Wednesday, August 29, 2012

Cerita raya 2012

Bagaimana dengan sambutan hari raya anda....meriah???.....diharapkan agar semuanya meriah dan seronok berkumpul bersama keluarga. Keseronokan hari raya bagi orang dewasa seperti kita semua adalah apabila dapat berkumpul bersama dengan adik-adik dan ahli keluarga...sahabat handai yang hampir bertahun atau setahun tidak berjumpa. Masa inilah kita hendak berkumpul semula dan merasai masakan ibu tercinta. Seronokkan....

Saya mula ambik cuti pada jumaat 17hb tapi sebab ada urusan pada pagi harinya maka saya terpaksa tunda dan balik pada pagi Sabtu. Inilah saya nak cerita....lepas nie taubat dah tak nak balik sehari sebelum raya....seksa gila. Malam sabtu...saya dah tak senang tidur...suasana kat apartmen sunyi sepi.....jam 1 pagi saya boleh bangun dan pandang ke arah lebuhraya sungai buluh....kenderaan banyak dijalan....ramai yang bertolak balik ke kampung pada jam ini.

Saya cuba baring semula di katil tetapi tidak lelap....saya bangun dan ambik air sembahyang pastu sembahyang dan baca AlQuran. Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi....sekali lagi berdiri di tepi tingkap dan tengok kenderaan bertali arus...masih sibuk. Hati bergelonjak untuk turut sama berada dijalan raya tapi bila fikir perasaan takut melalui jalan kampung dalam jam 5-6 pagi maka saya tahan. Jam 3.30 pagi saya mandi dan bersiap sedia untuk balik. kononnya kalau sampai kat Temerloh dalam jam 6 pagi....kira OKlah dan dapatlah berehat serta sembahyang subuh kat sana sebelum bertolak balik ikut jalan kampung.

Saya bertolak dari apartment dalam jam 4 pagi dan wahhhhhh.....jalan lenggang sehinggalah ke Tol Gombak. Lepas sahaja dari Tol Gombak dan dalam 10 minit gitu....jalan mula jam....kereta mula bergerak macam siput. Tiga jam berlalu....saya masih berada di Lebuhraya Karak....kaki lengguh tekan brek.....rasa macam nak tercabut. Nak terkencing tak terhingga....sampai mengigil badan....masa tu mahu sahaja berhenti ditepi jalan dan 'lepaskan seksa' tersebut tetapi ramailah pulak yang berhenti dan buka bekalan makanan untuk bersahur. Dalam hati.....sabar-sabar tunggu sampai ke Petronas yang ada Restoran D'Paya Serai supaya boleh bersahur sekali. Bila tengok signbord Petronas....hati rasa lega sungguh tapi bila hampir sampai.....kereta bersusun nak masuk ke Petronas sampai tutup 2 link jalan lebuhraya....tak ada peluang nak masuk....jam sudah tunjukkan pukul 7 pagi.

Akhirnya saya teruskan drive sehinggalah sampai ke perhentian R& R....walaupun tak ada tempat nak parking saya dah tak peduli....saya parking kereta kat tepi lebuhraya dan kemudian berjalan kaki ke arah R & R....rasanya kalau masuk marathon berjalan kaki mesti saya menang tempat pertama....betapa lajunya saya berjalan menahan 'seksa' nak terkencing yang amat sangat. Nampak sahaja sign toilet rasa macam nampak piala hadiah pertama.....meluru ke arah toilet....dan sesampai sahaja disana....Q punyalah panjang....masa tu nak menangis pun ada.....subuh tak sembahyang lagi.....tidak bersahur dan sekarang kena beratur panjang hanya untuk kencing wahhhhhhhh seksanya. 30 minit beratur....rasanya masa nie saya dah tak berdiri tegak.....asyik terbongkok-bongkok wp saya cuba main game kat handphone bagi melekakan masa dan 'seksa'. Sampai turn berdiri kat pintu depan toilet....masa nie kesabaran saya mula terbakar....agaknya inilah keadaannya bila manusia tidak ada adap.....berdiri depan pintu masuk toilet dan tunggu turn....BUKAN potong Q dan berdiri depan toilet Cubicle....masa nie saya jeling maut kat budak perempuan muda yang potong Q dan berdiri depan toilet cubicle....akhirnya bila salah pintu cubicle dibuka...saya cepat-cepat masuk.

