Tuesday, July 3, 2012

Kisah exam dan anak saudara kena rasuk

Alhamdulillah....lega sungguh sebab exam dah habis semalam. Seminggu lepas saya ambik cuti untuk study. Sebenarnya saya rasa amat letih sepanjang 2 tahun ini dimana tumpuan terpaksa dibahagikan kepada pengajian undang-undang dan bebanan kerja. Dalam jabatan saya....kebanyakan pegawai harus menghabiskan 4 paper Law sebelum dibenarkan berada dalam jabatan ini tetapi saya dan beberapa kawan dalam special case....dihari pertama bertugas kami telah diletakkan dijabatan ini dan kini terpaksa ambik 4 paper law tersebut sebab ia adalah syarat wajib perjawatan. Bekerja sambil belajar....secara peribadi saya sudah tidak boleh terima. Tumpuan kerja mula terjejas...boss mula komplain. Tambah pula boss kami nie adalah jenis manusia kelam kabut....cepat panik....bila dia panik, dia main 'serang' je pegawai-pegawai tanpa asal usul.....baru-baru nie selepas sebulan masuk kelas Law....hari pertama masuk ofis saya dapat memo....boss bagi memo sebab dia kata saya lambat selesaikan satu kes. Bila saya berjumpa dengan dia dan minta penjelasan atas asas apa saya diberi memo sedangkan sebulan saya tidak berada dalam ofis sebab masuk kuliah undang-undang....tiba-tiba hari pertama masuk ofis saya diberi memo....ia tidak adil buat saya. Dia teragak-agak nak jawap dan menyalahkan kuliah undang-undang itu yang mengambil separuh tumpuan dan masa saya. Itu masalah saya ke....bukan saya yang gatal-gatal nak ambik paper tu.....ia paper wajib perjawatan yang saya terpaksa ambik malah semua pegawai terpaksa ambik....malah boss saya sendiri pun terpaksa ambil dulu. Bila dia gagal bagi jawapan memuaskan kenapa dia keluarkan memo pada saya....saya mula rasa meluat dan menyampah nak tengok muka dia.

Seminggu lepas saya ambik cuti untuk study (jika ikutkan saya tak perlu ambik cuti sebab exam ini adalah sebahagian daripada kerja tetapi saya tidak mahu tumpuan terganggu jika saya berada dalam pejabat) wlaupun boss tak bagi cuti sebab dia kata 'hari sabtu dan ahad...takan u tak boleh study'. Saya cakap kat dia exam nie adalah termasuk dalam tugasan saya sebagai pegawai kenapa saya nak ganggu masa peribadi saya untuk kerja.

Hari khamis lepas saya berada di library bila tiba-tiba emak saya telefon. Dia beritahu anak saudara saya (anak sulung adik saya yang ke 2) sakit. Dia mula-mula kena histeria kat sekolah....dan bila dibawa balik ke rumah....keadaannya bertambah teruk. Dia bukan kena histeria tetapi telah dirasuk jin. Dia menjerit dan memaki hamun. Emak dan bapa saudara cuba bawak dia ke sekolah tahfiz untuk berubat....masa pujuk untuk masuk dalam kereta....anak saudara saya mula menjerit dan memaki hamun....'aku tak nak ikut....engkau orang semua nak pergi berubat budak nie....aku tak nak naik kereta tu'. Emak saya cakap ia ambik masa nak tarik dia masuk kereta....sampaikan semua ustaz kat sekolah tahfiz terpaksa ikat anak saudara untuk bawak balik ke tahfiz.

Ketika di tahfiz, anak saudara dikurung dalam bilik sebab dia sentiasa nak lari dan meraung. Para pelajar tahfiz telah membaca Al-Quran tanpa henti selama 3 hari dan 3 malam berturut-turut. Mereka bergilir-gilir membaca Al-Quran. Ketika emak saya telefon (hari khamis pagi) anak saudara masih tidak sedarkan diri.....ia masih dirasuk. Anak saudara tidak makan, mandi dan tidur selama tiga hari. Emak mula menangis sebab dia tak sanggup tengok keadaan anak saudara yang lemah dan tidak bermaya. Bila dia dirasuk....dia jadi kuat dan memaki hamun tetapi bila anak saudara kembali ke diri sendiri, dia akan panggil 'Opah.....along sakit", 'alang (bapa saudara saya)....duduk dekat along, jangan tinggal along'. Ketika dia sedar....emak suapkan makanan dalam mulut dia tetapi bila dia dirasuk semula....dia akan muntahkan makanan tu sambil meraung berkata 'aku nak bunuh budak nie......tuan aku suruh bunuh budak nie.....tuan aku nak hancurkan keluarga nie".

