanggup lepaskan adik saya sebab itu yang adik saya mahukan wp sebenarnya adik ipar saya tidak mahu bercerai. So sy tak salahkan adik ipar saya. Untuk itu saya bersyukur sebab kesengsaraan adik saya sudah berakhir dan dia sekarang hanya perlu fokus kepada kesihatannya demi anak-anak dia....itu saja.
Dear Chan,
Kami percaya kepada Hari Pembalasan so setiap perbuatan jahat atau zalim akan terima balasan kelak dan ia akan dihitung oleh Allah. Samaada ia ke neraka atau syurga...itu ketentuan Allah. Hanya DIA sahaja yang mengetahuinya. Kami sebagai manusia berdoa sepenuh hati supaya adik ipar saya berubah dan kembali kepada sifat asal dia. Jika dia berubah...kami lapang dada terima dia semula sebagai ahli keluarga. Kami masih ingat setiap kebaikan dia cuma diwaktu ini Allah uji dia dan dia berubah....besar sebenarnya dugaan yang dia hadapi sebab dia adalah orang yang tahu hukum agama Islam tetapi boleh terpesong dengan sedikit ujian dari Allah. Saya ikhlas berharap agar dia insaf dan sedar kesalahan yang dia lakukan dan kembali semula kepada adik saya. Saya tidak mahu adik saya berjuang seorang diri menghadapi sakit...saya mahu ada seseorang disisinya untuk beri sokongan...dan orang itu adalah suaminya.
setiap hambanya pasti diduga...setiap dugaan adalah agar hamba itu kembali hampir dengan Penciptanya...subhanallah, Tuhan yang maha suci dari sifat zalim dan aniaya....semoga adikmu bersabar dan diberikan hidayah dan petunjukNya!
salam Bdaria.
Saya tak mampu nak komen apa apapun sebab saya tidak pandai. Namun saya sangat berharap adik awak tabah hadapi penyakit. Semuga adik awak berjuang untuk kesihatan dan kita doakan yang terbaik buat dia. Amin..semuga segera sembuh.
Post a Comment