Saya teruskan drive....trafik sedikit lenggang selepas Bentong dan akhirnya saya sampai ke rumah dalam jam 10 pagi. Perjalanan balik kampung yang biasanya mengambil masa 2 jam 30 minit telah menjadi 6 jam gara-gara balik sehari sebelum raya. Sesampai di rumah...saya ambik handbeg dan bagi salam.....nampak sofa dan terus baring....terlelap sehingga jam 12 tengahhari.

Bila bangun....tengok anak-anak saudara yang kecil-kecil tengah main game laptop kat sebelah saya. Mereka berebut laptop yang satu tu....saya keluarkan handphone dari handbeg dan bagi pada mereka dan suruh mereka ambil beg laptop saya dalam kereta....melompat seronok bukan main lagi.

Saya ke dapur....mak gelak tengok saya....'penat sangat ke' dia tanya. Saya ceritakan tentang jam dan seksa tahan kencing. Semua pakat gelak. Mak tengah balut ketupat daun palas pulut hitam...dibantu oleh 2 orang anak saudara dan adik ipar (tengah belajar membalut bukan bantu sebab Mak asyik kena ulang setiap step untuk tunjuk kat mereka).

Saya ambik sehelai daun palas dan berdiri sebelah mak untuk tengok step by step cara balut ketupat daun palas. Untuk pengetahuan anda....sampai sekarang saya masih belum mahir balut ketupat walaupun setiap tahun mak saya ajar dengan sabar sampaikan mak saya kata pada cucunya ' kalau masa Opah belajar dulu...monyang kamu sangat garang...kalau opah salah balut, monyang akan ambik ketupat tu dan tonyoh ke muka opah". Anak-anak saudara saya pakat gelak....itulah mak saya. Dia nie suka bercerita dan selalunya kami tak pernah boring kalau dapat dengar dia bercerita.


OK siap satu balutan ketupat palas....rasanya balutan saya nie tak betul tapi tak kisahlah asalkan bila rebus dia tidak terkeluar isi. Inilah hasilnya kerja tangan saya.....saya hanya siapkan 5-6 biji sahaja lepas tu saya bangun untuk tengok adik lelaki dan adik ipar saya yang sedang potong daging ayam dan daging lembu untuk dibuat rendang. Bukan main meriah lagi mereka bersembang sampai tak sedar saya berdiri kat sebelah mereka.
 
Ketupat yang telah siap dibalut dan tugas mengunting diserahkan kepada imah (anak saudara yang berusia 9 tahun). Senangkan kerja kalau ramai orang nie....semuanya cepat sahaja siap. Anak-anak saudara pulak berebut-rebut nak tolong.


Ok inilah ketupat palas pulut hitam yang siap direbus....kalau ada yang terkeluar isi tu adalah hasil tangan 'pelajar baru' iaitu adik ipar saya (first time dia cuba membalut ketupat). Adik ipar saya nie memang kasihan sebab kematian ibu ketika dia kecil dan kemudian ayah kahwin baru.....bila raya dia akan ditinggalkan sendirian di rumah sebab ayahnya balik beraya dirumah isteri barunya. Bila berkahwin...memang dia seronok sangat sebab dapat bantu dan sama-sama kelam kabut kat dapur bersama keluarga kami. Dia kata inilah kali pertama dia merasa seronok beraya.


