Thursday, August 16, 2012

Balik raya mana?

Pagi nie keluar rumah seperti biasa 6.45 pagi...selalunya Kota Damansara dah start jam dekat simpang trafik light menghala ke Surian Tunnel tapi pagi nie lengang. Wah ramai dah bercuti rupanya....saya cuti esok. Perancangan nak balik awal-awal pagi lepas subuh tapi semalam terima panggilan dari doktor nak jumpa saya jam 9 pagi so nampaknya saya kena balik Pahang lepas jumpa doktorlah nampaknya.

Pagi nie masa mendengar radio selain dari merasa sedih mendengar berita kematian budak yang didera oleh teman lelaki ibu budak tu...saya juga tersenyum bila mendengar kisah "balik mana raya nie...rumah keluarga suami atau rumah keluarga isteri" di bicarakan di radio pada pagi nie.

Walaupun saya belum berkahwin dan tidak pernah menghadapi masalah ini....tapi saya ingin kongsikan sedikit cerita berkaitan dengan topik itu. Sepatutnya ia nya mudah sahaja kan.....tahun nie kampung isteri dan tahun depan kampung suami tapi realiti ia bukan semudah itu. Perkara nie berlaku pada adik ke tiga saya (Atih). Atih berkahwin sebaik sahaja habis belajar di UM...berkahwin bukan atas dasar cinta tetapi diuruskan oleh bekas adik ipar (suami Atih adalah rakan baik bekas adik ipar).

Atih adalah adik yang paling saya sayang sebab Atih adalah seorang perempuan yang sangat lemah lembut...terlalu baik hati dan susah nak sebut "tidak atau tidak boleh atau tidak mahu". Sebab terlalu baik, Atih selalu dibuli....selalu 'dibuli' oleh adik-adik saya yang lain dan bila kerja dia 'dibuli' oleh rakan sekerja dan pengetuanya. 

Saya kakak yang garang kalau dirumah....adik-adik saya terutama yang lelaki memang nakal sungguh masa kecil-kecil dulu. Mereka selalu tidak mahu basuh kasut sekolah sendiri. Selalunya saya akan panggil dan suruh mereka basuh kasut sekolah tetapi bila mereka tidak basuh jugak...saya takan tolong basuhkan walaupun saya tahu nanti hari Isnin mereka akan dirotan oleh cikgu. Tapi Atih....hati dia lembut, mulut dia sahaja membebel bla...bla....bla tak henti-henti... memarahi adik2 tidak basuh kasut sekolah tetapi tangan dia gosok dan bersihkan kasut tu sebab itulah adik-adik saya suka sangat 'buli' Atih. Adik lelaki saya yang bongsu (manja terlebih) belajar di vokasional....masa cuti panjang dia asyik main sahaja tiba-tiba bila esoknya nak balik sekolah baru dia sedar yang dia tidak buat tugasan yang pengajar dia bagi. Dia boleh pujuk Atih buatkan tugasannya yang berkaitan dengan enjin kereta sedangkan Atih masa tu adalah pelajar Al-Quran dan Hadis di UM. Atih walaupun mulut dia bising memarahi Usu yang tersengih-sengih macam kerang busuk tapi dia tetapi duduk dan mengadap komputer sambil membaca buku-buku rujukan berkaitan dengan enjin kereta. Dia bantu Usu siapkan tugasan.... seharian sampai ke tengah malam. Keesokkan harinya bila Usu dah balik ke Vokasional....dia kata ' Atih rasa macam dah terror bab enjin kereta...rupanyakan enjin kereta nie bla...bla bla". Dia boleh bercakap tentang enjin kereta dengan saya tanpa sedikitpun merungut tentang letih sebab tidak tidur semalaman atau marah sebab Usu buli dia.

Itulah Atih....sebab itulah sehingga kini kalau saya nak tahu khabar adik-adik saya....saya cuma call Atih dan dia boleh beritahu semua berita terkini adik-adik saya sebab mereka semua rapat dan manja dengan Atih. Walaupun mereka dah kahwin dan berkeluarga tetapi bila ada masalah Atihlah tempat mereka mengadu.

Bila Atih berkahwin....Atih tetap dibuli sebab sikap baik dan mengalah dia. Dia dan suaminya sudah berjanji bahawa setiap tahun mereka akan bergilir-gilir...tahun nie raya Pahang (rumah kami)....tahun depan raya Perak (rumah suami dia) tetapi bila tiba raya....Atih akan menangis setiap kali raya bermula dari tahun baru kahwin sampailah sekarang walaupun anak sudah masuk 4. Semalam Atih baru sahaja menangis mengadu pada saya....ahhhhhhh tiap-tiap tahun bila raya beginilah nasib Atih. Masalah Atih bukan suaminya tetapi dengan Emak dan Bapa mertuanya. Suami Atih adalah anak bongsu.....Emak dan bapa mertuanya sedaya upaya tidak akan benarkan anaknya (suami Atih) bercuti atau beraya di rumah kami. Ada sahaja "drama sebabak" yang mereka akan lakonkan supaya anaknya beraya di Perak. Kesian Atih....bila sudah berada dirumah mertua.....bajunya tidak pernah kering....sentiasa berada di dapur melakukan kerja-kerja rumah tanpa henti (dibuli oleh ipar duai dan adik beradik suaminya). Dia dibuat seperti orang gaji.....mereka berkumpul ramai-ramai...bergelak ketawa bercerita tetapi Atih berada didapur siapkan hidangan atau basuh pinggan mangkuk.....itulah kerja Atih setiap tahun dan setiap kali raya.