Semasa dirasuk....bila bapak saudara saya tanya siapa yang 'hantar'.....anak saudara yang dalam keadaan dirasuk menjawap ' tuan aku bernama Axxx, dia nak hancurkan keluarga nie....dia suruh aku kacau budak nie'. Bila ditanya apa jenis kereta yang tuan dia pakai. Dia jawap dengan tepat dan dia beritahu kenapa tuan dia benci sangat dengan keluarga adik saya. Orang itu adalah pekerja adik tadika adik saya, yang dilatih selama 5 tahun...seorang OKU yang merayu supaya diberi pekerjaan sebab hendak bantu keluarganya yang susah dan dia hendak berdikari sendiri tanpa belas kasihan orang. Adik saya bagi peluang dan latih dia untuk jadi timbalan pengetua. Hantar dia pergi kursus pengurusan tadika. Dapatkan dia lesen tadika supaya bila ada modal dia boleh tubuhkan tadika sendiri. Atas dasar nak bantu orang OKU. Tetapi kebaikan adik disalah guna.....dalam diam-diam dia mula curi-curi tengok akaun tadika, dia mula curi tengok kutipan tadika.....dia mula dengki, dia mula hasut guru-guru tadika supaya berhenti. Dia mula hasut ibubapa pelajar supaya pindahkan anak-anak mereka ke tadika yang dia akan buka tidak jauh dari tadika adik. Dia jumpa setiap ibubapa pelajar dan berikan risalah tentang tadika barunya itu ketika masih bekerja sebagai timbalan pengetua. Apabila adik dapat tahu....dia berhentikan guru ini dan adik ipar ambik tindakan mahkamah. Akibat perbuatan khianat guru tadi, tadika kehilangan 40% pelajar untuk tahun ini dan kehilangan hampir 60% guru tadika yang telah dihasut. Tidak cukup dengan itu dia guna ilmu hitam terhadap keluarga adik....sungguh menakutkan. Semoga Allah membalas perbuatan buruk dia.....kami serahkan semuanya kepada Allah. Tiada dendam dan balas membalas.

Kembali kepada kes anak saudara saya tadi....sehingga ke malam khamis, keadaannya masih tidak berubah. Saya mula tidak boleh study dan balik semula kerumah. Call semua adik-adik saya dan kami berbincang bagaimana nak bantu anak saudara. kami bercadang nak cari seorang ustaz yang berubat secara islam untuk mengubati anak saudara dan bawa ustaz ini ke Terengganu. Keesokkan paginya.....emak sekali lagi telefon....alhamdulillah anak saudara sudah pulih. Setelah 3 hari berturut-turut para pelajar dan ustaz-ustaz tahfiz membaca al-quran, jin yang berada dalam badan anak saudara menjadi lemah dan kepanasan. Dalam jam 3 pagi (jumaat), anak saudara meraung dengan kuat sambil menjerit 'aduhhhh aku sakit....aku sakit' berulang-ulang kali sambil suruh ustaz yang tengah baca surah Al-Baqarah berhenti membaca.  Anak saudara saya berguling-guling sakit sambil tekan-tekan perutnya. Ketika itu bapa saudara saya yang berada disebelah anak saudara menangis sebab tidak tahan tengok. Anak saudara menjerit sambil berkata "Alang....tolong along alang....along sakit sangat....along sakit perut". Bila dia dirasuk dia akan guna perkataan 'aku' tetapi bila kembali ke diri sendiri...anak saudara saya akan guna 'along'. Selepas mengelupur kesakitan dari jam 12 malam sehingga 3 pagi akhirnya anak saudara muntah dengan teruk.....muntah begitu banyak sehingga bau busuk muntah memenuhi bilik tersebut....bau busuk yang sangat busuk. Kemudian anak saudara mengadu sakit kepala....ustaz masih teruskan bacaan surah al-baqarah berulang-ulang kali sehinggalah jam 4 pagi barulah anak saudara diam. Dia bangun terpingga-pingga dan bila bapa saudara saya tanya 'ini siapa' dia bagitau "ini alonglah...alang". Bapa saudara saya suruh dia pergi ambil air sembahyang dan sembahyang sunat serta bagi alquran untuk dia baca. Alhamdulillah dia sembahyang dan baca al-quran sehingga subuh. Bila selesai sembahyang subuh dia kata pada bapa saudara "Along penat sangat alang....Along nak tidur". Anak saudara tidur sehingga ke tengahhari. Semasa emak telefon....anak saudara masih tidur. Leganya hati saya Allah sahaja yang tahu......syukur sangat.