Bila tengok semua kerja sudah hampir selesai dan tunggu untuk bakar lemang sahaja....saya duduk di kerusi santai kat porch depan rumah. Emak saya datang dan duduk sebelah saya. Saya berkata kepada mak....Mak ingat tak dulu mak pernah kata kepada kami bahawa mak nak lihat anak-anak mak berjaya dan bawak balik seorang sebiji kereta bila raya. Impian mak sudah tercapai tahun nie.....mak saya senyum sahaja sambil tengok 6 biji kereta yang tersusun didepan rumah. Bukan  jenama kereta yang hendak dibanggakan tetapi bagi seorang ibu...asalkan anaknya hidup senang dan berjaya....ia sudah mencukupi.

Masa duduk bersembang dengan mak....adik bongsu saya balik dengan menunggang motor Honda buruk. Dia senyum tengok saya..."dari mana"saya tegur dia. "Dari rumah ummi"jawap dia ringkas sambil masuk kedalam rumah untuk tukar pakaian dan keluar kelaman belakang rumah untuk sediakan tempat bakar lemang. Memang tiap-tiap tahun tugas dia adalah membakar lemang.

Adik bongsu saya nie baru berusia 24 tahun....dalam family hanya saya dan dia sahaja yang mempunyai badan berangka besar dan tinggi ikut arwah ayah...adik2 saya yang lain semuanya ikut badan mak. Dalam adik beradik, hanya dia sahaja yang tidak memasuki universiti...dia hanya belajar setakat diploma tetapi biarpun dia tidak berpelajaran tinggi....dia adalah yang terbaik. Wanita yang dipanggil Ummi tersebut adalah emak arwah kawan baiknya. Semasa dia masih belajar di Kuantan 4 tahun lepas, kawan baiknya meninggal duni selepas dilanggar oleh lori dan meninggalkan ibu yang telah tua. Adik saya sebaik sahaja dapat berita kematian rakan baiknya itu terus pecut motor balik dari Kuantan dan sesampai ke rumah kawannya, dia menangis teresak-esak macam budak kecil. Dia mandikan jenazah dan dia juga yang turunkan jenazah diliang lahad. Selepas itu dia jadi murung selama seminggu dan ponteng sekolah. Selepas kematian kawan baiknya....setiap kali balik ke kampung...dia akan pergi jenguk emak arwah kawan baiknya itu yang dipanggil Ummi dan setiap kali raya dia akan pastikan semua keperluan raya kat rumah Ummi mencukupi.

Adik bongsu saya (Ucu) nie mula bekerja di Singapore 2 tahun lepas. Gaji pertama yang dia perolehi, dia telefon mak dan tanya mak nak apa. Tahun nie dia belikan TV LCD bersaiz 42 inci dan seutas jam tangan berjenama untuk Mak. Emak tunjukkan jam tangan tersebut pada saya...saya senyum gembira...alhamdulillah adik saya tidak lupa diri. Dia masih Ucu yang manja dan sangat sayangkan Mak...dia masih peluk mak dan tidak malu tidur di riba mak. Bila dia bawak balik kereta baru....kami bergurau bahawa tahun depan dia boleh bawak balik orang rumah pulak tapi dia kata 'adik nak beli rumah dulu'. Dia lebih berwawasan...dia tidak seperti abangnya... Acik (adik ke 5) belajar sehingga tahap Master diluar negara dengan tajaan SIMA (sister and Mother) tetapi baru balik Malaysia 4 bulan dah sibuk nak kahwin...dan sekarang sudah beranak satu. Bezakan..... Sampai sekarang saya belum pernah menerima sebarang hadiah daripada Acik walaupun sehelai kain batik tapi hati saya tetap lega bila tengok isteri dia baik dengan mak....cukuplah.

Bila unggun api dan tempat bakar lemang siap disediakan oleh Ucu....saya dan mak masuk dalam rumah dan meneruskan aktiviti memasukkan beras pulut dalam buluh lemang dan menyediakan santan. Lemang-lemang siap disusun ditempat pembakar. Saya dan adik ipar mula buat rendang....masing-masing satu jenis rendang.

