Thursday, July 5, 2012

Anak saudara kena rasuk lagi

Saya sangkakan ia telah berakhir pada hari jumaat lepas. Siap sujud syukur bila dengar anak saudara dah ok. Tapi hari nie rasa lemah kaki tangan dan terduduk dikerusi bila family call....anak saudara kena rasuk lagi tapi kali nie dia lagi teruk sebab sampai ke tahap nak bunuh diri. Dia capai pisau dan cuba tikam diri dia semalam. Kalau dulu dia hanya menjerit dan maki hamun tapi kali nie dia cuba untuk cederakan diri sendiri.

Adik perempuan saya sudah tidak bermaya lagi. Menitis air mata saya.....Ya Allah beratnya dugaan engkau kepada adik saya. Mereka sekarang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan insyaallah rawatan akan dimulakan pada malam ini. Esok rawatan akan bersambung di rumah saya.

Tolong doakan supaya anak saudara saya sembuh dan Allah permudahkan urusan perubatannya. Dia masih kecil....kenapalah manusia nie kejam sangat. Kesihan budak tu.

16 comments:

Mama Mirza said...

Saya doakan Allah permudahkan segalanya.. saya baca kisah sebelum ini.. kasihan dia.. Allah Maha Mengetahui... sabar ya..

Anonymous said...

Salam Bdaria.

Saya doakan agar anak saudara dan juga adik Bdaria cepat sembuh. Sungguh berat dugaan Allah terhadap keluarga adik Bdaria tapi yakin pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

-Ijip-

dari dapur nasya said...

Cik Daria....marilah kita sama2 berdoa semoga segala urusan dipermudahkan ALLAH dan semoga anak saudara Cik Daria cepat sembuh. Amin Ya Rabbil Alamin...

ejaMaria said...

T_T

apa lagi boleh saya katakan selain bersabar...
doa saya agar Along selamat...

di bulan yg baik menuju Ramadhan... baru shj berganti buku... ada juga manusia yg tak berhati perut begitu... tak berfikir kah mereka itu... :(

tunteja said...

sedih! saya doakan dia selamat.. manusia bile x berpegang pd agama ni la dia yer kak. da x ingat dosa pahala.. simpati ataupon kemanusiaan.. smg akan ada hadiah yg lebih byk dan baik yg Allah kurniakan atas dugaan ini kepada adik dan keluarganya .. amin..

CitarasaKu said...

Salam Bdaria...simpati dengan awak dan harap anak saudara awak segera sembuh.Amin

rosmawati abdullah said...

Ya Allah permudahkan segalanya

quinnie said...

hmm dah teruk sgt tu daria sampai nak bunuh diri....semoga Allah permudahkan segala urusan nak berubat nanti ye daria...kena banyak2 bersabar....

bdaria said...

Salam quinnie,

Sebab tulah kami semua pakat panik. Klu takat jerit2 tu boleh tahan lagi tapi klu smpi tahap kena sembunyi semua pisau dan gunting kat umah mmg dah tahap tak boleh nak tahan lagi. Semalam dah berubat....jam 3 nanti sekali lagi. Bila dia smpi kat umah sy semalam, dia mcm dah tak kenal dan peduli saya. Dia hanya merenung tajam kearah saya. Sedih sgt...bila anak saudara yg periang jadi mcm tu.

Chik Mimi said...

Salam Bdaria,semoga tabah menghadapi ujian dari Allah ...,beratnya dugaan yg Bdaria sekeluarga terima,sesungguhnya Allah menyayangi Bdaria sekeluarga
Take care

Anonymous said...

Salam Bdaria,
Kha doakan semoga anak sedara pulih seperti sediakala dgn izin Allah.Bykkan bersabar dgn dugaan ini.
kha,

~~zana@pb~~ said...

Oh...akk ketinggalan kisah sebelum ni sb akk sendiri pun menanggung beban perasaan yg x dpt diluahkan. Kdg bila terlampau stres boleh jd histeria. Mudah2an tidak berpanjangan ye bdaria....bnyk2 berdoa.

Anonymous said...

kasihan kepada anak kecil yang tak berdosa. Sy tak faham kenapa orang islam tidak pernah muhasabah diri. selalu berhati busuk, tidak puashati dengan kebahagian dan kekayaan orang lain. Sepatutnya tengok orang lain senang kita tumpang bahagia, dan doa moga kita juga bahagia dan senang macam orang lain.

Moga orang yg kianat akan mendapat balasan dan kemurkaan Allah kerana bersubahat dengan syaitan dan iblis.

sy doakan dugaan kepada anak ini dan ibunya akan berakhir dengan mendapat keredhaan, hidayah dan petunjuk Allah swt - rie

Anonymous said...

UST.PROF.DR(H)HAJI JUMADI BIN MUSTAR
sila lihat youtube ceramah beliau jika nak kenal siapa yang saya maksudkan.patut ke saya beri alamat dan no telefon pusat rawatan darul ilaaj ni. tempat ni berada di pasir gudang johor..saya tahu cik Daria dah mulakan berubat dan patut meneruskan sahaja walau,tak nampak kesan perubahan sangat..janji jangan kita pergi pada yang salah..bersabar yea..
mohon maaf jika kata2 saya ni salah.

Anonymous said...

UST.PROF.DR(H)HAJI JUMADI BIN MUSTAR
sila lihat youtube ceramah beliau jika nak kenal siapa yang saya maksudkan.patut ke saya beri alamat dan no telefon pusat rawatan darul ilaaj ni. tempat ni berada di pasir gudang johor..saya tahu cik Daria dah mulakan berubat dan patut meneruskan sahaja walau,tak nampak kesan perubahan sangat..janji jangan kita pergi pada yang salah..bersabar yea..
mohon maaf jika kata2 saya ni salah.

Anonymous said...

UST.PROF.DR(H)HAJI JUMADI BIN MUSTAR
sila lihat youtube ceramah beliau jika nak kenal siapa yang saya maksudkan.patut ke saya beri alamat dan no telefon pusat rawatan darul ilaaj ni. tempat ni berada di pasir gudang johor..saya tahu cik Daria dah mulakan berubat dan patut meneruskan sahaja walau,tak nampak kesan perubahan sangat..janji jangan kita pergi pada yang salah..bersabar yea..
mohon maaf jika kata2 saya ni salah.