Anak saudara saya baru berusia 12 tahun. Ini kali kedua budak tu terkena musibah akibat tadika emaknya. kali pertama ketika berusia 7 tahun....apabila dia diculik ketika pulang dari sekolah dan di lepaskan dikawasan yang jauh dari bandar Dunggun oleh seorang lelaki yang merupakan suami bekas guru tadika yang hanya bekerja 2 hari kemudian suruh suami datang jumpa adik mintak gaji....dia minta gaji dibayar penuh....dia ugut adik tetapi adik hanya bayar gaji untuk tempoh dia kerja sahaja iaitu 2 hari. Dia marah dan culik anak saudara. kemudian lelaki tak guna tu telefon adik sekali lagi minta supaya bagi lagi RM200 jika tidak lain kali dia akan buat lebih teruk. Kali nie dia hanya lepaskan anak saudara dan minta dia berjalan balik kebandar Dunggun ditengah hari yang panas. Adik bayar RM200 dan tidak lapurkan hal ini kepada polis sebab tidak mahu terus diganggu oleh lelaki ini.

Bila keadaan reda....barulah saya kembali study. Pagi exam....ketika drive untuk pergi ke Akademik, tidak pernah lagi kejadian ini berlaku pada saya. Selama 2 tahun saya duduk berulang alik dari rumah ke Akademik tiba-tiba pada hari exam saya sesat. Saya terlepas simpang yang sepatutnya saya masuk. Akibatnya saya berpusing-pusing ditengah bandar kat situ dan saya tersangkut dekat jam. Mujur saya rakam nota-nota dan kes-kes penting dalam handphone....dalam kereta saya pasang earphone dan dengar nota tersebut. Sampai sahaja di dewan peperiksaan....baru saya perasan yang saya bawa semua pen hitam dalam bekas pen. Bila jawap soalan exam selalunya saya suka guna pen biru.....tapi kali nie saya jawap guna pen hitam. Hati dah berdebar-debar sebab dari pagi saya asyik buat mistake sahaja.....bila kertas soalan diletakkan atas meja....alhamdulillah semua topik yang saya fokus. Saya jawap dengan senyuman. Lega.....hope kali nie saya tak perlu ulang ambik exam nie lagi.


7 comments:

ejaMaria said...

sampai nya hati manusia itu... namanya OKU, masih tak sedar ke kekurangan diri sampai kan ada hati nak menganiaya hidup org lain...

kasihan anak buah bdaria itu... kecil lagi dah diuji hingga mcm tu sekali... mudah-mudahan dia akan jadi anak lelaki yg lebih kuat lagi mental dan fizikalnya... Amin

bdaria said...

Salam Eja,

Anak saudara saya tu pompuan. Budak tu memang tabah.

Anonymous said...

Ya Allah...banyaknya ujian. Saya doakan semoga anak saudara bdaria serta keluarga dilindung Allah dan dirahmati. Menitis baca sbb terbyg seorg anak usia 12 thn menderita disebabkan org yang dengki dan sakit otak..

ejaMaria said...

owh... maaf... saya sangka lelaki...

bdaria said...

Salam Anonymous,

Dugaan yang menimpa adik saya berturut-turut. Moga dia insaf dan redha dengan musibah ini. Allah menyayangi dia sebab itu Allah uji supaya dia boleh musabah diri.

quinnie said...

itu la hakikat didunia ni sebenarnya..memang ada yg berperangai macam ni....suka khianat org sampai tak ingat syurga dan neraka..moga kita tidak tergolong dalam golongan org yg sebegini....

~~zana@pb~~ said...

Inilah yg akk runsingkan, manusia yg berpura2 baik rupanya menjadi gunting dlm lipatan.