Meja makan 8 kerusi ditolak ketepi dan kami bentangkan tikar besar. Macam kenduri....ketupat dan rendang dihidang. Nasi dan lauk pauk dibuat 3 hidangan. Air untuk berbuka dibuat sampai 4 jenis. Saya buat sirap bandung satu jag besar, sirap limau, sunquick dan tea panas. Masing-masing pakat dahaga air sebab panas membahang dan panas api tempat bakar lemang. Seronoknya berbuka puasa ramai-ramai dan berebut-rebut ambik makanan....terasa macam kami kecil-kecil dahulu.

Lepas berbuka....semua ambil air sembahyang sebab kami akan sembahyang berjemaah tak kira besar atau kecil. Tahun nie anak saudara emak (mak saya bela dari umur 7 tahun dan tanggung perbelanjaan pengajian) ikut balik bercuti dengan kami. Hafiz berusia 20 tahun, baru sahaja balik dari Indonesia sebab dia belajar disana dalam bidang hafalan Al-Quran. Hafiz jadi imam.

Masa kami tengah sembahyang maghrib dan ketika masuk ke rakaat yang ke tiga....tiba-tiba Mariam ketawa mengilai....dia masih duduk di sejadah. Kami teruskan juga sembahyang tanpa pedulikan dia manakala anak-anak saudara yang kecil mula berhenti sembahyang dan pandang Mariam.

Hafiz bagi salam....dan kami juga bagi salam...sebaik sahaja habis bagi salam....Mariam tiba-tiba bangun dan menerpa ke arah iron board dan angkat iron untuk dihembuk  atas kepala bapa saudara saya. Acik, Ucu, adik ipar dan hafiz melompat bangun dan terpa ke arah Mariam. Mariam menjerit lagi kuat dan Hafiz laungkan azan dengan kuat manakala Acik bacakan ayat Al-Quran manakala kami yang perempuan nie lari masuk bilik ambik kain untuk ikat Mariam. Mariam berjaya dibaringkan dan kaki dan tangannya kami ikat dengan kain.....kami pegang tangan Mariam sebab dia cuba cederakan diri sendiri.....Acik, Hafiz dan Adik perempuan saya yang kedua (mereka bertiga adalah hafiz dan hafizah Al-Quran) terus membaca ayat-ayat Al-Quran ditelinga Mariam. Keadaan Mariam semakin teruk....dia makin kuat menjerit suruh berhenti  sambil mulutnya menyumpah seranah adik perempuan saya yang kedua...."padan muka engkau'...aku akan hancurkan keluarga engkau....engkau takan hidup aman....aku akan buat sampai engkau mampus"...Mariam menyumpah dalam loghat terenganu yang pekat.

Kami semua termasuk semua anak-anak saudara membaca Al-Quran sehinggalah jam 9.30 malam....barulah mulut Mariam berhenti menyumpah dan dia mula keras membatu. Hafiz, Acik dan Angah (adik perempuan saya yang kedua-Emak Mariam) masih teruskan bacaan mereka sambil Angah memanggil-manggil nama anaknya itu. Kami semua bersandar kepenatan dan terkejut.....ketika ini baru terasa sakit dan lengguh badan sebab betapa kuatnya tenaga Mariam melawan kami tadi. Tiba-tiba saya teringat akan lemang kami yang masih ditempat pembakar....saya berlari keluar.....hhhhmmmmm nasib kami.....lemang hangus sebelah.