Pernah sekali kalau tidak silap saya 3 tahun lepas masa raya Aidilfitri....masa tu kalau ikut perjanjian mereka.... raya adalah turn rumah kami. Emak sangat happy sebab tahun tu Atih anak beranak dapat beraya dengan dia....macam-macam mak masak...senyum je muka mak sebab gembira sangat. Malam raya...bapa mertua Atih buat 'drama swasta' menelefon anak dia sambil nangis-nangis. Atih lari keluar bilik dia dan muka Atih mula berubah. Esok pagi raya....lepas sahaja sembahyang raya saya tengok adik ipar masukkan beg-beg pakaian dalam bonet kereta....dia masukkan semua anak-anak dia dalam kereta dan mulanya Atih ikut masuk dalam kereta....dan kereta mula bergerak tinggalkan kami yang hanya mampu memandang dan wajah mak yang kesedihan sebab inilah kali pertama dia dapat beraya dengan Atih. Tiba-tiba sahaja kereta berhenti dan suami Atih keluar dari kereta....bukak bonet lalu keluarkan satu beg dan lempar beg keluar. Tinggal Atih seorang berdiri dengan beg....suami dia terus pandu kereta balik Perak bersama dengan anak-anaknya. Kami semua tergamam tengok drama sebabak tersebut.

Lepas tu Mak pujuk Atih supaya ikut sahaja kehendak keluarga suaminya.....mengalah. Akibatnya setiap tahun Atih tidak pernah beraya bersama kami. Semalam bila dia telefon mengadu....saya hanya mampu mendengar sahaja. Saya tahu dia rindukan Mak....dia rindukan ketupat dan rendang yang mak masak.....dia rindukan kesibukan dapur pada malam raya bersama kami adik beradik bergurau senda. Saya pujuk dia sambil berkata tak apa nanti raya ke tiga kita jumpa....tapi sudah tentu tidak sama suasananya bukan?. Raya ketiga....Ucu akan balik Singapore bekerja....Acik akan balik Johor rumah keluarga isterinya dan yang tinggal saya, Angah dan Uda sahaja....dah tentu tak sama....Ucu masih belum pernah tengok muka anak Atih yang keempat.

Bila saya dengan pelbagai cerita yang disampaikan oleh pendengar kepada DJ berkenaan topik 'beraya dimana tahun nie" saya hanya tersenyum sendiri. Setiap orang ada cerita masing-masing. Cakap mudah 'buatlah sistem bergilir'....tapi realitinya ia amat payah dilaksanakan terutama jika melibatkan campurtangan ibubapa yang bersikap keanak-anakan.

8 comments:

Aniem said...

Kasihannya atih..:( husband saya pun anak bongsu.Takut bila baca kisah ni..huhu..

bdaria said...

Salam Aniem,

Berdoa sahajalah supaya ibubapa suami Aniem tak ada bakat berlakon drama. Mudah-mudahan mereka adalah orang yang jenis bertimbangrasa dan boleh bertolak ansur. nasib manusia nie lain-lain so tak perlulah takut...mungkin takan kena pada Aniem.

Rin said...

Sian Atih.... Ngan mak Bdaria.
Coz kita pun mesti nak raya ngan adik beradik kita kan...
Bagi saya, kecuali kematian, or ada nak pergi haji, boleh tukar giliran. Kalau x, setakat ni, berbelas tahun, memang ikut betul2.

bdaria said...

Salam Rin,

kalau boleh semua orang nak macam tu...dapat berkumpul dengan adik beradik yang hanya setahun sekali pun nak berkumpul bersama.

sitiebby said...

Askum kak bdaria,

kesian dgn atih dn mak akak. smua org teringin nak berkumpul bsama adik2 lain jg.
sy msh bnasib baik kerna 4 thn kawen, msh amalkan sistem bgilir. tp yg memungkin mentua xblh buat drama swasta kt hubby, sy guna tambang percuma utk blk kpg bg gomen staff. so, xblh nak buat la. yg kes ipar duai buli tue, teruk la, mmg sedih bc part tue. sy doa moga atih dpt braya bsama family akak dan dpt keadilan yg setimpal.

quinnie said...

tak pe la atih....di akhirat nanti Allah akan jadi hakim bagi segala galanya...tapi kelakuan ibu bapa yg sebegini sungguh tak patut....sepatutnya lebih bertolak ansur...

selamat hari raya aidilfitri buat daria sekeluarga...mohon maaf andai ada tersalah kata sepanjang perkenalan kita :)

bdaria said...

Salam Q,

Terima kasih. Selamat Hari Raya dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika ada salah dan silap saya terutama dalam penulisan di blog.

ejaMaria said...

kesiannya dengan Atih... tak tau nak kata apa... :(

Selamat Hari Raya utk bdaria sekeluarga...