Anda ingat entri saya berkenaan dengan anak saudara saya kena rasuk (disini), salah seorang pembaca yang menamakan dirinya Anonymous telah menberi komen dengan menyatakan bahawa anak saudara saya sebenarnya bukan kena rasuk tetapi itu adalah petanda awal untuk sakit jiwa (bahasa kasar- gila) dan nasihatkan saya supaya membawa anak saudara saya berjumpa dengan pakar sakit jiwa. Dia menasihati saya supaya tidak mempercayai kata-kata ustaz/pengamal perubatan islam... malah dia juga tulis dengan menyatakan cuba tengok dalam bulan puasa anak saudara akak tidak akan kena rasuk sebab syaitan diikat oleh Allah. Masa membaca komen ini.....hati saya sedih....dia kata anak saudara saya gila. Kepada Anonymous....saya juga seorang yang berpelajaran tinggi, saya juga tahu petanda-petanda pesakit jiwa...saya juga diberi pelajaran agama secukupnya oleh ibubapa saya walaupun saya tidak mencapai tahap ustaz dan ustazah seperti 3 orang adik saya. Saya percayakan alam ghaib dan saya percayakan wujudnya jin, makhluk halus dan syaitan. Saya delete komen Anonymous dengan ucapan ribuan terima kasih atas perihatin beliau dan teori beliau salah....Mariam(anak saudara) telah kena rasuk sebanyak 3 kali sepanjang bulan puasa dimana keadaan yang paling teruk adalah pada puasa ke 18....dia capai pisau dan letakkan pisau dilehernya tetapi pisau tersebut sempat disambar oleh Hafiz yang ditakdirkan Allah tergerak hati untuk ikut Mariam ke dapur. Saya amat bersyukur kepada Allah sebab Hafiz sanggup pindah masuk kerumah adik kedua bersama emak dan bapa saudara untuk menjaga keluarga adik saya. Hafiz sentiasa pastikan Mariam sentiasa baca Al-Quran ketika Mariam dalam keadaan sedar. Raya nie sepatutnya Hafiz balik beraya dirumah ibubapanya di kedah tetapi dia sanggup ikut balik beraya di rumah kami sebab dia risaukan Mariam. Syukur kepada Allah....Allah balas jasa Emak saya membesarkan Hafiz dan menjadikan Hafiz sebagai penghafal Al-Quran.

Malam raya kami semua tidur kepenatan diruang tamu mengelilingi Mariam.

Pagi raya....selepas sembahyang subuh...semua pakat sibuk masuk bilik air untuk mandi sunat aidilfitri. Masa nie terasa bersyukur sebab masa mak membesarkan rumah....dia buat 4 bilik air so tak adalah kami beratur panjang didepan pintu bilik air utama. Alhamdulillah tahun nie (kali pertama sepanjang 36 tahun kami duduk disitu) bekalan air di kawasan kami tidak terganggu (mungkin sebab tahun nie tahun pilihanraya.....YB bekerja keras sikitlah ye....nak dapat undi).


Nuha....anak sulung Acik tengah tunggu dipakaikan baju raya sambil beraksi untuk iklan Petpet. Anak 2012.....
Nuha siap berpakaian.....baju ungu....macam berjanji pulak sebab tahun nie semua berbaju warna ungu kecuali saya(sebab tak buat baju raya)

Ini Insyirah, anak sulung Uda.....hanya berbeza 2 minggu dari Nuha. Anak 2012. Imran anak ke 4 Atih sahaja yang belum balik untuk join kelab anak 2012 dan cucu-cucu yang ke 9 hingga 11 untuk emak saya. Bertambah banyak duit raya yang Mak long kena sediakan tahun nie....tak pe tahun nie rezeki Mak long murah.

Raya Pertama....macam biasalah....serombongan pergi sembahyang raya.....balik rumah bersalam-salaman dan kemudian semua pakat duduk makan kuih muih dan hidangan hari raya sebelum mula ziarah menziarahi. Entah apa mimpinya tahun nie, Mak Njang saya bawak semua anak-anak dia datang beraya rumah kami.....terkejut kami tengok....tak pernah-pernah orang tua nie bawak semua anak-anak dia datang kerumah kami beraya (asyik emak sahaja yang bawak semua anak-anaknya serombongan beraya rumah adik ke 3 nya tu). Allhamdulillah dapatlah tengok muka sepupu kami yang belajar kat jepun tu balik bercuti. Angah (adik kedua, emak Mariam) keluar dari bilik (dia asyik berkurung dalam bilik dari awal balik sebab keadaan barahnya yang semakin teruk). Dia pakai jubah hitam sambil senyum bersalam dengan Mak Njang. Mak Njang tanya sama ada dia sudah sihat....dia jawap sihat...kemudian Mak Njang tanya mana Ustaz (bekas suami adik) tak nampak muka pun. Emak saya cepat-cepat ubah topik cerita....Lamalah pulak Mak Njang bersembang....hampir berjam-jam. Angah semakin gelisah sebab jubahnya sudah menampakkan tompokan basah air bisa (keadaan barahnya sudah teruk....air bisa mengalir keluar tanpa henti). Saya suruh Angah masuk bilik dengan alasan anak bongsunya berak.

Raya Kedua....sekali lagi kami dikejutkan dengan kunjungan adik bongsu arwah ayah.... kami tak menyangka bahawa arwah ayah mempunyai adik lelaki. Setahu kami arwah ayah hanya mempunyai seorang adik perempuan. Setelah 50 tahun akhirnya dia menjumpai keluarga kandungnya. Selepas datuk menceraikan nenek (ibu dan bapa ayah saya)....nenek saya hanya membawa anak perempuannya dan anak lelaki (ayah saya) diserahkan kepada datuk (nenek saya berusia 18 tahun ketika dikahwinkan dengan datuk saya yang berusia lebih 50 tahun). Nenek saya berkahwin semula tetapi sekali lagi diceraikan ketika sedang sarat mengandung. Selepas melahirkan anak...dia teruskan serahkan anak itu kepada keluarga nelayan di Kuala Kedah. Arwah ayah hanya bertemu dengan ibunya ketika berusia 33 tahun iaitu beberapa bulan sebelum arwah ayah meninggal dunia. Dia bawak kami semua untuk diperkenalkan dengan ibu dan adik perempuannya. Dia tahu dia ada seorang lagi adik tetapi dia tidak dapat mencarinya.....akhirnya adik lelakinya itu datang cari kami. Alhamdulillah....kami ada seorang pak su di Kuala Kedah. Dia nelayan miskin tetapi sanggup datang menaiki Myvi dari Kuala kedah ke Pahang hanya untuk melihat anak arwah abangnya. Insyaallah dalam bulan september nanti kami semua sudah berpakat untuk menziarahi keluarga pak su.

Raya ke tiga. Tiada apa-apa aktiviti sangat. makan dan tidur sahaja. Beria-ia diet masa bulan puasa tapi bila raya....diet rosak. Sebulan lebih saya tidak jamah nasi....tetapi penangan nasi lemak emak dan sambal burung puyuh telah menyebabkan saya makan sepinggan nasi lemak. Petang raya ke tiga sekali lagi Mariam di rasuk....ketika hampir maghrib tiba-tiba sahaja dia terbaring diatas longgokan kain yang baru diangkat dari ampaian. kami ingat dia nak tolong lipat.....kali nie rasukannya ambil masa yang agak lama untuk reda.....hampir jam 10 malam baru dia keras membatu. Bergilir-gilir kami membaca Al-Quran. Semua orang duduk termenung. Kejam betullah manusia yang bernama Axxx yang berasal dari Padang Pulut, Dunggun nie. Sihir yang dikenakan atas anak saudara saya adalah sihir yang dipuja. Kami sudah tidak tahan lagi.....akhirnya Hafiz, Acik dan Angah ambil keputusan untuk mula melakukan Doa Qunut Nazilah selama sebulan bermula dari raya ke 4.

Jangan ditanya mengapa tidak dibawa berubat....ia sangat-sangat komplikated untuk diceritakan. Nasib Mariam mempunyai bapa yang terlalu 'tinggi ilmu agamanya' sehinggakan merasakan semua orang tidak betul....kecuali dia seorang sahaja yang akan masuk syurga nanti. Letihhhhhhhhh.......

Oklah begitulah serba sedikit kisah raya saya tahun nie.....macam cerpen kan......dulu nak jadi penulis novel....beria-ia tanda pilihan kesusteraan melayu sebagai pilihan pertama.....last-last dapat surat panggilan universiti ditawarkan pengajian perakaunan....confuse kejap.....bila saya mintak?. 

Masa masuk kerja....saja buat lawak kat pegawai-pegawai non muslim yang tidak bercuti sebab kena jaga ofis tapi mereka jawap 'kami lagi best.....tiap-tiap hari dapat panggilan rumah terbuka....kenyang makan ketupat dengan lemang'. Siap cerita hari nie si polan nie ajak, esoknya sipolan nie ajak....

19 comments:

quinnie said...

salam daria...macam2 kisah suka duka di hari raya ye....baca kisah mariam mengingatkan saya dgn kisah adik saya...tapi Alhamdulillah walaupun adik saya tak sihat sepenuhnya...tapi banyak la juga beza nya dari dulu hingga sekarang....tetap bersyukur...mungkin Allah belum makbulkan doa kami dan masih menguji saya sekeluarga....

macam anon tu..dia tak kena dia boleh la komen begitu..moga mariam satu hari nanti akan sembuh juga dari penyakitnya....Amin...

ejaMaria said...

selamat hari raya... :)

dugaan utk 'hafiz' dan 'hafizah' meningkatkan ilmunya... semoga semuanya baik-baik sahaja...

bdaria said...

Salam Q,

Memang pada mulanya saya bengang sungguh dgn komen tu....tapi bila fikir balik setiap org ada pendapat masing2 so itu pendapat dia dan tidak semestinya saya perlu bersetuju dgn dia....so sy delete. Klu kena pd ahli keluarga dia...mungkin dia terus bawak ke rumah sakit jiwa. Antara kena sihir dan sakit jiwa...berbeza ciri2nya. Adik ke 4 saya juga kena rasuk jin dari kecil smpi skrg....kami sudah kenal petanda org kena sihir...so family kami sudah biasa dgn keadaan ini. Bagi org yang mengalaminya shj yg tahu betapa sedih dan seksanya melihat insan kesayangan kita jadi begini.

Rin said...

Bdaria,
Selamat hari raya.
Saya pun berubat masa bulan puasa. Kata ustaz yang ubat, kalau sihir yg dipuja or hantu jin yg dibela, bulan puasa pun dia bekerja jugak.
Saya percaya.

Semoga usaha pemulihan Mariam dipermudahkan.
Bertuah mak Bdaria ada anak2 yg sepakat. Yg hafal al-Quran. Semuanya dugaan.

me suya said...

Salam akak.
Suya suka sgt baca blog akak.. Walaupun Suya sebaya adik bongsu akak,tapi bagi suya.. baca blog akak ni bnyk memberi kematangan kepada suya baik dari segi perbuatan mahupun pemikiran.Terima kasih atas didikan secara tidak langsung ini

Anonymous said...

Banyak bersabar dan berdoa..ada hikmah disebalik yg terjadi..setiap org ada dugaan yg akan diuji..memang pahit tp itu lah namanya manusia..selagi hidup selagi itu akan diuji..wallahualam

Anonymous said...

bersabarlah...sedihnya bila membaca hal mariam ni allah sja yg mengetahuinya

gelangtembaga said...

Bdaria... masukkan beras pulut ke tanakkan dulu beras tu dengan santan?? anak saya suke makan ketupat palas..

gelangtembaga said...

Beras pulut tu dimasaakkan ke dulu atau terus masukkan beras???

bdaria said...

Salam GT,

Beras pulut ditanak dahulu bersama santan (separuh masak) sebelum dibalut dgn daun palas. kemudian rebus ketupat sehingga airnya kering. Baru ketupat menjadi padat. Rasanya kalau google resepi ketupat daun palas mesti banyak kat internet.

Ami said...

Kisah raya yg penuh suka & suka! Saya mendoakan agar Mariam dilindungi Allah Dan dipermudahkan jalan agar dia sembuh Dan pulih Dari segala sengsaranya, Aminn!

Anonymous said...

saya tersenyum sorang membaca entry akak tentang nak terkencing sesanggat..mujur x terkencing dlm seluar kan..hahahahha....

pepun, semoga maryam n ibunya akan sembuh jua akhirnya....semoga akak sekeluarga dalam lindungan ALLAH swt hendakNya..."berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul"..salam aidil fitri.

gelangtembaga said...

Tq bdaria... saya dah dua tahun raya buat ketupat palas.... Tesepi cik google... tapi terliur pula tengok ketupat palas bdaria.... insyaallah saya cuba nanti... ujian Allah buat keluarga hafiz al quran... mungkin begitulah.. pendapat saya saja

Norzie hany said...

Salam kenal dan salam lebaran dik.
Orang Temerloh....kampung akak kat jengka.
Dah baca en3 adik sampai habis....moga Mariam cepat sembuh.

piskemi said...

salam kak...dan selamat hari raya...panjang cerita akak raya ni...tp sy suka baca dr awal smpi abis..mmg ada tokoh jd penulis novel ni...:-)..tulah manusia pandai berckp je sbb dia tk rs mcm kes mariam ni...kalo boleh akak bwk la dia berubat kt Darul Syifa Gombak...sbb dlu sy berubat kt situ...Alhamdullillah kurang walaupun tk sumenyer ilang...benda2 kotor ni amik masa dan kena sabar..kelebihannya sbb ada Hafiz dlm kelurga akak..apa2 pun kena berbalik kpd Al Quran..kt situ ubat segala penyakit..:-)

bdaria said...

Salam Pickemi,

Mcm sy tulis, ia sgt komplikated utk diceritakan. Mariam bukan anak sy yg boleh sy bawa ke sana ke sini utk berubat. Mariam bernasib malang sebab mempunyai bapa yg merasa dirinya hebat dan brilmu agama tinggi. Itu shj yg boleh sy katakan.

Kami mempunyai masalah kami sendiri yg tidak boleh diceritakan. Diharapkan jgn judge kami sbg tidak berikhtiar utk ubat Mariam. Jika tidak ada halangan ini...sudah tentu merata kami akan bawa dia berubat.

maklang azie said...

assalamualaikum,

maklang sering jadi silent reader aje...byk suka dan duka dlm kehidupan keluarga bidaria yg maklagn boleh jadi ikhtibar...kdg2 bergenang juga airmata ni bila membaca setiap bait....
berkenaan dengan ank buah bidaria cuba masuk blog
http://www.kasturi-syifa.com
usaha dan ikhtiar, selainnya serahkan kepada Allah ye...

maklangazie said...

assalamualaikum bidaria,

biasanya mklang jadi silent reader je.

mklang suka baca luahan dan cerita yg cuba disampaikan di blog ini..suka duka kehidupan...

berkenaan dengan ank buah bidaria, cubalah masuk blog dibawah ini...bukan nak promote tp kita usaha dan ikhtiar dulu ...selebihnya serahkan pada Allah.

http://www.kasturi-syifa.com

Maksu Nor said...

Assalamualaikum...Pn Bdaria...
tersentuh hati sya tatkala membaca catatn Pn...terasa bgaikn ianya brlaku kpd sya jua..bersabarlah Pn..dugaan ini mmg berat..smoga Allah menemukan jawapan kpd semua dugaan ini...sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mendengarlg Maha Mengabulakan permintaan...sesungguhnya Doa org2 yg dizalimi itu tiada hijab disisiNYA...moga Allah bersama Pn sekeluarga...Insya'Allah...